Biarpun hanya 26 hari menjadi datuk, namun penyanyi Hajimi Ibrahim atau Gmie tetap reda dengan takdir yang sudah ditentukan oleh ALLAH SWT.
Menurut vokalis kumpulan Screen itu, cucu sulung hasil perkahwinan puteri pertamanya, Siti Hadirah bersama Muhammad Ridzzuan, dilahirkan pra matang pada 23 Oktober lalu dan menghembuskan nafas terakhirnya malam semalam.
Bayi yang diberi nama Siti Adinda Raudhah itu sepatutnya lahir pada Januari 2020.
Pecah ketuban awal, paru-paru terlalu kecil
IKLAN
“Anak saya, Hadirah pecah air ketuban ketika berada di rumah kami pada 22 Oktober, jadi bagi mengelakkan bayi lemas kerana air ketuban hampir kering, dia dipaksa bersalin keesokan harinya.
“Selepas dilahirkan, cucu saya terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dengan alat bantuan pernafasan.
IKLAN
“Bagaimanapun semalam, doktor memaklumkan paru-paru cucu saya terlalu kecil dan oksigen tidak dapat sampai ke otaknya. Jadi pihak hospital tiada pilihan lain dan mencabut alat bantuan pernafasan tersebut,” katanya.
Tambah Gmie, 48, walaupun sedih, namun mereka sekeluarga reda dengan ujian yang diberikan oleh ALLAH SWT.
IKLAN
Katanya, jenazah Siti Adinda sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Batu 9, Sijangkang, Selangor.
“Anak saya terutamanya memang sedih kerana ini adalah anak sulungnya. Tapi kami tetapi reda dengan ujian ALLAH SWT.
“ALLAH SWT tak akan uji hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu. Saya percaya segala ujian ini ada hikmahnya,” katanya.
Membedung bayi telah diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan memberi rasa aman kepada bayi.
Ada juga yang menganggap bahawa membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Dr. Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara yang salah semasa membedung bayi.
6 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI
Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi adalah seperti berikut.
1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK
Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayinya sebelum melilitkan kain bedung kerana mempercayai cara ini mengelakkan kaki bayi ‘pengkar’.
Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas untuk bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi.
2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN
Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini adalah terbalik daripada yang sebetulnya.
Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).
3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA TELAH DIPENUHI TERLEBIH DAHULU
Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah.
Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan tidak rasa selesa ketika dibedung.
4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?
Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat untuk berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena.
5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA
Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah anda terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantunya tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalangnya daripada bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.
Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku dengan lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan serta memberi rasa selesa kepada bayi.
Kini telah terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak yang comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!
Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya adalah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu di negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal sehingga membuat bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.
Tiada ibu minta untuk anak yang dilahirkan sakit. Namun ketentuan Allah, semua itu rahsia yang kita tak sangka sama sekali.tiada siapa yang mampu menolaknya.
Kisah anak syurga, Khadejah Aisyah yang dikongsikan oleh ibunya sentiasa mendapat perhatian ramai. Doa yang tak putus itu juga antara kekuatan buat si comel Khadejah ini. Walaupun Khadejah istimewa di mata kedua ibu bapanya, kasih sayang buat dirinya tak pernah berbelah bahagi.
“Alhamdulillah Khadejah Aisyah anak ibu dah 12 bulan. Pejam celik bulan depan setahun dah dia.
“Semoga bidadari ibu sentiasa dibawah rahmat Allah, diangkat segala sakit-sakit Khadejah, dipanjang umur oleh Allah SWT dan dilimpahi rezeki yang tak putus-putus.
“Sihat-sihat selalu ya sayang ibu, anak yang kuat, anak yang hebat InsyaAllah. Tolong doakan Khadejah terus sihat.
Ibu nak memohon secebis doa dari ibu-ibu untuk Khadejah Aisyah. Semoga Allah angkat semua penyakit Khadejah yang kiniPandai Fahri Kenal Baba Dia, Dayah Bakar & Suami Akhirnya Kembali Bersama, Fahri Dah Jumpa Baba!.
Tak ada apa yang mustahil sayang. Ibu yakin anak ibu akan sihat. Anak ibu akan ada lama dengan ibu. Ibu yakin dengan Allah, akan ada satu hari nanti Allah akan turunkan rezeki untuk anak ibu sihat sepenuhnya. Ibu hanya perlu kuat dan yakin dengan Allah sayang. Ibu kuat untuk anak ibu. Ibu akan terus kuat, kita ada Allah kita minta pada Allah ye sayang.
Sejak lahir hidap pelbagai penyakit
Apa yang istimewa Khadejah ini sejak lahir dia disahkan hidroceplus, jantung berlubang, jejunal atresia(usus), masalah pernafasan dia dan kecacatan kedua kakinya supaya dia dapat berjalan macam anak-anak yang lain dan sihat seperti anak-anak yang lain.
Doakan Khadejah terus kuat dan Allah berikan keajaiban pada anak syurga ini untuk terus membesar dengan sihat. Semoga ada doa-doa ibu yang diangkat Allah SWT..InsyaAllah Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu mengandung wajib tahu tanda-tanda awal bersalin. Bagaimanapun setiap wanita mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza. Walau pun begitu, terdapat tiga petanda penting yang dikaitkan dengan fasa bersalin yang perlu diambil perhatian. Ibu yang sedang menunggu hari perlu peka kepada tanda-tanda kelahiran.
1. Petanda utama kelahiran bayi ialah keluarnya show bermaksud keluarnya sesuatu seperti lendir atau darah dari faraj. Lendir dan darah ini adalah mucus plug atau penutup pangkal rahim yang terbuka untuk proses kelahiran.
2. Selalunya pada saat ini si ibu akan berasa kontraksi ringan dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat hari sebelum proses bersalin aktif.
3. Petanda utama kelahiran seterusnya ialah air ketuban pecah. Keluarnya air ketuban dalam kuantiti yang banyak atau ada kalanya sedikit-sedikit merupakan tanda anda akan bersalin tidak lama lagi. Anda perlu tahu membezakan air ketuban dan air kencing.
4. Air ketuban boleh dibezakan dengan air kencing melalui sifatnya yang tidak berwarna dan berbau hanyir.
5. Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan.
6. Wanita yang pecah ketuban perlu melahirkan dalam masa 24 jam walaupun kontraksi yang dirasakan tidak berturutan.
7. Petanda ketiga ialah kontraksi iaitu proses penegangan pada otot rahim secara kerap dan ritma tertentu. Sekiranya kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam, anda perlu segera ke hospital kerana ia adalah salah satu tanda bersalin.
8. Bagi mengenal pasti kontraksi tersebut bukan kontraksi palsu atau Braxton Hicks atau false alarm, cuba cara ini. Baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira jarak masa antara permulaan dua kontraksi. Kontraksi bersalin terjadi berterusan walaupun anda dalam keadaan rehat dan relaks.
9. Awas! Sekiranya tanda-tanda ini berlaku sebelum minggu ke-37, ia dikira sebagai kelahiran pramatang. Anda perlu peka dan ambil tindakan segera ke hospital jika tanda-tanda bersalin terjadi sebelum minggu ke-37 kerana risiko berlaku komplikasi kepada ibu dan anak adalah tinggi.
10. Bagi kelahiran anak pertama, masa yang diambil untuk bukaan serviks mencapai ukuran 10sm ialah kira-kira 12 jam hingga 18 jam.
11. Dalam fasa kelahiran aktif pula cara meneran yang betul amat perlu untuk memastikan proses kelahiran lancar. Cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Jangan meneran pada muka kerana ia adalah cara yang salah dan boleh mengakibatkan cepat penat.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!