Keibubapaan

“Senyum Sama Macam Papa” Tak Kekok Di Dapur, Gelagat Anak Shukri Yahya Curi Perhatian!

Share

Si comel Aaira Ameena, anak sulung kesayangan pasangan selebriti, Shukri Yahaya dan Tya Adnan sering sahaja mencuri perhatian wargamaya dengan aksi comelnya.

Setiap kali muncul di Instagram ibu dan bapanya, ada sahaja gelagat comelnya bersama adiknya, Maleeq Miqayl.

Tidak hanya pandai menari menyanyi dan petah bercakap, bahkan kakak Ameena juga rupanya rajin membantu ibunya di dapur. Terbaru melalui perkongsian ibunya di Instagram, Ameena tidak kekok turun padang menyediakan cup cake sambil dibantu ayahnya yang setia disisi.

Walaupun baru berusia enam tahun, namun gaya Ameena yang langsung tidak kekok mencuri perhatian wargamaya.

Paling mencuri tumpuan pastinya perwatakannya yang sangat lemah lembut kita bercakap dengan ibunya.

Malah senyumannya yang tidak pernah lekang di bibir buat wargamaya tak jemu memandang. Ditambah pula wajahnya saling tak tumpah seperti ayahnya.

Jom intai Ameena buat kek bersama ayahnya. Memang comel!

 

Rata-rata peminat kecil Ameena turut meninggalkan pelbagai reaksi.

Menarik: Macam Nak Pengsan Tahan Contraction, Ezzaty Abdullah Syukur Dapat Rasa Nikmat Bersalin

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM