Kematian anak syurga, Farhan Lukman Abdullah disyaki dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menyedarkan kita semua penyakit berjangkit ini boleh menyebakan kehilangan nyawa.
Adik Farhan meninggal dunia di Hospital Sibu selepas 3 hari menerima rawatan di Hospital Daro. Jenazah adik Farhan yang berasal dari Kampung Pantray , Daro disemadikan di Tanah Perkuburan Lemang Pek , Daro. AL Fatihah.
Susulan kes kematian arwah adik Farhan, tindakan dan kepekaan ibu bapa dengan keadaan anak dan persekitaran di sekeliling sangat penting.
Ads
Tanda jangkitan HFMD:
– Kurang selera makan, demam, sakit tekak, ruam pada bahagian kaki dan tangan serta ulser yang banyak di dalam mulut. Ibu bapa, taska dan sekolah jangan ambil ringan jika terdapat tanda-tanda ini. Anak bawah jagaan kita adalah tanggujawab kita. Bawa pemeriksaan doktor jika terdapat simptom awal.
Ads
– Kanak-kanak bawah 5 tahun mudah dijangkiti penyakit ini kerana daya imun yang masih rendah. Kawal suhu demam kanak-kanak dan pastikan mereka tidak terdehidrasi.
– Paling bahaya penyakit ini berjangkit melalui cairan seperti air liur , hingus , nanah kudis dan najis. Seorang yang disyaki mengalami HFMD boleh menjangkitkan 5 orang di sekeliling mereka. Berhati hati ketika membawa anak-anak di tempat awam. Pemegang troli, pintu, penahan escalator dan tempat permainan kanak-kanak antara tempat berisiko terkena jangkitan. Sentiasa pastikan kebersihan dijaga dan basuh tangan dengan pembasmi kuman.
Ads
– Jika anak mengalami HFMD mohon cuti kuarantin. Kerja boleh tangguh, nyawa anak hanya satu. Duit boleh cari, anak tiada galang ganti. Semoga kita diberikan kesedaran dan dilindungi daripada pelbagai penyakit.
Sosej boleh membunuh kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak memang suka sangat makan sosej atau hot dog. Ibu bapa juga rasa mudah untuk simpan stok makanan segera ini dalam peti sejuk kerana ia mudah disediakan untuk anak makan.
Bagaimanapun tanpa sedar rupanya kita telah mendedahkan risiko anak kepada gangguan kesihatan atau mungkin boleh terbunuh jika terlalu kerap memakan sosej.
Bukan hanya mitos tapi ia berdasarkan fakta yang dikongsi oleh Facebook Public Health Malaysia. Jadi ibu bapa yang gemar beli stok sosej di rumah bolehlah mempertimbangkan semula rutin anda tersebut.
HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.
Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.
Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG.
Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya,
“Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG”
Lebih serius, beliau mengulas
” Apabila HOT DOG telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya”
-Dr Gary Smith, Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s , Ohio.
Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Lebih menarik lagi, kanduangan NITRITE di dalam HOT DOG dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
NITRITES merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam HOTDOG. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.
Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.
Bukan Makan Hari Hari- Apa salahnya?
Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis
“ala, bukan makan hari hari”
fikirkan semula. “Makanan Proses” dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.
SUSU, BUAH BUAHAN “PENAWAR” KESAN HOT DOG
Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam HOT DOG.
Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri HOT DOG. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi “penawar” kepada bahan kanser yang di makan dari HOT DOG.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan “kesan buruk” dari pengambilan HOT DOG.
Kesimpulannya,
HOT DOG atau Sosej,
Halal atau Haram,
Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
Jika anda begitu “bersungguh” untuk memberi HOT DOG kepada anak anak, potong “penyendal saluran pernafasan” tersebut dengan kecil.
Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
BERSEDERHANA. jangan makan terlalu kerap.
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak apa yang kita cari adalah persekitaran yang selamat dan selesa untuk meninggalkan si kecil tersayang. Maklumlah ibu yang bekerja selalunya akan tinggalkan anak di rumah pengasuh sehingga malam menjelma. Kalau dapat balik awal memang seronok.
Tapi itulah malang kan tak berbau ada ketikanya, bila ambil sahaja anak dari rumah pengasuh atau pusat jagaan ada yang luka dan cedera. Dapat pengasuh yang memang peka dan prihatin serta bertanggungjawab, memang awal-awal lagi akan mereka maklumkan pada kita tentang apa yang berlaku kepada anak tersayang.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusia Kelab Pengasuh Malaysia. Anaknya yang berusia setahun lima bulan dikhabarkan terluka terkena bakul baju ketika bermain dengan anak asuhan lain.
Insiden tentang kejadian tersebut dilaporkan terus oleh pengasuhnya kerana bimbang dengan keadaan bayi tersebut.
Assalamualaikum semua. Sekadar berkongsi memori anak dara saya berumur 1y5m.
Khamis lepas, pada 31/10. Setengah jam lepas hantar ke rumah pengasuh, mama Whatsapp dan informed yang jari anak saya luka. Terkena bakul baju masa bermain dengan anak asuh yang lain. Darah agak banyak dan minta saya bawa ke klinik malam tu. Dia risau sangat. Saya kata takpe, balik nanti saya check balik.
Sampai di rumah pengasuh pukul 7 petang, mama cerita balik kronologi kejadian itu. Jari pun dah dicuci dan dibalut plaster. Saya pun ingat takde apa yang serious. Malam tu, bila saya nak tukar plaster yang baru, baby saya meraung. Sakit sangat agaknya. Bila dah dicabut, aduhai..luka teruk rupanya cemas, terus mesej suami yang tengah meeting. Kami ke Hospital Shah Alam malam tu jugak lepas abang ipar seorang doktor adviced kami pergi ke hospital terus. Mungkin kena jahit.
Lepas doktor x-ray, rupanya tulang left index finger yang paling atas tu fractured (patah). Doktor pakar tulang tanya kami, macam mana tulang baby boleh patah kalau sekadar terkena tepi bakul baju. Saya ceritakan semula kronolgi kejadian. Doktor ortho puas hati. Alhamdulillah, takde jahit, takde simen. Natural recovery tapi buat dressing hari-hari.
InsyaAllah esok baby saya ada appointment dengan pakar. Doktor nak tengok ada infection tak pada luka tu, sebab kalau ada, memang kena buat minor surgery. Bahaya untuk perkembangan jari dia. Doakan semuanya selamat ya
Saya bersyukur sebab mama buat perkara yang sepatutnya. Mama:
1. Cuci luka jari anak saya bawah air paip mengalir. Bukan letak minyak gamat dan lain-lain. Doktor puji mama. Ilmu first aid sangat penting!
2) Tutup luka supaya tak terdedah dengan udara.
3) Inform saya terus dan ceritakan kronologi dengan terperinci.
4) Inform pada parents anak asuh pasal perbuatannya pada baby saya.
5) Sentiasa update perkembangan baby saya, pukul 3 pagi pun tanya. I love her.
Sempena hari ibu baru-baru ini, selebriti dan pelakon, Betty Rahmad berkongsi pengalaman dirinya yang dijangkiti virus Influenza A penghujung tahun lalu melalui sesi live di Instagram miliknya.
Menurut adik kepada Erma Fatima dan Umi Aida ini, virus tersebut turut menjangkiti anaknya Ardi Wira selepas beberapa hari dirinya dijangkiti.
Untuk membincangkan lebih lanjut dan juga lebih jelas tentang pentingnya pengambilan vaksin Influenza Betty turut menjemput Dr. Salehuddin Samsudin, Pakar Pediatrik dari Park City Medical Centre untuk live bersamanya pada hari tersebut.
Live yang berlangsung selama lebih kurang 45 minit itu sarat dengan pelbagai maklumat berguna untuk ibu-ibu dalam mendapatkan info yang jelas betapa pentingnya pengambilan vaksin Influenza.
Vaksin Influenza boleh diambil oleh ibu hamil dan bayi berumur 6 bulan ke atas
Menurut Dr Salehuddin, pengambilan suntikan Influenza amatlah penting untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah. tambahnya juga ia boleh diambil oleh bayi selepas umur mereka 6 bulan dan ke atas.
Jelasnya lagi, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suntikan ini kerana ia dapat memberikan imuniti kepada bayi yang dilahirkan sebelum bayi tersebut divaksin dengan Vaksin Influenza selepas umur bayi 6 bulan.
Menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan oleh peminat Betty ketika Live berlangsung, antara individu yang berisiko untuk dijangkiti adalah:
Walau bagaimanapun menurut Dr Salehuddin, individu lain yang berisiko rendah juga boleh dijangkiti oleh virus Influenza.
Oleh yang demikian, Dr Salehuddin menyarankan kepada semua betapa pentingnya untuk mengambil vaksin ini setiap tahun agar badan dapat melindungi daripada dijangkiti virus Influenza yang juga boleh membawa maut ini.
Turut menyentuh serba sedikit isu penularan virus Covid-19 yang sedang menular, Dr Salehuddin sempat berpesan supaya melakukan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh kerajaan.
Jadi mama-mama kat luar sana, sebaiknya dapatkan suntikan Influenza ini diri sendiri dan juga seisi keluarga. Ia penting untuk kesejahteraan dan kesihatan bersama.