Romantik atau tak, setiap pasangan mempunyai cara masing-masing untuk hargai pasangan. Bak kata orang tua-tua, sikap menghargai pasangan itu bukanlah di awal perkahwinan sahaja, namun harus dikekalkan sampai bila-bila.
Begitulah juga yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob terhadap isteri kesayangannya, Datin Azrene Soraya sejak dari 13 tahun hubungannya bersama isteri.
Menurut Fazley dia menyatakan pemberian hubungan dan caranya hargai pasangan bukanlah perkara baru tapi dah diamalkan sejak belum ada anak lagi pun.
Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.
Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Ads
Ads
Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
Sumbr: Ig Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cara setiap ibu mendidik anak-anak berbeza. Ada yang menggunakan pendekatan tegas dan ada juga yang lebih suka berlembut dengan anak-anak. Pendekatan yang ibu lakukan sebenarnya mengikut personaliti anak mereka sendiri. Biasanya ibu mengambil masa untuk mengenali perwatakan anak sebelum memilih cara terbaik untuk membesarkan mereka. Salah satu cara yang paling berkesan untuk membentuk anak-anak adalah dengan menggunakan skil psikologi.
Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!
Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah.
Bagaimana pula dengan anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri? Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.
Berikut 7 Kaedah Yang Boleh Anda Amalkan
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.
7. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengalaman pertama kali anak berpuasa memang mengujakan. Sedikit mencabar minda ibu tetapi ada maniskan untuk dikenangkan. Inilah yang dilalui pelakon Shera Ayob buat anak handsomenya, Nadi Anaqi.
Baru pertama kali belajar berpuasa penuh namun Anaqi sudah berjaya melaksanakannya pada hari pertama berpuasa. Malah anak kecil ini juga berazam untuk berpuasa penuh selama 30 hari. Syabas!
Paling menarik kata Shera, Anaqi sendiri yang menyediakan nota kecil berbunyi “wake me up for suhoor”, untuk memberi semangatnya bangun sahur bersama daddy dan mommy. Anaqi memang anak yang bijak!
Salam Ramadhan semua!
Ramadhan kali ni Mommy nak Anaqi cuba puasa bebenar. Tapi tiada paksaan, ikut kemampuan dia jugalah. Mommy kejam bertempat.
Alhamdulillah time sahur dia senang bangun mungkin dah biasa sebab Ramadhan sebelum-sebelum ni memang Mommy akan kejut dia sahur sekali. Malam sebelum sahur pertama tu pun dia sendiri dah letak siap-siap note ‘wake me up for suhoor.’
Semalam hari pertama puasa, pagi dia pergi sekolah, ada extra class pula lagi. Jam 5pm baru balik rumah. Mommy nervous, boleh ke dia bertahan?
Banyak jugalah benda kelakar semalam tapi apapun Alhamdulillah Anaqi berjaya puasa! Hari ni Anaqi ada field trip pula. Mommy nervous lagi. Semua tolong doakan yang baik-baik untuk Anaqi ya! ??
Dalam pada itu, Zahiril Adzim, daddy kesayangan Anaqi ini juga turut berkongsi kegigihan anak kecil ini untuk berpuasa walaupun menjalani latihan bola sepak pada sebelah siang hari. Kuatnya semangat Anaqi kan. Good job!
Alhamdulillah. Cayalah Anaqi, hati kental nak jaga puasa dia hari ni walaupun siang tadi ada football class. Berlari – lari atas padang sampai Daddy yang tengok pun rasa penat nak teguk air. Habis football class pergi extra class lain pulak.
Balik rumah Daddy siap ‘menyakat’ offer Milo dekat dia, dia lari – lari refused untuk minum. Tak baik betul Daddy ? Tapi Daddy kacau sebab Daddy confident dia takkan ambik Milo tu. ?
Semata – mata sebab ‘I nak puasa for 30 days’ katanya. Steady Anaqi!
Netizen Puji Anaqi Kuat
Dalam pada itu netizen juga turut memuji Anaqi yang sudah berjaya berpuasa sambil mendoakan semoga anak kecil ini terus bertahan berpuasa selama 30 hari. Good Job Nadi Anaqi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terdetik di hati sesekali kita membandingkan pasangan kita dengan orang lain. Jika ya kita kena faham pasangan kita tu mungkin tak sama macam pasangan orang lain. Tapi itu tak bermakna dia tidak boleh menjadi yang terbaik untuk diri kita.
Tak perlu cuba membandingkan seseorang yang mencintai, menyayangi dan mengasihi diri kita dengan yang lain. Dalam hidup ini, jangan terlalu cuba sangat untuk mengejar kesempurnaan kerana kesempurnaan itu tiada pada manusia.
Berikut perkongsian dari Firdaus Shakirin yang berkongsikan tip kebahagiaan rumah tangga dan keibubapaan.
1. Cari persamaan 2. Raikan dan hormatilah perbezaan
Mungkin ada yang kata, pasangan kita ini cerminan kepada diri kita. Jika benar seperti yang dikata, maka jika pasangan tidak solat, maka anda pun tidak solat. Jika pasangannya panas baran, maka anda pun panas baran.
Cermin sifatnya memantul. Apa yang ada pada diri kita, ianya tetap sama di dalam cermin yang kita lihat namun realitinya berbeza.
Ada yang memiliki pasangan tidak solat, tapi dia solat. Dia sentiasa menegur pasangannya untuk solat. Ada yang memiliki pasangan panas baran, tapi dia jenis bersabar…dia sentiasa cuba bersabar bila pasangannya hilang kawalan.
JODOH ITU SEBENARNYA BERSIFAT MELENGKAPI. KEKURANGAN PASANGAN DILENGKAPI DAN DIISI DENGAN KELEBIHAN YANG ADA PADA DIRI KITA SENDIRI. JUSTERU ITU, LENGKAPILAH SESIAPA PUN YANG JADI PASANGAN KITA PADA HARI INI DENGAN SIFAT-SIFAT SERTA SIKAP-SIKAP YANG KITA MILIKI PADA DIRI KITA SENDIRI SUPAYA PERHUBUNGAN ITU MAMPU DITERUSKAN DAN DIKEKALKAN HINGGA KE SYURGA ALLAH SWT.
Ingat pasangan yang sempurna hadir apabila kita memberi, bukan mencari.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.