Dalam tempoh setahun pertama anak, adalah fasa penting untuk anak belajar menggunakan pelbagai derianya. Masa ini, ibu bapa perlu sentiasa perhatikan perkembangan anak mesti mengikut usia.
Tak bermakna anak belum boleh bercakap, berjalan kita hadkan aktivitinya kerana dengan menggunakan barang yang ada di rumah pun sudah cukup membantu.
Berikut perkongsian daripada Puan Shazwana Hanafi mengenai aktiviti yang dilakukan pada anaknya ketika bawah setahun dan kesanny sangat bagus untuk perkembangan anak.
AKTIVITI UNTUK ANAK BAWAH SETAHUN
Sensory Play: Pasir pantai paling best. Tangan duk gengam pasir, mata duk pandang laut, kulit duk rasa angin laut, sambil dengan bunyi ombak! Nikmatnya ya Allah.
Board book. Tau tak flip buku pun satu kemahiran untuk anak juga.
Water Boom! Ni aktiviti favourite Alya masa playgroup dulu-dulu. Alya start playgroup masa umur dia 9 bulan.
Ads
Net & ball. Ni antara aktiviti untuk develop fokus anak. Net tu kitaorang pasang paras mata dia je, tak tinggi pun.
Sensory Bag. Yang ni letak warna sikit-sikit je, kemudian bagi anak ratakan.
Tugging box. Just guna getah & kotak.
Ads
Mysterious box. Ni masa mak dia duk giler Tupperware 😂😂 letak je semua barang dalam kotak, then bagi dia explore. Macam2 benda dia buat nanti. Satu2 barang dia keluarkan, then explore.
Spider Web.
Ais! Ni paling suka bagi Alya main, especially kat kedai makan. Kehkehkeh. Sensory activity yang paking effortless
Ads
Tampal bola pada dinding, bagi dia kutip. Ni latihan masa dia dah start berdiri. So nak kuatkan otot kaki dia, plus untuk develop fokus juga.
Sensory bag lagi. Yang ni guna Gel rambut & pemadam
Car track : untuk develop fokus & push pull skills
Lepas ni bolehlah buat bersama anak-anak ye. Tak perlu tunggu nak beli mainan mahal pun. Asalkan ibu bapa kreatif, anak dapat manfaat!
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Pernah tak ibu bapa tertanya..“Kenapa bayi saya nangis bila dipegang orang lain, tetapi bila ibu atau ayah dukung terus senyap?”
“Kenapa bayi saya tak nak tidur selagi tak pegang tangan saya?”
“Ada beza ke sentuhan penyayang dengan sentuhan biasa?”
Kita boleh tahu niat seseorang hanya dengan sentuhan. Contohnya, bila orang hulur tangan, kita tahu dia nak salam untuk memperkenalkan diri atau atas dasar hormat menghormati. Bila Ibu peluk kita, kita tahu yang dia sayangkan kita. Itulah keajaiban deria sentuhan. Untuk bayi pula bagaimana?
Sentuhan itu nutrien penting untuk bayi baru lahir
Semasa dalam rahim, sentuhan adalah deria pertama yang terbentuk. Sentuhan mula terbentuk sekitar minggu ke-8 kehamilan. Selama beberapa minggu, badan bayi akan mengembangkan rangkaian saraf yang membentuk deria sentuhan ini. Walaupun dalam rahim, bayi boleh mula merasai sesuatu. Sebelum mereka dilahirkan lagi, bayi telah “diurut” disebabkan oleh pergerakan dalam rahim dan pergerakan fizikal ibu.
Oleh itu, bayi memerlukan rangsangan sentuhan ini secara berterusan untuk perkembangan yang baik. Sentuhan merupakan antara NUTRIEN PENTING untuk perkembangan otak, fizikal, dan emosi anak kecil.
Dalam banyak-banyak deria yang ada (sentuh, dengar, lihat dsb), deria sentuhanlah yang membantu bayi baru lahir mengetahui bahawa dia disayangi. Tanpa sentuhan berunsur kasih sayang (nurturing, gentle touch) pada usia awal, perkembangan bayi boleh terganggu.
Bahkan kekurangan sentuhan penyayang di antara penjaga dan bayi boleh membawa kepada kematian, seperti yang berlaku dalam kalangan sesetengah bayi yang sering diabaikan. Ini kerana bayi mempunyai keperluan untuk disayangi dan dilindungi yang sangat tinggi. Walaupun dimandikan, ditukarkan lampin dan diberi susu (procedural, passing touch), bayi yang tidak pernah disayangi, dipeluk, diusap atau dicium boleh terbantut perkembangannya dan dalam kes yang lebih teruk, bayi tersebut boleh meninggal.
Bagi bayi yang lahir pramatang pula, sentuhan penyayang adalah SANGAT PENTING untuk tumbesarannya. Bayi pramatang selalu terdedah kepada prosedur perubatan yang menyakitkan. Bayi pramatang juga sangat sensitif kepada rangsangan sentuhan, menyebabkan prosedur perubatan lebih menyakitkan berbanding untuk bayi yang cukup bulan.
Mereka juga tidak mempunyai ruang yang banyak untuk bergerak sepanjang berada dalam NICU. Ini juga boleh menyebabkan gangguan dalam sistem sensori dan perkembangan emosi. Oleh itu, sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) dari ibu bapa sangat disyorkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan ketahanan terhadap rangsangan sentuhan. Secara tidak langsung, perkembangan sosial dan emosi bayi akan bertambah baik dan ini boleh membantu bayi “catch up” dengan perkembangan yang normal.
Sentuhan penting untuk proses pembelajaran
Melalui sentuhan, bayi dapat belajar bagaimana menggerakkan badannya, mengenali dunia sekeliling dan berkomunikasi dengan keluarganya. Pada usia 60 hari, bayi memberikan respons yang baik terhadap sentuhan di tangan, kaki, dan terutamanya di bibir. Ini adalah asas untuk bayi mengenalpasti setiap fungsi anggota badannya (seperti mulut digunakan untuk makan dan bercakap).
Seawal usia 7 bulan, bayi sudah boleh mengenalpasti bahawa orang lain juga mempunyai anggota badan sepertinya (tangannya sama bentuk macam tangan ibunya, bibirnya sama bentuk dengan ayahnya dan sebagainya). Ini membentuk asas kepada kemahiran meniru perbuatan (imitation skill) dan bersikap empati (memahami perasaan orang lain).
Sentuhan membentuk asas dalam sikap empati
Bayi akan merasa selamat, dilindungi dan disayangi apabila dipegang oleh ibu bapanya. Pelukan dari ibu bapa akan membina kepercayaan dalam hubungan antara ibu bapa dan anak kerana memberikan kesan yang menenangkan dan meyakinkan.
Sentuhan penyayang yang konsisten dan responsif akan terus merapatkan dan mengukuhkan hubungan ibu dan anak. Inilah sebabnya bayi baru lahir boleh membezakan siapa yang memegangnya. Semakin bayi membesar, bayi akan cuba meniru sentuhan yang sama. Secara tidak langsung, perasaan empati akan terbentuk dari usia yang awal dan membantu bayi mempelajari komunikasi sosial pada masa yang akan datang.
Sentuhan kasih sayang yang berlebihan TIDAK AKAN “terlalu memanjakan/merosakkan” bayi baru lahir
Mungkin kita biasa dengar orang tua kita selalu suruh letak bayi yang baru lahir dan jangan selalu dukung kerana bimbang bayi kita akan menjadi “terlalu manja”, tidak biasa tidur sendiri dan akan menyusahkan kita walaupun baru berusia berapa hari saja. Jangan risau, banyak kajian telah buktikan bahawa tiada istilah memeluk atau mencium anak secara berlebihan itu boleh “memudaratkan” anak. Tetapi kekurangan kasih sayang sudah tentu akan mengganggu perkembangan anak dan hubungan antara ibu/bapa dan anak.
Ya, realitinya amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk sentiasa memberi sentuhan penyayang untuk anaknya pada setiap masa seperti yang diinginkan. Kemungkinan kita mempunyai beban kerja yang banyak atau perlu menguruskan anak yang lain juga. Namun begitu, ibu bapa perlu jadikan setiap masa yang kita habiskan dengan bayi amat bermakna dan penuh dengan kasih sayang ❤️, kerana setiap sentuhan yang diberi akan membantu otak bayi untuk terus berkembang dengan pesat.
Cara mudah memberi rangsangan sentuhan di rumah
➡️angkat/peluk/dukung bayi apabila dia nangis atau memandang kita
➡️gendong bayi atau “baby wearing”
➡️Urut bayi setiap kali tukar lampin atau selepas mandi
➡️letakkan/baringkan bayi di atas pelbagai tekstur (tuala, selimut, tikar, playmat)
➡️berikan rangsangan pelbagai tekstur di tangan dan kaki seperti tekstur basah, melekit, sejuk, lembut, dan berkedut
➡️kurangkan waktu bayi berada dalam buai atau baby carrier
➡️Buka sarung tangan bayi untuk menggalakkan “explore” tangannya sendiri
Speech delay adalah gangguan komunikasi yang menyebabkan seorang anak mengalami masalah untuk berkomunikasi.
Hal tersebut terjadi jika anak anda tidak dapat memenuhi tonggak perkembangan bahasa untuk usia mereka, dengan kata lain anak anda mungkin lebih lambat perkembangannya dalam berkomunikasi, bila dibandingkan dengan carta perkembangan mengikut usia.
Jadi bagaimana cara nak mengenalpasti masalah ‘Speech Delay’ anak? Sejak umur berapa? Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
UMUR BERAPA NAK TAU ANAK DELAY ??
Sebenarnya tak ada umur tertentu sebagai cut off untuk kita cakap anak tu delay atau tidak ya..
Delay atau tidak ini ditentukan dengan cara membandingkan perkembangan anak kita sekarang dengan carta perkembangan normal ; iaitu TYPICAL DEVELOPMENT untuk kanak-kanak
CONTOH :
Carta perkembangan normal bagi anak umur 2 tahun:
Jadi jika anak anda boleh buat semua itu atau lebih dari itu maksudnya anak anda okay dari segi bahasa secara general.
TAPI ,
Jika kurang dari itu contohnya seperti;
Itu dah dikira sebagai delay lah.. Cuma untuk tentukan tahap anak anda dengan lebih detail lagi, anda perlukan penilaian dari SPEECH THERAPIST..
Bila dah tahu level anak di mana dan apa skill yang sudah ketinggalan.. barulah kita boleh setkan goal pengajaran untuk anak.. Kalau tak tahu performance anak, macam mana nak tahu nak kena ajar apa kan?
Dan yang penting lagi untuk diingatkan di sini bahawa, delay bahasa ni adalah berkaitan dengan perkembangan kognitif/mental juga ya.. Jadi rawatan perlu merangkumi perkembangan mental kanak-kanak juga..
Carta perkembangan normal kanak-kanak anda boleh google je di internet ada banyak.. Baca dan compare je okay..
Ps: Kalau anda rasa anak anda ada delay terus cepat-cepat assess.. Lagi cepat kita ajar, lagi cepat anak akan develop.. jangan tunggu sampai nak masuk sekolah baru nak mencari..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua. Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan.
Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gajet kepada si kecil, dalam jangka masa panjang mereka akan ketinggalan dalam banyak perkara berbanding kanak-kanak.
Ya, gajet sangat interaktif dan kanak-kanak amat menyukainya. Berwarna-warni, mempunyai audio yang menarik dan hanya perlu disentuh dengan hujung jari untuk digerakkan. Tapi ibu ayah perlu ingat, pendedahan gajet boleh menimbulkan ketagihan. Umpamanya tidak lengkap makan minum si kecil tanpa gajet di sisi dan seterusnya boleh membantutkan pelbagai kemahiran yang sepatutnya mereka perolehi semasa di meja makan.
Perkongsian daripada Encik Hazhari Ismail, pensyarah pendidikan awal kanak-kanak ini adalah informasi yang baik dan disahkan olehnya yang pakar.
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar, mampu memberikan ‘ketenangan’ yang sekejap kepada ibu bapa. Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang.
1. Melatih skil komunikasi dan sosial, contohnya eye contact, take turn etc.
2. Belajar tataterbib di meja makan
3. Hubungan dan masa dengan ibu bapa
4. Suka dengan makanan dan menghargai makanan
5. Meningkatkan self-regulation, attention dan melambatkan gratification
6. Banyak boleh belajar ketika makan, mengira sudu, membezakan warna, rasa yang berbeza etc 4 KESAN NEGATIF KEPADA SI KECIL APABILA MAKAN DENGAN MENONTON PAPARAN PADA GAJET
Apa akan jadi kalau makan sambil tengok gajet?
1. Terpinggir dari sosial.
2. Sensory overload!
3. Meningkatkan rasa boring kaluar makan tanpa gajet.
4. Memilih makanan.
Saya setuju ramai ibu bapa sekarang adalah ibu bapa bekerja. Dengan masa yang sedikit diluangkan bersama anak-anak, jadi masa di meja makan adalah masa yang terbaik diluangkan antara ibu bapa dan anak.
Dan kajian 2 jam penggunaan gadjet di bawah 6 tahun ada syarat-syaratnya, contohnya
1. Content gajet lebih kepada pembelajaran.
2. Fasilitate oleh ibu bapa, kena la borak dengan anak.
3. 2 tahun ke atas bawah 6 tahun.
4. Dan bukan di meja makan.
Anda boleh memberi beribu alasan kenapa beri gajet kepada anak ketika makan. Tapi jangan sesekali lupa perkembangan anak yang positif.