“Seorang Lagi Hulubalang Dedi & Momi” Tasha Manshahar Timang Bayi Lelaki!

Share

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Tasha Manshahar dan suaminya Raqib Majib yang selamat menimang cahaya mata lelaki kedua mereka semalam.

Melalui Instagram, Raqib menyampaikan perkhabaran gembira itu kepada umum sambil berkongsi sekeping gambar memangku bayi keduanya.

Menurut kata Raqib, dia dan Tasha amat bersyukur bila mana Allah mengurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki buat mereka sekeluarga.

“Isteri tercinta saya @tashamanshahar selamat melahirkan putera kami yang kedua siang tadi.

“Terima kasih ALLAH mengurniakan seorang lagi hulubalang untuk dedi & momi yang akan berjasa pada keluarga, agama dan bangsa,” tulisnya berkongsi.

Dalam pada itu, melalui Instagramnya, Tasha turut berkongsi hal yang sama. Malah turut memuat naik sekeping gambar suami bersama anak keduanya itu.

“151121. Our another bundle of joy is finally here, Alhamdulillah,” tulisnya.

Rakan-rakan selebriti dan peminat Tasha dan Raqib turut sama mengucapkan tahniah diatas kelahiran bayi kedua itu.

Terdahulu, Tasha dan Raqib mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muammar Rafiqi dan kini seorang cahaya mata lagi penambah bahagia mereka sekeluarga.

Menarik: Senarai Haiwan Yang Selamat & Sesuai Untuk Si Kecil Pelihara, Bagus Untuk Rangsang Motor Skill!

Nak sediakan kelengkapan anak ke sekolah, jom ke Hari-Hari. 

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM