Luluhnya hati saat dapat tahu anak meninggal dunia. Ini yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan autisme yang ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, selepas terkurung di dalam sebuah van selama tiga jam.
Kejadian ini berlaku di hadapan rumah seorang pemandu van di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.
Dia tidak menyedari mangsa berada di dalam kenderaan itu sebelum kanak-kanak terbabit ditemukan tidak sedarkan diri, 5.30 petang.
Mohd Said
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan, namun pemandu van pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van.
“Satu laporan polis diterima jam 7.46 malam tadi mengenai kematian seorang kanak-kanak autisme berumur lapan tahun di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2.
“Mangsa mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.
Ads
“Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke pusat jagaan harian di Taman Nusari Aman, di sini, oleh pemandu van berkenaan, tetapi lelaki ini pulang ke rumah tanpa menyedari kanak-kanak itu masih berada di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Gambar Hiasan
Beliau berkata, hasil maklumat, pemandu van tidak menyedari meninggalkan mangsa di dalam kenderaan itu, antara 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumahnya.
“Mangsa hanya ditemukan 5.30 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan kemudian disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian, pemandu van, berusia 34 tahun itu ditahan dan pihaknya akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu, hari ini.
“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Bedah siasat ke atas mangsa akan dijalankan untuk mengesahkan punca kematian,” katanya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Polis menahan seorang bapa yang juga warga Myanmar selepas siasatan mendapati kecederaan yang dialami bayinya berusia 12 bulan kerana dilanggar ketika dia mengundurkan kereta tetapi dimaklumkan kepada petugas perubatan kanak-kanak itu ditendang lembu.
Bapa bayi 12 bulan mendakwa anaknya ditendang lembu sedangkan kecederaan itu disebabkan ketika mengundur kereta.
Cedera kepala, muka melecet
Bayi perempuan berusia 12 bulan itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 10.56 malam akibat kecederaan di kepala dan mukanya melecet berikutan kejadian itu malam di kediaman warga asing itu di Kubang Pasu.
Gambar Hiasan
Pihak petugas HSB dimaklumkan bayi perempuan berusia 12 bulan itu mengalami kecederaan akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.
Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di bahagian kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil dan masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.
“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Gambar Fail: Astro Awani
Tidak mempunyai dokumen perjalanan sah
Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.
“Bapa mangsa berusia 27 tahun warga Myanmar bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Noor Nabila kakak kepada pengacara terkenal, Noor Neelofa telah memuatnaik gambar anaknya Jebat Jayden di instagram dengan caption mendoakan anaknya supaya menjadi orang yang baik, pandai, berakhlak mulia dan menjadi alim ulama suatu hari nanti.
Nabila yang telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dikurniakan seorang cahaya mata. Namun baru-baru ini rumah tangga mereka dikatakan bermasalah dan masih belum diketahui punca dan status sebenar.
Jadikan Anakku Anak Yang Cerdik
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah anakku anak yang cerdik berakal, berilmu dan beramal soleh, fasihkan lidah anakku dalam membaca Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W.
Jdikan anakku anak yang soleh, bakal hafiz, alim ulama, dai’e di jalanMU, berikanlah kebaikan kepadanya kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Ameen.
Ramai yang mendoakan supaya Jebat Jayden menjadi hafiz dan golongan alim ulama suatu hari nanti. Ada juga netizen yang memberikan pendapat jika ingin anak menjadi hafiz salurkan mereka di tempat yang betul.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah perut buncit pastinya buatkan golongan lelaki atau perempuan begitu sensitif. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, nak dapatkan perut seperti anak dara agak mustahil. Begitu juga lelaki yang dah berkahwin, bahagian perut akan cepat naik.
Bukan masalah perut buncit je, berat badan naik pun dah jadi satu ‘ketakutan’. Keadaan ini agak memberi sedikit tekanan tetapi jika berjaya kawal dengan pengambilan makanan yang betul serta melakukan senaman secara konsisten tiada masalah.
Namun ada satu petua yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan oleh Lainatul Aisyah. Mana tahu petua ini serasi.
Jom saya kongsikan sedikit tip untuk kurangkan berat badan. Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega sangat
Yang paling best perut boroi dah tak ada. Timbangan pun dah turun. Syok tau
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal, buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Sediakan bahan-bahan berikut:
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun tak apa nanti angin lagi cepat keluar.
3-5 keping asam
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing-masing. Saya letak asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
Basuh bersih semua bahan tadi.. Toskan. Siap basuh dan potong bahan-bahan tadi
Masukkan air sebanyak 5 cawan.. Rebuskan semua bahan-bahan tadi
Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan. Kacau sebati. Tutup api. Biarkan sejuk suam-suam gitu baru minum.
Ok.. Bila dah sejuk boleh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau. Nanti nak minum keluarkan jer.. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Dah buleh minum. Rasa sedap masam-masam pedas gitu. Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sendawa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh. Ingat. Jangan jauh dari tandas yer.. Nanti nak membuang tau. Takut tak sempat. Hihihi
Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam. Memang terkeluarlah segala harta-harta pusaka dalam tubuh tu. Yang sembelit pun boleh cuba.. Memang terbaikk
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.