Fasa kembali bekerja selepas cuti berpantang memang saat yang paling sukar sekali bagi semua yang bergelar ibu.
Selepas menghabiskan masa yang lama hampir dua ke tiga bulan bersama buah hati tersayang, sudah tentu hari pertama kembali bekerja merupakan saat paling sukar sekali.
Bagi pelakon jelita Elisya Sandha yang hampir tiga bulan melahirkan bayi, pengalaman pertama kali hendak keluar bekerja dan berpisah seketika dengan anak tersayang merupakan momen paling sebak sekali.
Menantu kepada pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly sempat menitip pesanan melalui satu hantaran di Instagram miliknya sebagai satu memori yang akan dikenang selepas bergelar ibu kepada Bunga Elhaq.
Bunga Elhaq hari ini merupakan hari pertama mummy bekerja selepas bercuti panjang. Mummy kena keluar bekerja okay sayang, tolong jadi anak yang baik bila mummy tiada ya.
Awak dan mummy sangat bertuah kerana mummy tahu awak berada dalam jagaan yang baik bila Nanna yang menjaga awak sementara mummy bekerja.
Perkara pertama sebaik sahaja mummy habis kerja sudah tentu akan berjumpa dengan awak ye sayang.
Menjengah ke ruangan komen, kelihatan Fasha Sandha turut meninggalkan komen kepada adik tersayang sebagai tanda sokongan dan memahami situasi yang dilalui oleh Elisya kerana dia turut melalui perasaan tersebut selepas melahirkan anak dahulu.
Separation anxiety ni. Angah selalu kena dulu. Insyaallah everything will be ok
Menurut Hello Sehat, Separation anxiety disorder (SAD) adalah salah satu gangguan kecemasan yang biasanya terjadi pada anak-anak. Sebenarnya, wajar jika anak merasa sedih saat kena berpisah dengan ibu bapa, terutama ketika di usia bayi dan kanak-kanak.
Di samping itu ada juga pengikut Elisya turut berkongsi perasaan yang sama sukar nak tinggalkan anak lepas cuti berpantang.
Selain dari itu melihat pada kecomelan buah hati pertama Elisya dan Uzair Haqimy ini macam manalah mummy dia tak rasa sedih hati nak tinggalkan.
Tetapi melihat senyuman manis Bunga dan berada di dalam jagaan Nanna tersayang sudah tentu mummy Elisya senang hati nak bekerja.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly pada Ogos tahun lalu dan selamat melahirkan bayi perempuannya pada 18 Jun 2022.
Sumber: Elisya Sandha
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini