Selepas melahirkan anak, merawat luka bersalin sememangnya mengerikan ibu yang tengah berpantang. Ada yang takut untuk membuang air kecil dan air besar kerana perasaan resah dan ngeri luka yang masih tidak sembuh.
Bersalin memang satu pengalaman yang luar biasa, tapi jangan lupa, penjagaan selepas bersalin pun sama pentingnya. Luka jahitan bersalin, terutamanya episiotomi, memerlukan perhatian khusus. Kalau tak dijaga betul-betul, boleh jadi tempat bakteria ‘berpesta’.
Menurut perkongsian Dr Alia Zaferi dari Femma Clinic luka episiotomy memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu sembuh sepenuhnya bagi mengelakkan kemungkinan yang dijangka.
“Luka episiotomy biasanya akan pulih dalam masa dua hingga empat minggu, dalam masa empat hingga enam minggu memang dah complete dan sembuh serta takkan rasa sakit tapi enam hingga lapan minggu atau berbulan-bulan lamanya untuk pembedahan caesarean.
Ads
“Macam mana nak tahu luka jahitan tu ada masalah? Kalau rasa sakit makin menjadi-jadi, keluar cecair berbau busuk, atau nampak benang jahitan terkeluar, itu petanda tak baik.
“Kadang-kadang, luka nampak baik dari luar, tapi dalamnya dah mula dijangkiti. Kalau ada demam atau badan rasa lemah, cepat-cepat jumpa doktor!
Ads
“Kalau luka makin sakit, keluar nanah, atau ada bau yang tak menyenangkan, jangan tunggu lama-lama. Demam, menggigil, atau rasa tak sedap badan pun tanda-tanda yang tak boleh diabaikan. Lebih baik selamat daripada menyesal kemudian hari.
Ads
Kenapa Luka Jahitan Boleh Terbuka?
Luka jahitan boleh terbuka kalau kita terlalu aktif atau tak jaga kebersihan. Contohnya, angkat barang berat, duduk terlalu lama, atau tak tukar tuala wanita dengan kerap.
Bila luka terbuka, risiko jangkitan pun meningkat. Kalau dah dijangkiti, doktor mungkin tak akan jahit semula sebab nak elakkan bakteria.
Tip Penjagaan Luka
* Pastikan luka sentiasa bersih.
* Jangan pakai seluar dalam yang ketat biar ada pengudaraan.
* Sentiasa tukar pad dengan kerap walaupun darah makin berkurang.
* Proses sitz bath sangat membantu untuk sembuhkan luka. Bila dalam keadaan panas salur darah banyak yang melalui kawasan luka dan ini buat luka lebih cepat sembuh.
* Untuk caesarean pula perlu sentiasa cuci luka setiap hari.
* Kalau berlipat di Kawasan luka, pastikan dikeringkan dahulu.
* Jangan angkat berat kerana otot di kawasan luka masih belum pulih sepenuhnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata, pengalaman bersalin setiap anak lain-lain. Hanya yang melalui saja akan faham betapa hebatnya untuk melalui saat ini. Disebalik kelemahan seorang wanita, bila tiba saat ini, automatik boleh jadi kuat biarpun berjam-jam atau berhari-hari menunggu kelahiran bayi.
Begitu juga yang dilalui oleh Sari Yanti, 36. Walaupun dah ada pengalaman melahirkan tiga orang anak sebelum ini tetapi kelahiran keempat ini dianggap pengalaman bersejarah juga baginya pada 6 Jun lalu.
Sari Yanti yang selamat melahirkan bayi lelaki bersama pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkata, dia menahan sakit agak lama juga sebelum selamat bersalin.
Bersalin secara normal, bayi lelaki seberat 3.34 kg adalah yang ditunggu-tunggu Jep selepas mendapat seorang anak perempuan, Dariya Inara dua tahun lalu.
Assalammualaikum.. hari ni kakak ada masa terluang sikit nak share pasal kelahiran baby baru kakak – dah hari ke 10 hari ni., tadi pun dah pegi first hospital visit dengan Baby.
6 june 2020 hari bersejarah lagi sekali dalam hidup kakak.. Hari deliver baby yang ke 4 dari kandungan yang ke 6. Huhu.. boleh faham tak?
Sebelum ini Sari Yanti pernah alami keguguran sebanyak dua kali.
Menangis tahan sakit
Selepas sepuluh hari melahirkan, Sari Yanti telah berkongsi momen semasa hari dia ingin bersalin yang dianggap bersejarah baginya. Mana tidaknya, dia telah melahirkan ketika negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).
Susulan daripada itu, dia hanya ditemani suami, iaitu Jep Sepahtu dan tidak seperti kelahiran sebelumnya apabila ibu dan bapanya turut setia berada di depan wad bersalin di hospital.
Ceritanya kakak masuk labour room lepas subuh. Tapi sang putera decided nak keluar lambat sikit.. bertarunglah kakak nak keluarkan dia. Menangis tahan sakit. Dalam sakit sakit tu bersyukur sangat dengan nurses yang bantu kakak… terima kasih kakak ucapkan untuk kak Has.,Kak Riza, kak Bedah dan team. – (ada nama yang tak ingat sebab tengah tahan sakit kan maafkan saya) .
Suami kakak. Punyalah gusar suami tunggu. Sebab kakak memula confident jugak mungkin boleh bersalin tengahari.. ternyata walau dah banyak kali deliver baby pun belum tentu senang. Lama jugak kali ni kena bertarung nyawa. Syukur semuanya dah selamat. Ingat balik wajah suami tunggu tu priceless. Risau campur sedih , macam dia nak ikut nangis sekali.., agaknya apatah yang dia rasa. – terima kasih sayang. Sebab sentiasa ada n bagi semangat untuk I.
Mak ayah keluarga, Biasanya bila keluar je dari labour room ramai dah tunggu kat luar… mak ayah , aunties, cousins, kawan kawan rapat semua ada belaka.. kali ni lain . Suami sorang je yang boleh ada.
Dalam suasana pandemic ni Mama kakak kena tunggu kat rumah je. Kali ni kiriman doa je ikut sama. Doa mama doa baba.. doa mak abah, seluruh keluarga dan sahabat handai. . Pukul 11.44pm Baby pun selamat dilahirkan. – Subhanallah walhamdulillah walaillahaillallah Allahuakbar.
Syukur semua selamat
Walau bagaimanapun, Sari Yanti tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur atas segala kelancaran ketika bersalin dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia dipermudahkan urusan tempoh hari.
Alhamdulillah untuk semuanya Ya Allah Ya Rabb.
Untuk kesakitan, Untuk pengalaman, Untuk setiap titik keringat dan air mata, Untuk satu lagi anugerah, Untuk cinta dan sayang suami, Untuk doa dan kasih ibu bapa, Untuk sokongan keluarga dan sahabat .. Untuk keselamatan dan kesihatan . Untuk berjuta nikmat mu Ya Rahman Ya Rahim .
Alhamdulillah. .
Delivery type : normal
Birth Weight : 3.34kg
Time : 23.44pm
Sumber : Sari Yanti
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.
Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.
Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.
Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.
Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.
Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.
Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.
Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay.
Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru-baru ini memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan 7 tahun yang lalu.
Dalam posting tersebut pelakon Papadom ini memuat naik video pendek menunjukkan kasut-kasut yang akan dijual.
Liyana menjelaskan, saiz kakinya itu telah berubah selepas dia melahirkan anak pertamanya iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.
“After I beranak, I dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi paparan video yang dimuat naik.
Di kapsyen posting tersebut pula, Liyana menyatakan saiz kakinya sebelum ini adalah 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5. Malah kasut-kasut yang mahu dijual itu sangat berharga dan ada makna tersendiri bagi dirinya.
“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut-kasut ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.
“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” tulisnya.
Untuk makluman, Liyana mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan pada Februari 2013. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.
Untuk mama-mama yang kasut saiz macam Liyana Jasmay tu bolehlah usha instagramnya, mana tahu ada yang berkenan bolehlah beli prelove daripada Liyana Jasmay.
Sumber: Media Hiburan & IG Liyana Jasmay
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.