Bila badan letih, otak penat mulalah rasa stres. Kita rasa tak berdaya sehingga ada masanya kita lepaskan amarah pada anak-anak. Tambah lagi bila mereka buat hal. Memang teruk kita marahkan anak. Bukanlah tidak rasa bersalah, tetapi rasa stres mengatasi segalanya pada waktu itu. Kesannya, anak yang menjadi mangsa.
Anak-anak pula bila mahukan perhatian dari ibu dan ayahnya, mulalah mereka buat peragai pelik. Itulah yang menjadi pencetus kepada amarah kita.
Dalam perkongsian Ustaz Ebit Lew, katanya anak-anak yang aktif itu tandanya mereka sihat dan pandai. Mereka buat begitu kerana dahagakan kasih sayang ibu ayahnya. Tambah Ustaz Ebit lagi, sebagai ibu ayah kita perlu belajar untuk memandang anak-anak sebagai amanah. Banyakkan solat dan mengadu kepada Allah SWT. Zikir dan berdoalah selalu, banyakkan juga solat taubat.
BERDOSA ORANG MELEPASKAN GERAM PADA ANAK-ANAK
Bila anak saya dua sekali demam. Demam rindu. Rahmat Allah.
Pernah seorang wanita mesej saya tanya dia hari-hari pukul anak-anaknya. Cubit anaknya. Siang malam mengamuk di rumah. Macam mana saya tak mengamuk, dia pukul adiknya. Menjerit 24 jam. Sepahkan rumah. Main bedak bertabur satu rumah. Kadang-kadang kencing berak pun jadi mainan. Penatlah saya. Ustaz macam mana saya nak sabar dan bahagia. Saya tak tahan saya marah dan pukul lepas tu rasa menyesal. Saya risau perangai anak-anak ni.
JAWAB SAYA SEBENARNYA ANAK-ANAK YANG AKTIF TANDA ANAK TU SIHAT DAN PANDAI. INSYAALLAH BAKAL DAIE BESAR. ANAK-ANAK BUAT SEMUA TU KERANA DAHAGAKAN BELAIAN KASIH SAYANG. BELAJAR LIHAT SEMUA INI AMANAH. SOLAT MENGADU PADA ALLAH. ZIKIR DAN DOA. BANYAK TAUBAT. BERDOSA ORANG LEPASKANA GERAM PADA ANAK-ANAK.
Suami pula perlulah membantu kerja-kerja di rumah. Peluk dan sayang isteri. Isteri dahaga perhatian suami. Berilah masa cium isteri dan anak-anak. Pegang tangan mereka lafaz sayang pada anak-anak. Ibu cerita baik bapa pada anak-anak. Bapa cerita baik ibu depan anak-anak. Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak.
Cucu Rasulullah S.A.W dan sahabat yang kecil-kecil ada pernah pecahkan barang, main belakang Nabi S.A.W masa solat, main berlari melompat menunggang Rasulullah S.A.W tapi Rasulullah S.A.W tak rasa malu bahkan anak-anak ini bila besar menjadi seperti Rasulullah S.A.W. Sifat dan akhlak serta kecintaan mereka.
Artikel Menarik: [Kalau Anak Sedang Tantrum, Ibu Ayah Jangan Tantrum Juga. Cara Ini Kurang Tepat]
Saya ingat seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu love. Jawabnya love tu time.kita bekerja untuk anak-anak. Sekarang kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Tapi tak beri perhatian kepada keluarga. Kita beri perhatian pada kerja dan kawan-kawan tapi tak beri perhatian pada keluarga. Apa dah jadi dengan kita. Ya Allah ampunkan diriku ini.
Anak-anak dahagakan kasih sayang ibubapanya. Ingatlah apa sahaja yang anak anak buat bukan kerana jahat tapi kerana mereka dahagakan perhatian, belaian dan kasih sayang. Kita sendiri yang dah besar ni pun rindu nak berbual dengan mak ayah. Yang tiada mak ayah rindu nak panggil mak..nak panggil ayah. Perkataan itu jadi ubat bagi anak. Sayangi dan belailah anak-anak.
Bersabarlah jika anak-anak buat perangai. Ada sebab tersendiri mengapa mereka mencari peluang untuk memastikan anda memberi sepenuh perhatian kepada mereka. Saat mereka mendambakan kasih sayang dari anda, mereka tidak terfkir apa yang dibuat itu salah atau tidak.
Artikel Menarik: [Suami Pandang Isteri Bagaikan Bidadari, Ini Rahsianya. Kena Buat Ni!]
Apa yang anak-anak tahu, asalkan ia dapat buat ibu ayah beri perhatian padanya, itulah yang dia akan buat. Kemudian kita marahkan dia pula, tidakkah kita rasa bersalah?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)