Seorang kanak-kanak perempuan mengalami ruam berisi air pada tangannya selepas menyentuh tumbuhan paling berbahaya di Britain.
Mangsa mengalami simptom aneh selepas bersentuhan dengan tumbuhan hogweed gergasi ketika bermain di sebuah taman di Bolton, Manchester.
Lebih teruk, mangsa yang berusia empat tahun turut dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu.
Imej yang dikongsi oleh Sekolah Rendah Hardy Mill menunjukkan ruam berisi air timbul pada tangannya akibat kejadian yang berlaku pada 4 Jun lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak sekolah berkata, “Seorang murid kami telah bersentuhan dengan tumbuhan ini ketika cuti pertengahan penggal dan akhirnya terpaksa dirawat di hospital kerana melecur tahap kedua.
“Sila perhatikan tumbuhan ini di taman-taman dan persekitaran ketika keluar dengan anak-anak anda. Kami telah dimaklumkan bahawa tumbuhan ini pasti tumbuh di Taman Longsight.
“Adalah berguna untuk menunjukkan kepada anak-anak anda rupa tumbuhan ini supaya mereka dapat mengelak daripada meyentuhnya,” ujar kenyataan itu.
Hogweed gergasi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan kerengsaan pada kulit kerana toksinnya meresap jauh ke dalam sel, lapor Manchester Evening News.
Rumpai itu boleh membesar sehingga enam meter tinggi, manakala setiap tumbuhan hogweed gergasi boleh merebak untuk meliputi julat sekitar dua meter juga.
Kredit: Daily Star & mStar
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/