Ada 3 waktu yang sangat berkesan untuk kita sentuh hati anak-anak dengan nasihat sebagaimana diajar oleh Baginda SAW.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Siti Aminah Sulaiman, dia sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya.
Saya berniat nak tegur cara dia bersolat, kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut2 belakang anak)
Allah sayang anak yang rajin tolong mak” Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Ads
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“Oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan.
MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Ads
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Disinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama. Ajarkan anak tertib makan.
Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan.
Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan. Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu.
Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya.
Ads
Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’.
Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW
Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak.
Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba.
Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar. Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni.
Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Menyentuh bab poligami, kebanyakan lelaki sama ada dalam situasi serius atau sekadar gurauan, masing-masing ada hujah tersendiri. Bukan apa ia antara isu yang paling hangat diperkatakan.
Namun bagi isteri, isu ini cukup sensitif buat mereka. Jika boleh memang tak mahu dengar walaupun selalu diperkatakan akan dapat payung emas jika izinkan suami berpoligami.
Bagi suami, jika niat poligami itu ada, fikirlah sebaiknya. Bukan mudah tanggungjawab itu kerana ia sangat berat. Sekadar cakap memang boleh, tapi nak berlaku adil ia sesuatu yang sukar jika kurang ilmu dan boleh melukakan hati pasangan.
Seperti perkongsian dari Peguam Syarie Kedah, Pulau Pinang, Perlis & Perak, Khairul Fahmi Ramli, untuk berpoligami bukan sekadar kemampuan kewangan semata-mata tetapi ada lagi beberapa faktor yang perlu diambil kira.
Gambar Hiasan
Poligami bukan mudah
Sekarang ni trending drama 7 Hari Mencintaiku 2 di TV3. Baru ni saya layan la online bila kelapangan sebab ramai yang menyumpah Mak Leha dan Nurul Ain sebab beria-ia nak suruh Khuzairi poligami. Saya pun tertanya, hebat betul ke Khuzairi ni? Layak ke?
Bila dah sampai episod yang paling terkini, baru la faham. Ohh rupanya Mak Leha ini yang beriya sakan nak menantukan Nurul ni. Si Nurul ni pun boleh tahan gediknya juga la nak dekat suami orang. Cumanya persoalan penting, kenapa yang Khuzairi tak tolak? Mampu ke dia tu?
Sebenarnya, memang ada situasi yang mana mertua mula tidak berkenan dengan menantu sedia ada. Berharapkan pula calon idaman untuk menjadi surihati anak lelakinya. Tengok-tengok, menantu idaman pun tidaklah sehebat mana selepas nikah.
Ramai orang akan ingat, nak poligami ni perkara paling utama adalah kemampuan Kewangan. Salah tu tuan-tuan dan puan-puan.
Di dalam Seksyen 23 (5) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah 2008, ada menyatakan tentang perkara yang perlu dinilai sebelum dibenarkan oleh Mahkamah untuk seseorang lelaki berpoligami. Antaranya :
👉🏻 Perkahwinan yang dicadangkan itu patut atau perlu
maksud yang dinyatakan di dalam perkara ini adalah sekiranya isteri sedia ada tidak mampu melahirkan anak atau uzur untuk bersetubuh atau gila.
Gambar Hiasan
👉🏻 Kemampuan kewangan
Lelaki tersebut mempunyai kemampuan kewangan mengikut Hukum Syarak bagi semua tanggungan sedia ada.
👉🏻 Boleh berlaku adil
Mesti mampu untuk berlaku adil dari sudut layanan dan bermalam. Setiap isteri dan tanggungan perlu dilayan dengan baik dan tidak diabaikan.
👉🏻 Tidak menyebabkan darar syarie pada isteri sedia ada
Maksudnya perkahwinan poligami ini tidak akan menjejaskan kebajikan isteri sedia ada. Bahkan mungkin dengan poligami ini akan menyebabkan isteri tersebut menderita.
Daripada alasan-alasan yang diberikan ini, jelas menunjukkan, perkara mengenai poligami ini bukan dilihat kepada satu sudut sahaja iaitu kemampuan kewangan. Ada orang yang dia mungkin mampu untuk menafkahi isteri dan anak-anak sedia ada, tapi dia mungkin sukar untuk berlaku adil.
Gambar Hiasan
Apa yang saya lihat berdasarkan pengalaman kes di mahkamah, orang yang benar-benar mampu berpoligami ini dengan baik adalah lelaki yang mampu menguasai dan melayani isteri sedia ada dengan baik dan mampu untuk berlaku adil.
Cuma banyak yang ada sekarang ini, hanya mampu cakap boleh tanggung kewangan dan boleh berlaku adil, tapi selepas kahwin, macam-macam isu rumah tangga yang timbul. Jika dilihat situasi Khuzairi, saya berpandangan dia tidak layak untuk berpoligami kerana ia hanya mahu ikut kehendak ibunya sahaja bukan kerana dia mampu atau Mia ada kemudaratan sebagai isteri.
Ingatlah, kalau tak mampu nak pergi masjid lima kali sehari, tak payah mimpilah nak berlaku adil poligami macam Nabi.
Walau hanya memasak nasi, namun memasak nasi putih juga perlukan kemahiran yang betul. Bagaimana sukatan air yang betul dan bagaimana pula nasinya akan menjadi sekata dan cantik. Semuanya perlukan teknik yang tepat.
Macam mana caranya nak masak nasi jadi cantik dan masak sekata macam ni? Tips yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini mama kena cuba.
Menurutnya, kalau nak dapat hasil nasi yang lembut, berderai dan masak sekata dari jenama basmathi ini kenalah buat langkah-langkah seperti di bawah.
TIPS MASAK NASI CANTIK BERDERAI & LEMBUT Saja nak kongsi yang dah tahu abaikan sahaja ye. Kalau masak nasi guna beras basmathi, tips akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata adalah:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Kemudian rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ini saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).
3. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak.
Untuk memasak akak didihkan dulu air baru masukkan beras. Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
Bila mewarnakan nasi, korang tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau. Nasi nasi yang akak masak untuk tempahan, last sekali akak akan letak dua sudu butter (cara akak ye).
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilalui saat nak membesarkan anak. Namun bila anak membesar dengan sempurna, segala kesusahan itu di bayar dengan kenikmatan.
Luahan yang dibuat oleh Tya Ariffin ibu kepada Arif Jiwa Asyraf mengambarkan bahawa seorang wanita yang bergelar ibu cukup hebat dan tsangat besar pengorbanannya.
Pengorbanan mengandung 9 bulan, dari naik berat badan, morning sickness, dan tidur tak lena hinggalah melahirkan dan mempertaruhkan nyawa kita untuk satu malaikat kecil.
Tiada langsung keluhan walaupun penat. Malah dapat menyusu dan membesarkan anak di depan mata anugerah yang tak ternilai dariNya.
Mungkin dia awalnya kita rasa sukar tetapi semua itu akan dilupakan bila melihat anak membesar dengan sempurna dan sihat. Dah mula pandai senyum dan buat orang tergelak setiap hari antara momen paling indah.
Paling terkesan sekali bila anak dah pandai ajak bermain dan melihatnya tidur buat hati ibu mudah cair walaupun sebelum itu cukup menguji kesabaran.
Hakikatnya tak perlu menjadi ibu yang sempurna, cukuplah menjadi ibu yang bahagia buah cinta hati kita.
Walaupun setiap anak tak sama, semuanya dah ada kelebihan masing-masing dan bagaimana kita mencorakkannya penentu kejayaan anak-anak.
Sumber: ig tyaarifinnw
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ernie Zakri dan Syamel sambut hari lahir anak - "Anak ibu, daddy dah 3 tahun." Tanggal 22 Februari menjadi tarikh istimewa buat pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel kerana ia merupakan hari lahir anak sulung mereka, Nur Khawla Soleha, yang kini genap berusia tiga tahun.