Penting ke untuk mengetahui cara potong kuku bayi? Tidak dinafikan kuku si manja umumnya lebih lembut dan mudah lentur berbanding orang dewasa, namun ia masih boleh menyebabkan calar dan perlu dipotong dengan kerap.
Pentingnya mengetahui cara potong kuku si manja
Kuku si manja walaupun lembut tetapi tajam. Tajam macam mana? Tanyakan kepada ibu yang mempunyai anak, pastinya mereka pernah mengalami calar di wajah atau di tangan disebabkan kuku si kecil.
Bayi tidak mempunyai kawalan pergerakan disebabkan kawalan otot yang belum berkembang sepenuhnya. Oleh itu, ada kalanya kuku mereka boleh menyebabkan calar di wajah sendiri.
Atas sebab itulah pentingnya untuk ibu dan ayah mengetahui cara potong kuku bayi.
Memahami cara potong kuku bayi
Apabila tiba masanya untuk memotong kuku si kecil, ibu bapa boleh menggunakan teknik yang berbeza bergantung kepada keselesaan masing-masing. Sesetengah ibu berasa selesa apabila pasangan mereka membantu dalam proses itu – seorang memegang dan yang lain memotong. Ada juga yang merasakan ia lebih mudah dilakukan semasa waktu penyusuan atau ketika bayi mereka sedang tidur nyenyak.
Sebelum kita pergi kepada cara-cara untuk memotong kuku si manja, berikut ialah beberapa petua tambahan:
Cari kedudukan yang baik: Duduk di dalam rocker, letakkan bayi di pangkuan anda atau baringkan si manja di atas katil semasa mereka tidur. Cari tempat yang sesuai untuk anda duduk dengan selesa
Pencahayaan. Jangan cuba memotong kuku bayi anda di dalam bilik yang bercahaya malap, walaupun mereka sedang tidur
Pastikan bayi duduk diam. Semakin banyak tangan mereka bergerak, risiko untuk anda terpotong isi kuku mereka secara tidak sengaja akan meningkat. Jika bayi kelihatan gugup, bercakap atau menyanyi semasa anda sedang memotong kuku
Gunakan papan emeri. Jika terdapat bahagian tepi kuku yang kasar, gunakan emery board untuk melicinkannya
Potong kuku selepas mandi. Ia lebih lembut dan mudah untuk dipotong
Alat memotong kuku. Pilih mengikut keselesaan diri anda
Pilihan keadah memotong kuku
Berikut antara alatan yang boleh anda pilih:
Pengasah kuku
Ia dianggap cara paling selamat untuk memotong kuku bayi kerana risiko mencederakan jari si manja amat tipis. Pakar biasanya mengesyorkan untuk menggunakan pengasah kuku atau papan emeri lembut jika bayi berusia bawah 1 bulan.
Pengepit kuku, cara potong kuku bayi paling biasa
Merupakan kaedah sesuai untuk kebanyakan ibu. Mungkin kerana kita sendiri terbiasa menggunakannya untuk memotong kuku sendiri. Selain itu, penggunaan pengepit kuku juga mengurangkan risiko terpotong isi kuku bayi.
Anda boleh mendapatkan pengepit kuku kecil yang direka khusus untuk si manja – ada yang dicipta dengan pemegang besar untuk memudahkan ia dikendalikan tangan yang lebih besar. Ada juga ibu yang gemar menggunakan pengepit bersaiz biasa kerana memudahkan proses memotong kuku si manja dalam 1 potongan sahaja.
Menggunakan gunting
Bukan semua ibu berani menggunakan alat ini. Lebih-lebih lagi jika bahagian hujung guntingnya tumpul.Namun dikatakan kelebihan menggunakan gunting adalah anda mendapat kawalan tambahan – boleh melihat dengan mudah bahagian mana sedang dipotong.
Ini cara potong kuku bayi
Cara memotong kuku si manja adalah hampir sama tanpa mengira alatan yang digunakan. Ini yang anda perlu lakukan:
Perkara yang perlu dielakkan semasa memotong kuku si manja
Terdapat beberapa pilihan yang boleh dijadikan cara potong kuku bayi, bukan? Pun begitu, ada kaedah yang harus anda elakkan.
Jangan menggigit kuku bayi.
Tindakan ini boleh menyebarkan kuman daripada mulut dan mencetuskan jangkitan virus atau bakteria
Jangan menarik kuku bayi. Walaupun bahagian kecil, elakkan daripada melakukannya. Ia boleh meningkatkan risiko kuku tumbuh ke dalam
Terpotong isi kuku bayi? Lakukan ini…
Apabila ia berlaku pastinya anda berasa bersalah, apatah lagi jika ia berdarah, betul tak? Tetapi bertenang, ia berlaku kepada setiap ibu bapa. Elakkan daripada membalut dengan pembalut luka pada bahagian tersebut kerana boleh mengundang risiko tercekik jika ia tertanggal.
Sebaliknya, berikan tekanan lembut dengan kain kasa bersih dan pendarahan akan berhenti segera.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)