Senarai Minyak Urut & Minyak Panas Tak Sesuai Untuk Bayi. Ibu Ayah Take Note!

Share

Urutan bayi sejak lahir antara yang boleh memberi ketenangan. Usapan dengan penuh kasih sayang boleh menyebabkan bayi dapat tidur dengan lena.

Lagi satu jika bayi kembung perut, ibu akan menggunakan minyak angin dengan tujuan untuk beri keselesaan dan mengeluarkan angin dalam badan. Bagaimanapun, penting untuk ibu ayah tahu ada beberapa kandungan yang tidak sesuai dalam minyak angin atau urut.

Berikut antara yang dikongsikan oleh Pusat Racun Negara melalui Public Health Malaysia.

Perhatian kepada ibu bapa, elakkan menyapu minyak panas atau minyak urut yang mengandungi bahan Methyl Salicylate kepada anak anak kecil.

Hampir setiap minggu Pusat Panggilan Keracunan Pusat Racun Negara menerima kes keracunan Metil Salisilat yang melibatkan kanak-kanak sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Bahan Methyl Salicylate ini biasanya terdapat dalam produk minyak panas untuk merawat lenguh-lenguh dan sakit badan. Namun, bahan ini tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak terutamanya pada bayi kerana berisiko menyebabkan keracunan pada bayi.

Antara gejala keracunan termasuklah loya, muntah, berdengung di dalam telinga, sawan dan koma.

Paling penting sebelum gunakan produk, semak dahulu sama ada ia mengandungi bahan ini atau tidak. Untuk orang dewasa, tiada masalah, boleh gunakan mengikut aturan yang disarankan

Semakan di laman NPRA terdapat lebih 164 produk yang mengandungi bahan aktif Methyl Salicylate. Semak dulu ya sebelum guna.

Kredit: Pusat Racun Negara ; Public Health Malaysia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy