Isteri pelakon popular, Datuk Adi Putra, Datin Aida Yusof akui reda dan percaya Allah sebaik-baik perancang untuknya dan suami dalam menantikan rezeki kehadiran cahaya mata walaupun sudah lebih 14 tahun berkahwin.
Aida berkongsi kisahnya yang sangat menyentuh hati itu menerusi video temu bualnya bersama majalah Nona baru-baru ini.
Video pendek yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu memaparkan kisahnya yang sebelum ini pernah menjalani kaedah rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) sebanyak empat kali.
Ads
Melalui kaedah tersebut, Aida akui pernah hamil kembar sebanyak tiga kali manakala yang terakhir adalah kembar tiga (triplet).
“Sepanjang 14 tahun berkahwin, jujurnya saya dah pernah buat IVF empat kali… Tiga kali mengandung kembar dan yang terakhir sekali triplet.
“IVF tak membebankan walaupun saya terpaksa ambil suntikan setiap hari di kiri dan kanan perut. Saya tetap tidak berputus asa kerana saya sukakan kanak-kanak. Dapat seorang pun okay…
Ads
“Suami banyak beri semangat. Selagi belum ada rezeki kami akan terus cuba. Saya ambil semangat Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia tunggu 11 tahun untuk dapatkan zuriat.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Aida dapat memperolehi zuriat seperti yang diidamkan selain memberikan kata-kata semangat.Foto: Instagram @aidayusof786 & @adiputra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres Lana Nodin yang kini sedang hamil anak kedua dilihat memakai gaun hospital dan memakai tag pesakit pada pergelangan tangan.
Mungkin ramai yang beranggapan Lana sudah pun bersalin,rupa-rupanya dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi pada kandungannya.
Lana yang sudah memiliki seorang anak perempuan, Gia Quin McKenzie. Lana yang pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu untuk bersalin dan menjalani proses berpantang di tanah air.
Lana memuat naik video dan memberikan penjelasan yang kandungannya mengalami sedikit komplikasi kerana terlalu aktif dan bayi dalam kandungan juga aktif. Isteri kepada Mohd Daud McKenzie ini juga memohon agar para peminat mendoakan agar dia dapat melahirkan apabila tiba masanya nanti. Lana telah dipantau selama 24 jam sebelum dibenarkan pulang.
lananodinmckienzieMMD&G❤️ terima kasih banyak2 to @rampaiputeri yg menjaga lana dan beri layanan dengan baik dan selesa pada family lana…. Tq so much ??Alhamdulillah semuanya selamat dan baik2 belaka dan hari ni dpt discharge setelah di monitor 24 jam….dan harapakan lana doakan lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya… Amin ????aminnn
Kehamilan selepas usia 35 tahun diketahui banyak risikonya. Tapi kelebihannya anak yang bakal lahir pintar.
Masa kini, ramai wanita yang hamil lewat usia. Salah satu sebabnya adalah trend berkahwin lambat. Malah, ada juga yang disebabkan faktor-faktor yang lainnya.
Orang selalu berkata, ada bahayanya kalau cuba hamil lewat usia. Berdasarkan kajian, berikut adalah antara yang bakal dihadapi oleh wanita di dalam kes ini.
Masalah kesuburan
Usia yang semakin meningkat dikaitkan dengan tahap kesuburan yang kian menurun.
74% wanita yang menerima rawatan kesuburan pada 30 tahun dan ke bawah boleh hamil dalam masa 1 tahun. Namun, jumlah ini menurun kepada 61% pada usia 31 – 34 tahun. Apabila mencecah 35 tahun dan ke atas, hanya 54% wanita yang berjaya hamil.
Kesihatan bayi terjejas
Disebabkan faktor usia, kemerosotan kualiti telur dan sperma yang dihasilkan oleh anda dan suami boleh menyumbang kepada penyebab masalah kesihatan bayi.
Antara masalah lain yang boleh timbul ialah keguguran, bayi kurang berat badan, kelahiran pramatang atau meninggal dunia dalam kandungan.
Wanita yang mengandung selepas usia 35 tahun mungkin lebih sukar untuk melahirkan bayi secara normal dan memerlukan bantuan proses tertentu seperti vakum, forsep atau pembedahan caesarean.
Ada kajian mendapati wanita yang berusia 35 tahun ke atas kurang sensitif terhadap oksitoksin. Secara tidak langsung menyebabkan otot rahim tidak dapat mengalami kontraksi dengan baik.
Perubahan hormon progesteron turut menyebabkan proses bersalin menjadi lambat lalu menyumbang kepada punca komplikasi.
Komplikasi kesihatan diri
Apabila meningkat usia, wanita semakin cenderung memiliki masalah kesihatan tertentu seperti masalah darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain. Apabila ada penyakit, ia boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.
Risiko sindrom Down
Sindrom Down didapati meningkat apabila kehamilan berlaku pada lewat usia. Data menunjukkan kebarangkaliannya adalah;
Walau bagaimanapun, ada kajian menjelaskan hamil lewat usia ada kelebihan tersendiri. Salah satunya didapati hormon kehamilan mempunyai manfaat jangka masa panjang kepada otak wanita.
Estrogen meningkatkan fungsi dan struktur otak, manakala progesteron mendorong perkembangan tisu otak serta perkembangannya.
Secara tidak langsung, ia membantu perkembangan otak bayi di dalam kandungan juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ayah kepada seorang cahaya mata, Harris Annuar yang juga suami kepada pelakon dan model, Asha Merican mengakui kehidupan sebagai suami dan ayah banyak mengajarnya erti tanggungjawab.
Berbeza dengan kehidupan zaman bujang yang boleh kesana-sini tanpa had, kini dia belajar erti menjadi ketua keluarga walaupun pada awalnya sukar untuk menerima perubahan hidup namun dengan bimbingan orang sekeliling termasuklah menerima nasihat dengan hati terbuka daripada ibu dan ibu mentua tercinta.
Dalam 10 orang papa yang dipilih sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial untuk Pa&Ma Gala Award 2023, Harris Annuar terpilih kerana mempunyai kisah menarik sejak bergelar seorang bapa yang boleh dijadikan inspirasi buat papa-papa lain.
Walaupun baru bergelar seorang bapa, namun setiap proses dalam menjalani perjalanan keibubapaan diambil berat oleh Harris sendiri. Baginya Auraa Mendina merupakan anugerah yang terindah dalam hidup.
Proses Kelahiran Segar Dalam Ingatan
Walaupun yang melahirkan anak adalah isteri, namun setiap momen itu tetap segar dalam ingatan Harris. Malah, dia turut mengambil tahu setiap perkara penting termasuklah graf bacaan jantung janin ketika menunggu proses kelahiran.
“Sebenarnya Asha bersalin awal dua minggu iaitu minggu ke-38. Pada awalnya Asha kena induce. Tiga kali isteri di induce, namun bukaan tetap 2cm. Saya dah mula risau dan sentiasa tengok Kardiotokografi Berterusan (CTG). Saya tanya nurse, nurse cakap okay, InsyaAllah baby okay”
“Tapi tiba-tiba CTG tak cantik dan doktor minta untuk terus buat emergency czer sebab tali pusat bayi dah mula terbelit dekat leher. Masa tu saya menangis sebab tak ada pengalaman, anak pertama.. emergency czer macam teruk sangat ke? Masa tu air mata dah mengalir dan saya tak boleh masuk sebab kes kecemasan. Kita dah risau dekat baby dan isteri. Itulah pengalaman yang tak boleh dilupakan”
Tunaikan Apa Sahaja Yang Isteri Mengidam Ketika Hamil
Harris yang juga anak kepada ushawan ternama iaitu Kak Ton, turut menunaikan apa sahaja yang diidamkan isteri ketika hamil kerana baginya pengorbanan isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak lebih besar jika nak dibandingkan dengan ushanya untuk memenuhi permintaan ‘mengidam’ si isteri ketika hamil.
“Orang tua-tua kata kalau isteri mengidam kena tunaikan takut air liur baby bila lahir nanti meleleh kan? tu risau juga (selorohnya). Tapi kita sendiri tahu perjuangan isteri mengandung selama 9 bulan, kemudian bersalin dan nanti nak menjaga anak lagi kan satu perjuangan juga jadi why not kita tunaikan apa yang dia idamkan. Kita bagi je”
Ikuti perkongsian penuh Harris Annuar serta Ezzaty Abdullah dalam live Pa&Ma Gala Award 2023 di bawah
Nantikan episod seterusnya untuk Pa&Ma Gala Award setiap hari pada bulan Julai ini!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI