Kematian anak syurga, Farhan Lukman Abdullah disyaki dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menyedarkan kita semua penyakit berjangkit ini boleh menyebakan kehilangan nyawa.

Adik Farhan meninggal dunia di Hospital Sibu selepas 3 hari menerima rawatan di Hospital Daro. Jenazah adik Farhan yang berasal dari Kampung Pantray , Daro disemadikan di Tanah Perkuburan Lemang Pek , Daro. AL Fatihah.

Seorang Kanak-Kanak Yang Kena HFMD Boleh Menjangkiti 5 Orang Di Sekelilingnya. Hati-Hati Ya!

Susulan kes kematian arwah adik Farhan, tindakan dan kepekaan ibu bapa dengan keadaan anak dan persekitaran di sekeliling sangat penting.

Seorang Kanak-Kanak Yang Kena HFMD Boleh Menjangkiti 5 Orang Di Sekelilingnya. Hati-Hati Ya!

IKLAN

Tanda jangkitan HFMD:

– Kurang selera makan, demam, sakit tekak, ruam pada bahagian kaki dan tangan serta ulser yang banyak di dalam mulut. Ibu bapa, taska dan sekolah jangan ambil ringan jika terdapat tanda-tanda ini. Anak bawah jagaan kita adalah tanggujawab kita. Bawa pemeriksaan doktor jika terdapat simptom awal.

Seorang Kanak-Kanak Yang Kena HFMD Boleh Menjangkiti 5 Orang Di Sekelilingnya. Hati-Hati Ya!

IKLAN

– Kanak-kanak bawah 5 tahun mudah dijangkiti penyakit ini kerana daya imun yang masih rendah. Kawal suhu demam kanak-kanak dan pastikan mereka tidak terdehidrasi.

– Paling bahaya penyakit ini berjangkit melalui cairan seperti air liur , hingus , nanah kudis dan najis. Seorang yang disyaki mengalami HFMD boleh menjangkitkan 5 orang di sekeliling mereka. Berhati hati ketika membawa anak-anak di tempat awam. Pemegang troli, pintu, penahan escalator dan tempat permainan kanak-kanak antara tempat berisiko terkena jangkitan. Sentiasa pastikan kebersihan dijaga dan basuh tangan dengan pembasmi kuman.

Seorang Kanak-Kanak Yang Kena HFMD Boleh Menjangkiti 5 Orang Di Sekelilingnya. Hati-Hati Ya!

IKLAN

Seorang Kanak-Kanak Yang Kena HFMD Boleh Menjangkiti 5 Orang Di Sekelilingnya. Hati-Hati Ya!

– Jika anak mengalami HFMD mohon cuti kuarantin. Kerja boleh tangguh, nyawa anak hanya satu. Duit boleh cari, anak tiada galang ganti. Semoga kita diberikan kesedaran dan dilindungi daripada pelbagai penyakit.

Sumber: Mutalib Kassim

Puer’s Kidsdom
Public Health Malaysia
Buletin Delegasi Melanau
http://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/infografik
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/116
https://www.bharian.com.my/…/izinkan-pekerja-jaga-anak-dija…

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI