Sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16, selebriti dan cef terkemuka, Dato’ Fazley Yaakob telah menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta. Walaupun sebelum ini pelbagai dugaan dan cabaran dilalui, namun semua itu menguatkan lagi rasa cinta antara mereka.
Melalui kapsyen di laman Instagram sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16, Dato’ Fazley turut berkongsi dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini tetapi bersyukur semuanya masih dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
View this post on Instagram
Menurut Dato’ Fazley, 7 November 2022 merupakan ulang tahun perkahwinannya dan Datin Azrene Ahmad, setelah 16 tahun mendirikan rumah tangga bersama. Menerusi kapsyen tersebut juga, beliau menyatakan bahawa ada pihak cuba untuk meruntuhkan rumah tangga mereka.
WE MADE IT!! 16 years today Adik Sayang!! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali2 BUKAN dari kita berdua, tetapi always dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini. Terlalu besar pengorbanan both of our families to make sure our love is justified with a pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab.
Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini.
View this post on Instagram
Allah Maha Besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya!
Thank you Adik Sayang, for all your sacrifices for me big and small, yang abang tahu dan yang abang tak tahu.. Abang hargai every one of it!
Pernah keguguran 13 kali
Dalam perkongsian tersebut, Dato’ Fazley sangat menghargai pengorbanan isterinya yang mengalami keguguran sebanyak 13 kali. Bagaimanapun, Dato’ Fazley meluahkan rasa syukur kepada Allah walaupun diuji dengan pelbagai ujian, mereka kini bahagia dapat membesarkan empat orang cahaya mata.
Syukur Alhamdulilah, walau pun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk 2 pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan 3 anak2 lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNYA takkan mampu sesiapa pun ubah.
Terdahulu, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sumber: IG Fazley Yaakob
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI