Serawa durian ni boleh makan dengan macam- macam tau. Ada orang makan dengan pulut, ada juga makan dengan roti. Tapi lagi sedap kalau makan begitu sahaja. Boleh nikmati rasa manis durian dan gula melaka. Mesti makan bertambah lebih- lebih lagi kalau sejuk.
Pernah dengar serabai tak? Serabai ni pun sedap tau kalau dimakan dengan serawa durian. Serabai merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia tau. Kuih ini dimasak nipis seperti lempeng. Jom lihat resepi serawa durian dan serabai yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Nor Aza di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI SERAWA DURIAN DAN SERABAI
Assalammualaikum & Morninggg
Awal pagi bersiaran harini. Monitor anak dara siap- siap nak pergi sekolah sebab ada Holiday Fun Programs. Macam biasa orang lain cuti, kita sekolah. Sekolah anak saya ni cutinya kurang dari sekolah biasa. Dah alang- alang tu boleh la menaip untuk yang minta resepi SERABAI & SERAWA DURIAN haritu.
Apa- apa pun saya akhiri dengan SAMA-SAMA
SERABAI
Bahan- bahan:
– 2 cawan tepung beras
– 1 cawan nasi sejuk*
– 1 1/4 cawan air sejuk*
– 3/4 cawan santan
– 1/2 cawan air suam
– 1sk yis – saya kurangkan
– 2 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
Cara- cara:
1. Campurkan yis dan air suam.
2. Blend bahan bertanda * (nasi & air sejuk).
3. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk.
4. Perap lebih kurang 2 jam.
5. Panaskan acuan dan letak minyak sedikit dan boleh tuangkan adunan.
6. Tutup permukaan acuan dan tunggu hingga masak.
SERAWA DURIAN
Bahan- bahan:
– Durian – saya suka leraikan isi dari bijinya. Letak sahaja beberapa ulas isi bersama biji.
– Gula kabung dan gula putih – bahagia ni saya letak stok air gula yang saya ada. Klau tak ada stok, masakkan je gula tu dengan air.
– Sagu putih- saya suka letak tiap kali nak masak bubur atau serawa.
– Garam
– Santan
– Daun pandan
Cara- cara:
1. Letak gula, air dan daun pandan. Biar mendidih sedikit dan masukkan sagu yang telah dicuci.
2. Masak sekejap, kemudian masukkan santan, garam dan durian tadi.
3. Kacau- kacau kejap tengok tahap kepekatan yang suka, ikut citarasa sndiri. Biar mendidih dan tutup api. Siap.
Baca Juga:
Memecahkan Angin Dalam Badan, Resepi Ayam Masak Halia, Bagus Untuk Ibu Berpantang!
Penyejuk Tekak Waktu Panas, Resipi Puding Koktel Sumi! Pasti Anak Dan Suami Suka.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Tak rumit pun nak buat. Boleh hidang untuk anak dan suami makan petang. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI