Masih ramai ibu bapa seakan ambil mudah bab pemakanan anak. Kebanyakan daripada kita menganggap jika anak tak mahu makan nasi atau makanan sihat yang lain, banyak lagi pilihan boleh diberikan.
Biasanya jika anak susah makan nasi atau real food, apa yang terlintas dalam fikiran adalah beri makan biskut, roti atau makanan segera yang macam-macam dijual dipasaran sekarang ini.
Namun adakah ibu bapa tahu, makanan tersebut jika diambil dengan kerap dalam jangka masa panjang boleh memudaratkan kesihatan?
Jadi dalam hal ini, ibu bapa kena main peranan untuk mengubah gaya pemakanan anak-anak. Cuba buat dulu sebab anak akan terima jika kita ajar mereka tanpa putus asa. Tambah lagi jika anak penggemar biskut, kena hati-hati juga ye sebab kandungan di dalamnya tak elok untuk kesihatan.
Berikut antara perkongsian Dr Mazliana Mazlan:
Dulu saya tak pernah kisah dan ambil tahu, apa yang ada dalam sepaket biskut. Tak pernah nak belek apa bahan ramuan yang digunakan untuk hasilkan biskut tu.
Bila mula kenal dengan pemakanan sihat, rupanya banyak sangat kandungan yang ada dalam biskut.
Lebih 5 bahan. Pelbagai nama sampai susah nak sebut nama-nama bahan tu.
MSG.
Maltodextrin.
Aditif.
Pengawet tiruan.
Perasa tiruan.
Pemanis tiruan.
Pewarna tiruan.
Kebanyakan biskut mengandungi bahan-bahan ni. Elakkan bagi selalu terutama untuk anak-anak kecil kita.
Makan sekali sekala, mungkin tak beri kesan sangat pada kesihatan anak. Tapi kalau kita selalu bagi, sebab anak tak suka makan nasi. Kita offer anak dengan biskut sebab takut anak lapar. Makin lama, makin anak tak suka nasi, makin anak tak suka real food.
Anak lebih suka makan biskut makanan tinggi proses yang kaya dengan transfat sebagai makanan ruji.
Mula belajar baca label. Terutama untuk makanan yang anak-anak kita suka dan selalu makan.
Sama-sama kita cuba ya, untuk buat pilihan makanan yang lebih baik untuk anak, dengan sedikit usaha untuk mula baca label pada makanan.
Kredit: Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
Untuk join pertandingan ini, anda boleh daftar sekarang https://toko.ideaktiv.com/product/merangkak-race/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60193452950
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)