Kegembiraan dua keluarga pulang ke kampung berakhir tragedi apabila tiga termasuk seorang bayi dan kakaknya yang berusia dua tahun tujuh bulan maut manakala seorang parah dan empat cedera dalam kemalangan di Kilometer 304 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu di Seri Bandi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, bayi perempuan berusia lapan bulan, Weaam Lukman dan kakaknya, Wedad meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dua beradik itu maut selepas tercampak keluar dari kereta Proton Wira yang dinaiki bersama ibu bapa mereka selepas kenderaan itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah Perodua Axia mengakibatkan penumpang Axia itu Haznah Ali, 59, turut maut.

Seorang Bayi Dan Kakaknya Meninggal Dunia Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta. Tragedi Pulang Ke Kampung Untuk Hari Raya

Pengguna jalan raya, Zamri Zabar, 37, berkata, hatinya tersentuh melihat jasad bayi dan kanak-kanak perempuan yang telah kaku di atas jalan ketika melalui lokasi kejadian selepas beberapa minit kejadian berlaku.

“Lepas lihat kemalangan, saya cepat-cepat berhentikan kenderaan dan sempat bantu keluarkan penumpang belakang Axia yang parah, tapi lepas dikeluarkan mangsa juga meninggal dunia.

IKLAN

“Keadaan masa tu sangat menyayat hati dan saya bantu tenangkan mangsa yang cedera,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seorang Bayi Dan Kakaknya Meninggal Dunia Selepas Tercampak Keluar Dari Kereta. Tragedi Pulang Ke Kampung Untuk Hari Raya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Said Ibrahim  berkata, akibat nahas itu ibu bayi berkenaan, Hnan Ismail, 23, patah paha sementara suaminya yang memandu Proton Wira terbabit, Lukman Waeni, 31, mengalami cedera ringan.

Menurutnya, turut cedera pemandu Perodua Axia yang juga anak Haznah, Muhamad Abdulqayum Mohd Shahimi, 20; bapanya, Shahimi Jusoh, 60; dan kakaknya, Nur Syazwani Fitriah Mohd Shahimi, 22.

IKLAN

Katanya, kejadian dipercayai berlaku selepas Proton Axia melanggar belakang Proton Wira yang berhenti di bahu jalan.

“Waktu itu Proton Wira berkenaan berhenti di bahu jalan tersebut kira-kira lima minit sebelum dirempuh dari arah belakang.

“Ekoran itu, tiga mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat,” katanya.

IKLAN

Kata Mohd Said, susulan itu ujian saringan air kencing juga turut dilakukan ke atas pemandu Perodua Axia untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan ketika kejadian Lukman yang juga guru pusat tahfiz di Johor dan berwarganegara Thailand bersama isteri dan dua anak mereka dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman isterinya di Kampung Beladau Kepong, Serada, Kuala Terengganu.

Shahimi yang juga pesara polis bersama isteri dan dua anak mereka pula difahamkan dari rumah mereka di Kluang, Johor dan dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Machang, Kelantan untuk menziarah saudara mereka yang sakit.

Sumber: Sinar Harian Online

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI