“Sepatutnya Lahir Sama Dengan Ummi Dia” Muhammad Bilal, Hadiah Terindah Neelofa Di Hari Lahir!

Share

Kita merancang namun Allah jua yang menentukannya. Rupanya tarikh due date sebenarnya usahawan dan pengacara Neelofa adalah pada tarikh yang sama kelahiran Neelofa sendiri iaitu hari ini, 10 Februari.

Namun perancangan Allah semestinya lebih indah bila mana si comel kesayangan pasangan selebriti ini dilahirkan lebih awal iaitu pada tanggal 29 Januari yang lalu.

Namun kata Neelofa menerusi Instagramnya sebentar tadi, dia bersyukur dengan setiap aturan Allah malah kelahiran Bilal adalah hadiah hari lahir terindah bagi dirinya.

 

“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.

“Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.

Malah kata Neelofa lagi, hadiah terindah ini bukan hanya hadiah hari lahir paling bermakna buat dirinya sendiri bahkan buat suami kesayangannya yang amat menantikan kehadiran cahaya mata mereka.

Ummi kepada Muhammad Bilal ini turut sama mendoakan agar permata hatinya ini menjadi anak soleh malah sentiasa menguatkan kasih sayangnya bersama suami dan Allah SWT.

“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah & Ummi 🤍,” tulisnya lagi.

 

Terdahulu, Neelofa selamat melahirkan bayi sulungnya pada 29 Januari lalu di sebuah hospital swasta dan kini sedang menjalani rutin pantangnya.

Menarik: Masa Ni Sampai-Sampai Dah 2cm, Neelofa Kongsi Pengalaman Indah Bersalinkan Muhammad Bilal

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM