Sensori beg rangsang motor halus bayi. Ia juga elok diberikan kepada bayi kerana dikatakan boleh meningkatkan penguasaan skil kognitif. Diy buat sendiri sensori beg untuk anak, idea yang menjimatkan!
Beg sensori adalah mainan yang mama dan papa boleh DIY sendiri untuk bayi. Mudah cara membuatnya. Paling mustahak, pastikan plastik yang digunakan tebal dan tidak mudah tertembus dan menyebabkan bahan-bahannya terkeluar.
4 KELEBIHAN BEG SENSORI KEPADA BAYI
1)Belajar melalui deria membantu bayi mengembangkan kemahiran mengelaskan dan mengkategorikan.
2)Menggalakkan perkembangan otak. Penyelidikan menunjukkan bahawa mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
4)Ia baik untuk pembangunan kemahiran motor halus. Ini kerana lebih banyak peluang mereka kanak-kanak menggunakan tangan, lebih mahir untuk memanipulasi dan mengendali objek yang lebih kecil.
CARA DIY BEG SENSORI
Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
Ads
Manik kecil
Objek kecil pelbagai warna dan tekstur
Getah rambut bayi bersaiz kecil pelbagai warna
Gel rambut atau gel aloe vera yang jernih
Beg plastik zip yang tebal
Pita pelekat selofan
Pita pelekat jenis tebal
Gunting
LANGKAH 1
Masukkan manik ke dalam beg plastik berzip.
LANGKAH 2
Masukan pula getah rambut bayi bersaiz kecil. Anda juga boleh menggunakan pompom pelbagai warna.
Ads
LANGKAH 3
Tuangkan gel rambut atau gel aloe vera yang jernih ke dalam plastik. Tuang berhati-hati, elakkan daripada tertumpah dan sememeh.
LANGKAH 4
Pastikan anda ratakan objek di dalam beg tersebut.
LANGKAH 5
Ads
Zipkan beg tersebut supaya bahan-bahan tidak tertumpah. Pastika anda mencuci atau mengelap sekiranya ada tumpahan.
Bagi anda yang khuatir plastik akan tertembus, boleh gunakan dua beg plastik. Lapiskan satu lagi pada bahagian luar.
LANGKAH 6
Pastikan anda memasang pita pelekat selofan diikuti pita pelekat tebal pada sekeliling beg sensori.
Ok, akhirnya beg ini sudah siap.
PELBAGAIKAN JENIS BEG SENSORI
Mama dan papa bolehlah berikan kepada bayi untuk bermain dan menerokai. Selain itu, anda boleh mempelbagaikan isi dalam beg sensori berikut;
Biji labu dan sedikit isinya dihancurkan. Jari-jari kecil si manja akan cuba untuk memegang biji labu.
Letakkan abjad-abjad lembut dan jeli. Pastikan beg plastik tidak mudah tembus.
Letakkan warna warni dan objek berkilat menarik minat si manja. Kertas pembalut hadiah yang berkilat boleh dipotong kecil dan diletakkan dalam jeli beg sensori.
Isikan dengan manik dan lekatkan pada pintu sliding rumah. tentu si manja suka! Boleh kuatkan pergelangan tangannya! Tapi pastikan anda menggunakan plastik digunakan tebal!
Gunakan jeli dan isikan dengan labuci berwarna-warni. Tampalkan pada lantai untuk aktiviti si manja meniarap.
Walau apa pun, elakkan daripada meninggakan bayi berseorangan ketika bermain dengan beg sensori untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulut bayi paling mudah dijangkiti kuman jika tidak dibersihkan. Mulut bayi perlu dibersihkan dengan kerap supaya sisa susu hilang. Jika tidak dibersihkan ia juga boleh menyebabkan mulut berbau dan dijangkiti kulat susu. Ikuti langkah ini!
Sebelum menyusu, ibu-ibu perlu membasuh tangan dan puting kerana bayi mudah dijangkiti kuman.
Langkah demi langkah bersihkan mulut bayi:
1. Ambil kain yang bersih, sama ada kain lampin, kain tuala yang nipis, kain kasa atau pun gauze.
2. Basahkan kain dengan air suam, air jangan terlalu panas atau sejuk.
3. Pegang atau pangku bayi dengan kemas. Kalau boleh bedung bayi supaya bayi tak bergerak.
4. Support leher dan kepala bayi supaya lebih mudah bersihkan mulut bayi dan senang buka mulut bayi
5. Perlahan-lahan, masukkan kain yang basah tadi ke dalam mulut bayi dengan gunakan jari telunjuk
6. Mulakan dengan bersihkan di bahagian atas gusi dan celah pipi
7. Kemudian, ambil bahagian kain yang lain dan basahkan lagi untuk bersihkan bahagian lelangit bayi
8. Bersihkan lidah agak mencabar, sebab lidah paling banyak ada selaput putih dan anak mudah termuntah bila bersihkan lidah
9. Akhir sekali, bersihkan bibir dan hujung bibir dengan air suam
Video Cara bersihkan mulut bayi
Ulang langkah demi langkah ni setiap hari supaya mulut bayi bersih dari sebarang sisa susu dan dapat elakkan sebarang jangkitan kulat atau fungus
Jangan lupa peluk dan cium anak selepas bersihkan mulut anak. Ingat, peluk dan cium adalah REWARD berharga untuk anak
Berbeza dengan amalan berkhatan bagi lelaki, berkhitan bagi bayi perempuan tidak dijelaskan mahupun disarankan dari aspek perubatan. Ia lebih kepada tuntutan agama atau amalan tradisi masyarakat.
Menurut Dr Rosni JAmalludin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, secara klinikalnya berkhatan bagi lelaki disyorkan bagi kes-kes jangkitan air kencing (urinary tract infection) yang berulang, phimosis/paraphimosis di mana kulit depan bahagian penis terlalu kecil atau ketat sehingga proses pembuangan air kecil terganggu atau mengalami masalah.
Oleh itu prosedur berkhatan dari segi perubatan dipraktikkan secara tetap atau ‘standard’, dimana bahagian ‘prepuce’ akan dipotong dan dibuang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada conventional, klip ataupun laser bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang doktor, serta peralatan surgeri yang terdapat di fasiliti terbabit.
KHITAN BAYI PEREMPUAN, TIADA PROSEDUR TETAP
Walaubagaimanapun, tidak terdapat apa-apa indikasi/keperluan untuk berkhitan bagi bayi perempuan dari segi perubatan. Amalan berkhitan bagi bayi perempuan adalah sesuatu yang dilakukan atas sebab suruhan/hukum agama atau amalan tradisi sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, tiada cara/prosedur yang tetap atau ‘standard’ bagi berkhitan untuk bayi perempuan. Malahan amalan ini dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kebiasaan masyarakat setempat contohnya di timur tengah, Afrika dan di Asia.
Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa Melayu mengkhitankan bayi perempuan di klinik doktor perubatan ataupun oleh bidan kampung. Selepas dibersihkan, ‘clitoris’ sama ada dipotong sedikit atau hanya di lukakan dengan menggunakan jarum. Luka yang sedemikian hanyalah minimum, tanpa pendarahan yang ketara, dan sembuh dengan segera tanpa memerlukan apa-apa cara penjagaan khas.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARIPADA DOKTOR JIKA RAGU-RAGU
Saya mengesyorkan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu dari pengamal perubatan atau bidan yang mahu melakukan prosedur khitan tersebut. Secara amnya, prosedur berkhitan bagi bayi perempuan haruslah tidak mendatangkan apa-apa kemudaaratan dan kecacatan kepada alat kelamin/kemaluan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti. Kenapa boleh berlaku? Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian, Puan Sharipah Eyie.
KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama. Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi. Jangan kata, i breast feeding (bf) mom, i tak macam uollsss formula (fm) mom, tak guna botol. So anak i tak karies botol susu.
Nama lain nya ialah karies rampan
Terjadi apabila anak tertidur dengan botol susu di mulut, kemudian susu bertakung di dalam mulut, gigi atas terendam di dalam susu yang bertakung tersebut. (Biasa terjadi pada gigi hadapan and then spread all over)
So tak hairan la kalau bf tapi still jadi karies. Terutama pada baby atau akak baby atau abang baby yang suka ngempeng. Plus, fm ke ebm ke both ada kandungan gula, ( CUMA TAK NAFI, GULA DALAM FM MEMANG TINGGI), even tak nampak kat mata gegula nya.
Still akan jadi punca-punca kerosakan gigi. Jangan lupa resepi utama;
1. jangan biar anak tidur dengan susu di mulut. 2. bagi baby hisap botol plain water selepas susu, or: 3. Lap dengan wet cloth yang bersih.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.