Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan.
Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link.
Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu didedahkan semalam selepas majikannya Amy Low, 40, memuat naik rakaman video berdurasi 46 saat yang diambil daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya di Facebook.
Klip tersebut menunjukkan amah terbabit mencelup tangan kiri bayi perempuan berkenaan ke dalam periuk di atas dapur beberapa kali dan mangsa turut menangis kesakitan.
Difahamkan, rakaman video tersebut telah ditonton lebih 218,000 kali.
Ads
“Tubuh saya menggigil selepas melihat rakaman itu. Sejak kejadian itu, anak saya sering menangis.
“Dia masih terlalu kecil. Kami tidak tahu sama ada dia masih sakit atau trauma dengan insiden tersebut,” kata Low yang bekerja sebagai akauntan dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berumur 8 tahun.
Menurutnya, amah tersebut dari Myanmar dan mula diambil bekerja pada 7 Disember 2019.
Ads
Dia juga mendakwa wanita itu pada mulanya mendakwa anak perempuannya tersentuh periuk panas tersebut.
Tetapi, selepas melihat rakaman terbabit, amah itu mengaku dia sengaja menyakiti mangsa supaya boleh pulang ke negaranya.
Susulan itu, polis telah melancarkan siasatan terhadap pembantu rumah terbabit kerana sengaja menyebabkan kecederaan dalam keadaan yang berbahaya.
Sumber: NST, SINAR HARIAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan kita ni semuanya bergantung kepada Allah. Percayalah walaupun duit yang kita ada tidaklah sebanyak orang lain, tetapi jika Allah sentiasa permudahkan urusan, semuanya berjalan lancar.
Ingatlah tak semua individu yang mempunyai wang yang banyak sebenarnya mereka tenang. Ada ketikanya mereka akan diuji. Bagi individu yang hidup dalam kesederhanaan dan dikelilingi kasih sayang ahli keluarga mereka akan sentiasa rasa bahagia.
Jangan merungut tetapi kitalah yang mampu mengubah kehidupan sendiri untuk jadi lebih baik lagi. Ingat Allah akan bantu hamba-Nya apabila kita sendiri yang sentiasa ingat pada-Nya.Peganglah pada beberapa tip ini untuk seisi keluarga rasa tenang dan bahagia dilimpahi rezeki yang berkat. InsyaAllah REZEKI MELIMPAH dan tak putus.
1. DHUHA
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. AL-QURAN
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTU
Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.10. TAWAKAL DAN USAHA
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin – Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah – Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman – Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYA-ALLAH
Anak-anak kecil kita memang susah sangat nak bangun pagi. Selalu bila kena kejut awal pagi kalau tak nangis, tantrum, muka muncung itu perkara biasa. Ada je yang senang bangun tapi semuanya bersebab. Mungkin mereka ada aktiviti yang ditunggu-tunggu kat tadika pada pagi tu atau ada sukan atau majlis tertentu. Yang tu memang mereka tak sabar nak bangun. Kalau hari sekolah biasa, memang berperanglah dulu mama papa nak uruskan anak-anak di rumah.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif tentang rahsia nak berikan senyuman buat si kecil tersayang setiap kali bangun pagi boleh mama papa praktikkan.
3 rahsia nak buat anak tersenyum ceria bila bangun pagi
Geram betul saya tengok mimik muka bangun pagi anak bongsu saya, Aesya Soolihah ni.
Ceria semacam!
Padahal mandi tak lagi tu dan tengah mamai lagi tu tapi dia punya vibe positif tu sampai pada saya!
Rupanya ada rahsia kenapa Aesya Soolihah ni jadi ceria macam ni. Ni saya kongsi 3 rahsia macam mana nak jadikan anak kita bangun pagi dengan wajah tersenyum senyum ceria.
PERTAMA, semalam isteri saya tidurkan anak saya awal daripada kebiasaan. Sebelum tidur dia akan pastikan dulu anak mandi dalam keadaan selesa. Rupanya bukan kuantiti jam tidur je kena jaga, kualiti tidur pun sama.
Barulah anak boleh masuk ke fasa ‘deep sleep’ dengan lebih cepat dan lama.
KEDUA, saya spend banyak masa dengan anak anak semalam. Seharian duk gomol mereka sampai mereka puas. Rupanya sebelum tidur ni kita kena isi dulu tangki emosi mereka.
Kena bagi mereka rasa puas dulu. Kena peluk cium, bagi kata kata sayang dan buat aktiviti bersama mereka dulu rupanya. Pastu bila bermain dengan anak kena tinggalkan henfon tu jauh jauh. Kalau boleh campak henfon tu, campaklah pun takpe asalkan anak kita boleh rasa masa bersama kita 100% milik dia!
KETIGA, masa nampak je anak macam nak bangun tidur tu cepat cepat cium mereka. Kalau geram sangat, gomol je pipi comel mereka tu. Masam pun masamlah asal mereka rasa kita bagi 100% perhatian kita pada mereka.
Bila buat macam tu hormon bahagia Oxytocin tu akan meningkat dalam diri kita dan juga anak anak kita. Pagi pagi lagi dah dapat hormon bonding dan bahagia macam tu, anak dan ibu mana yang takkan bahagia kan?
Dah tahu ilmu ni tolong la ajar pada pasangan yang lain pula, mereka di luar sana juga berhak dapat anak anak yang bangun pagi pagi je dah jadi ceria, bahagia dan tersenyum gembira!
Taufiq Razif
Tak mampu jadi Singa bila anak pagi pagi lagi dah tersenyum ceria bak Cinderella. Cewah!
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah hidup berpasangan, masing-masing perlu bertolak ansur dan tak boleh fikirkan untuk diri sendiri semata-mata. Sebahagian hidup isteri kini untuk suaminya, manakala suami pula untuk isteri.
Sebab itu, kedua-duanya perlu sentiasa bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Menurut Pakar Motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami mesti perlu menghargai dan berbuat baik dengan isteri.
Wahai suami, buat baiklah pada isteri. Jangan berkira dan jangan buat sambil lewa. Walaupun kamu tengok dia boleh buat macam-macam. Tetap. Jangan biar dia buat seorang diri.
Ambil tahu emosi dan perasaannya. Cuba kamu tanya pada diri sendiri, “kalau aku sakit, siapa nak jaga aku ye?”
Bayangkan sesuatu berlaku pada kamu. Kena admit masuk hospital, hilang upaya baik yang sementara atau kekal.
Kredit Gambar: Google
Siapa nak jaga kamu? Siapa yang akan masak untuk kamu? Suapkan kamu? Siapa yang akan mandikan kamu, lapkan badan kamu? Siapa pula nak ganti tempat kamu untuk cari rezeki? Dah tentu isteri kamu.
Waktu kamu sihat ni, kamu jaga dia tak? Waktu kamu sihat ni, kamu ambil tahu tak tentang dia.
Sihat ke badannya, sihat ke mental dan emosinya? Kena tanya belaka. Kena tanya selalu. Sekarang, benda tu mungkin tak jadi lagi. Maka kamu rasa tak apalah. Kenapa nak fikir sekarang. Tapi kalau nauzubillah berlaku?
Dan masa itu, tiba-tiba isteri pergi. Taknak jaga kamu. Bila ditanya,
“Dulu waktu abang sihat, abang ada jaga saya tak? Sekarang bila abang sakit, saya nak jaga abang?”
Cuba bayangkan apa kamu rasa bila dengar macam itu?
Kredit Gambar: Google
Wahai para suami, Tok abah bukan nak menakutkan. Jauh sekali mendoakan. Tok abah cuma nak kita beringat dan berfikir betapa besar jasa dan pengorbanan isteri kita.
Kena ambil berat dan selalu tanya keadaan mereka walau mereka ini hari-hari ada depan mata kita. Kerana, biasanya yang dizahirkan nampak okay, tetapi yang di dalamnya itu memendam keperitan yang tak selalu kita sedari.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.