Suami mana yang mampu melihat isterinya yang sedang sarat hamil terpaksa melalui ujian paling getir dalam hidup mereka kala berdepan dengan ancaman Covid-19.
Semalam menerusi Instagramnya, Shuib memohon doa dari semua agar mendoakan isterinya, Siti Sarah yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) semalam berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Video perkongsian Shuib itu ternyata amat menyentuh hati kita. Melihat keadaan Sarah yang lemah ditambah dengan keadaannya yang sarat hamil tujuh bulan membuatkan hati pilu.
Apa lagi melihat seorang demi seorang anak memeluk erat ibu mereka seakan-akan tidak mahu melepaskan Sarah pergi.
“Assalammualaikum semua, saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Bt Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha segalanya,” tulis Shuib sambil turut meminta mendoakan isterinya.
Sepatutnya potong gelang kuarantin hari ini
Menurut sumber pengurusnya, Nana Mohamad Rom, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya menerusi Harian Metro.
Semoga kesihatan Sarah dan bayi dalam kandungan semakin bertambah baik dan cepat-cepat sembuh untuk kembali bersama anak-anak dan suami.
Seminggu yang lalu Sarah dan Shuib mendedahkan mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19 selepas pembantu rumah mereka juga turut disahkan positif.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)