
Ibu ayah mana yang tidak risau akan anaknya setiap kali menghantar ke sekolah. Rasa bimbang dalam segala hal. Namun hakikatnya anak-anak kita berada dalam jagaan Allah dengan baik.
Bagi mengelakkan rasa risau yang terlampau, ada baiknya kita amalkan doa ini seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun dan dikongsikan semula oleh Dr Mazliana Mazlan di facebooknya. Kita amalkan sama-sama.
Tak nak terlepas baca zikir dan doa ni setiap pagi untuk anak.
Bila anak bangun tidur.
Atau sebelum hantar anak ke pengasuh.
Atau sebelum hantar anak ke taska.
Atau sebelum hantar anak ke sekolah.
Zikir dan doa dari Ustazah Asma Harun.
Kita risau kat sekolah anak makan macam-macam yang tak sihat.
Kita risau di taska anak ambil makanan yang boleh sebabkan dia batuk.
Kita risau di rumah pengasuh anak tersalah makanan sampai eczema flare.
Walau kita jaga sendiri sekalipun, kita sebenarnya bukan penjaga terbaik anak-anak kita.
Baca zikir dan doa ni.
Serahkan anak-anak kita dalam jagaan Allah. Allah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.
Moga Allah jauhkan anak-anak kita dari makanan yang tak beri manfaat buat mereka, jauhkan dari makanan yang beri mudharat buat anak-anak kita.
Juga jauhkan apa-apa penyakit asbab dari tersalah ambil makanan yang kita cuba elakkan dari anak.
Kita baca sama-sama ya. Cuba setiap hari.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tugas Jaga Anak Bukan Tugas Mak-Mak Saja! Sama-Sama Urus, Sama-Sama Hadap. Barulah Tip Top

Bila dah kahwin tugas menguruskan rumah tangga, mendidik anak tak boleh letak 100 peratus pada isteri saja. Suami pun kena la bertanggungjawab dan main peranan.
Ibarat kata orang, susah sama-sama, senang pun sama-sama. Barulah kemanisan itu sentiasa ada dalam diri suami isteri.
Namun yang sedihnya, apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar mengenai sikap suami yang anggap tugas jaga anak adalah pada isteri semata-mata patut diperbetulkan.
Saya dapat banyak PM luahan rasa. Antaranya, “Untung suami puan faham dan membantu. Suami saya….”
Panjanglah luahannya. Saya jadi geram.
Kita berkahwin sebab nak hidup bersama. Tapi bila part jaga anak, tolong tolong tolong ada kebersamaan jugak. Sama2 jaga anak.
Jangan la beban jaga anak atas bahu mak-mak je. Saya tahu ramai lelaki yang bertanggungjawab. Tahniah saya ucapkan. Saya tak nak pukul rata.
Tapi ramai juga lelaki yang lepas tangan.
Mengandung, melahirkan dan menyusukan dah tentu bapak-bapak tak boleh buat.
Yang berjaga malam, menyusukan anak, siapa? mak. Kalau anak tak menyusu badan mak jugak la yang bangun bancuh susu. Pak-pak sedap kroh kroh kroh melayan mimpi.
Yang fikirkan anak nak minum susu apa mak jugak. Tu belum lagi masuk peralatan perang untuk menyusu. Breastpump segala mak nenek tu. Bapak tak pikir pun.
Yang mandikan anak, siapkan anak, gosokkan baju sekolah anak, gosokkan baju kerja suami, siapkan sarapan sekeluarga. Mak jugak. Dan mak akan jadi orang terakhir yang makan. Baju mak pun mak gosok sendiri, takde orang nak tolong pikirkan.
Kadang-kadang saya perhatikan bapa ni nak dilayan macam raja. Sudah la tangan isteri menyotong settle itu ini. Dia pulak macam king duduk kat meja makan tunggu hidangan sampai. Siap order lagi, nak kopi susu kurang manis satu, nak telur separuh masak sebijik.
Lepas tu, nak basuh pinggan dan cawan sendiri pun susah. Alahai, mudahnya jadi lelaki.
Dah la dia siapkan diri dia je, suap makan ke mulut dia je. Pinggan dan cawan sendiri pun berat nak basuh.
Sambung lagi.
Yang nak pikir pasal sekolah anak, mak jugak. Sebab balik kerja bapa cakap penat, nak rehat. Amboi mudahnya. Duduk kat sofa sambil tunggu makan malam siap, sambil goyang-goyang kaki mengadap telefon. Tak pun kroh-kroh dalam bilik.
Yang menyotong kat dapur siapkan makan malam mak jugak. Dari awal sampai la semua dah sendawa kekenyangan. Tapi yang sedihnya mak makan tak kenyang mana. Rasa nak tercekik pun ada.
Sebab anak-anak duk kerumun mak mintak itu ini. Nak minum air la, nak basuh tangan la. Bapa siap makan duduk kat sofa tengok telefon lagi.
Belum pun nasi dihadam perut, ambik kunci nak keluar. Nak jumpa kawan katanya. Urusan orang lelaki.
Wahhhh bestnya. Balik pulak pukul 1 2 pagi. Lepas tu letak kepala kat bantal, lena.
Yang mak-mak ni struggle dengan anak-anak. Dari tengok kerja sekolah, sampai la nak suruh tidur.
Lepas tu mengemas pulak. Sediakan keperluan semua untuk esok.
Bapa sekalian, jaga anak-anak ni bukan tugas mak sahaja.
TUGAS BERSAMA.
Fungsi yang SAMA.
Sama-sama fikir.
Sama-sama urus.
Sama-sama hadap.
Kalau tak nak sama-sama bab jaga anak, eloklah membujang sampai tua.
Sumber: Masturah Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Minit Dah Cukup, ‘Magic Moment’, Anak Akan Ingat Sampai Bila-Bila, Bacakanlah Buku Pada Anak!

Memperuntukkan sebahagian besar waktu pada anak sememangnya agak sukar bagi kita yang sarat dengan tanggungjawab dan jadual harian. Namun begitu ia bukanlah alasan untuk kita menghabiskan waktu bersama anak.
Biar tidak lama, cukup hanya 15 minit, anak pasti menghargainya. Menurut Dr Redza Zainol, membacakan buku cerita, bedtime story pada anak besar kesannya apabila mereka dewasa kelak. Lebih-lebih lagi bila ayah turun padang berkongsi cerita pada anak.
Hari ni entah kenapa saya rindu momen saya selalu bercerita dengan anak sebelum tidur.
Setiap malam anak-anak akan kejar dan minta saya bercerita tentang apa saja yang terlintas dalam fikiran dorang tu.
“Papa can you tell me about planets?”
“Papa, I want story about wolf today.”
“Papa, I want story about rabbits.”
Kelebihan saya, saya boleh bercerita secara spontan selama mana yang saya mahu. Tutup lampu dan 3 orang budak tu akan baring sambil tekun mendengar.
Ada yang akan mencelah sana sini, bertanya soalan itu ini. Semua saya layankan.
Anak usia 1-4 tahun ada 3 sifat ini:
1) Mereka hanya boleh lihat dunia dari pandangan mereka sahaja (One viewpoint).
– Dia belum boleh tengok dunia dari kacamata orang lain.
2) Mereka berfikir dengan cara “absolute thinking”. Mereka percaya semua benda itu ialah antara putih atau hitam, betul atau salah.
– Mereka belum faham konsep abstrak contohnya dalam kejahatan ada sedikit kebaikan atau konsep bersabar.
3) Mereka percaya pada magik.
– Mereka percaya kerusi, meja dan permainan boleh bercakap.
– Mereka percaya hujan yang turun lebat bersama kilat tu disebabkan oleh mak ayah mereka bergaduh pagi tadi.
Tapi bila anak dah makin besar, mereka dah mula ada “Logical thinking”. Mereka mula sedar dunia magik tu sebenarnya tak wujud. Perlahan-lahan, mereka faham ada cerita bersifat fantasi, ada yang bersifat logik.
Jadi kalian yang masih ada anak kecil, luangkanlah masa membaca buku dengan mereka. Ambil peluang ni. Sekejap je dia dah besar.
Anak saya dah makin besar tapi saya puas dapat luang masa bertahun bercerita bedtime stories hampir setiap malam pada mereka.
Ini “Magic Moments” yang saya harap anak saya akan ingat sampai bila-bila.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Amat Sayangkan Dua Anak Tirinya, Namun Tetap Hormat Ibu Kandung Mereka

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini pelakon Mawar Rashid dikecam netizen hanya kerana dia memuat naik video bersama anak tirinya di Instagram dengan kapsyen My Lil Raden, you’re the sweetest! Just like your papa.
My Lil Raden, you’re the sweetest! Just like your papa ? @radenahmadrayyan
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Ada netizen yang mempertikaikan mengapa dia memanggil anak tirinya sebagai ‘my little Raden’ kerana Mawar bukan ibu kandungnya.
Pelakon yang popular dalam drama Tundukkan Playboy Itu akhirnya membuat post reply dalam Instagramnya bagi berkongsi luahan hatinya agar tidak menimbulkan salah faham di kalangan netizen.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Menurut Mawar dia memang jujur dan ikhlas menyayangi anak-anak tirinya dan menjadi caranya untuk berkongsi gambar atau video dan meluahkan perasaan cinta dan sayangnya terhadap individut tersebut terutamanya anak-anak tirinya.
Malahan pelakon cantik ini sudah menganggap anak-anak tirinya seperti anak kandung sendiri.
“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.”
Mawar memberitahu dia menggunakan laman Instagram sebagai satu galeri albumnya untuk menyimpan kenangan terindah bersama orang tersayang.
“Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya.”
Sangat Hormat Ibu Kandung Anak-Anak Tirinya
Sebagai anak yang turut dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, aktres berusia 23 tahun ini amat memahami perasaan mereka.
Mawar cukup memahami perasaan seorang ibu tunggal dan menghormati bekas isteri suaminya, Maria Suleiman.
“Saya tahu ibu kandung kepada anak-anak tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak-anak ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak-anak ini seperti anak saya sendiri.”
“Dan apabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak-anak saya ini.”
Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai single mother.
A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on
Mummy saya menjaga kami 7 orang adik-beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Adik ipar kepada Dato Fazley Yaakob ini turut melahirkan kesyukuran dan rasa bangga kerana suaminya Raf Yaakob telah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada anak-anaknya dengan hebat sekali.
“Dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya kerana dia menyayangi mereka dengan sepenuh jiwa dan raganya. Dan dia sentiasa meletakkan mereka lebih dari segala-galanya.
Alhamdulillah. Semoga kami sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. InsyaAllah, Amin.”
Pasangan sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu.
Sumber: Instagram mawarashid & Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI