Sensori Rice Guna 3 Bahan. Bagus Rangsang Deria & Perkembangan Motor Anak

Share

Rangsangan sensori antara salah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak. Selalunya ibu bapa terlalu fokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori anak-anak.

Jika diikutkan kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori, perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik.

Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.

Pekongsian dari Terapis Cara Kerja, Siti’ Aisyah Rozalli sangat bermanfaat dan ibu bapa boleh cuba buat untuk aktiviti anak di rumah.

Sensory Rice Rangsang Deria Anak

Tak. Ni bukan buat makan-makan ye. Ni THE Sensory Rice. Hehehe. Kenapa nama dia Sensory Rice?

Kan beras letak warna je tu?

Haaa..Sebab PURPOSE beras ini diwarnakan adalah untuk rangsangan SENSORI 😊

Beras berwarna ni akan jadi “tools” untuk anak-anak ini belajar “respon adaptif” kepada stimulasi yang diberikan oleh Sensory Rice.

Stimulasi apa?
✅ Tactile
✅ Proprioception
✅ Visual
✅ Olfactory sekali (sebab ada hint bau cuka pada beras ni).

Ingat saya pernah cerita tentang “Whole Brain Learning”?

Untuk otak belajar secara optimum, SEMUA BAHAGIAN otak perlu di-activate.

Perlu ada:
🧠 Pergerakan
🧠 Sentuhan
🧠 Visual
🧠 Auditory (pendengaran)

Kerana itulah multi-sensory learning adalah yang TERBAIK untuk anak-anak. Bila anak dah tahu macam mana nak regulasi diri mereka berpandukan stimulasi sensori yang mereka terima, maka mereka akan lebih mudah “adapt” dengan apa sahaja yang berlaku di persekitaran mereka.

Resepi Sensori Rice

1️⃣ Beras
2️⃣ Cuka
3️⃣ Pewarna makanan
4️⃣ Ziplock bag

Kaedah:

❤️ Masukkan 1 cawan beras, + 1 sudu kecil cuka + 1/2 sudu kecil pewarna dalam ziplock bag.
❤️ Tutup ziplock bag kedap (keluarkan udara dia tau. Nanti meletup pula)
❤️ Bagi ziplock bag tu pada anak, suruh anak gelek/golek/guling ziplock bag tu sampai semua beras jadi warna idaman.
❤️ Anginkan beras berwarna tu supaya pewarna betul-betul kering. Siap dan boleh lah guna untuk rangsangan anak.

Sumber: OT Siti’ Aisyah Rozalli

 

Published by
Wan Amy