“Petahnya anak dia cakap…Kenapa anak kita satu patah pun belum lagi…Nak apa-apa anak tunjuk je.” Ni antara dialog ibu-ibu bila risau tengok anak orang lain dah boleh cakap. Tambah lagi, bila orang mula membanding-bandingkan, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu
ola – merujuk kepada bola
bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan.
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
Sumber: Aishah Kassim
ARTIKEL MENARIK [Jangan Risau Anak Ramas, Baling, Tepuk Makanan. Apa Yang Dia Buat Semuanya Ada Kaitan Dengan Sensori]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)