Sepatutnya Lahir Secara Czer, Tiba Masanya Dipaksa Normal. Ibu & Bayi Temui Ajal

Share

Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan, ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain. Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza. Sebab itu orang kata, ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

Lagi-lagi bagi ibu yang baru pertama kali melalui proses kelahiran dan tiada pengalaman, ia adalah saat yang paling takut. Sama ada bersalin normal atau czer kedua-dua prosedur ini tetap mempertaruhkan nyawa si ibu.

Kredit Foto: Lukya Betaria Sinaga

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Lukya Betaria Sinaga, kisah yang berlaku di Indonesia ini benar-benar sedih. Mana taknya bayi yang lahir meninggal dunia dan keesokannya si ibu pula menyusul.

Lukya Betaria Sinaga memberitahu adik iparnya telah ‘dipaksa’ bersalin secara normal sedangkan mengikut perancangan awal, dia perlu melahirkan secara czer.

Asalnya kena czer, tapi dipaksa bersalin normal

Menurutnya kisah sedih yang menimpa adik iparnya ketika melahirkan bayi di salah sebuah pusat perubatan di Indonesia sesuatu yang tak dijangka. Pada awalnya, adik iparnya (mangsa) dikatakan akan melahirkan bayi melalui kaedah czer tetapi entah bagaimana ketika hari bersalin, jururawat telah memaksa bakal ibu itu melahirkan secara normal.

Walaupun tujuan kami ke sana untuk menjalani pembedahan, tetapi mereka melarang dan memaksa adik ipar melahirkan secara normal sehingga adik ipar kehabisan tenaga.

Tambah Lukya, dia sendiri tidak pasti sama ada keputusan tersebut diarahkan oleh doktor ataupun tidak. Dia yang tidak sampai hati mendengar suara wanita itu meraung kesakitan telah meminta kebenaran untuk masuk ke bilik tersebut tetapi dilarang oleh pihak hospital.

Kredit Foto: Lukya Betaria Sinaga

Saya bertanya kepada jururawat, doktor dekat mana? Tapi dia sibuk bercakap dengan telefon, tak tahu dengan siapa. Lebih sedih lagi, adik ipar saya menangis kesakitan, tapi dia dimarahi sebab mereka kata nanti tenaga habis.

Bayi dan ibu tak dapat diselamatkan

Sekitar jam 5 petang, petugas kesihatan telah memberikan induce kepada mangsa bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran tetapi malangnya gagal. Panik dengan situasi itu, mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa namun usaha mereka sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.

Kredit Foto: Lukya Betaria Sinaga

Bayi malang yang tidak berdosa sudah tidak dapat diselamatkan sementara si ibu masih menanggung kesakitan yang teramat sangat. Namun siapa sangka, keesokan harinya si ibu pula telah pergi buat selama-lamanya.

Saya tidak menerimanya sehingga saya membantah dengan jururawat dan doktor. Tetapi mereka menutup telinga dan mereka cuba menghalau saya.

Wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan doktor dan petugas kesihatan terbabit. Menurutnya, mereka merupakan insan yang sepatutnya membantu menyelamatkan nyawa orang ramai tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lukya berharap agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini.

Kredit: OB via Lukya Betaria Sinaga 

Nak tahu lanjut e-WORKSHOP ini klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy