
Bila anak dah berusia 6 bulan ke atas, mesti ibu dah fikir macam-macam makanan untuk diberi pada si kecil. Dalam tempoh itu, pelbagai resipi nak di cuba supaya anak dapat zat yang cukup.
Dalam hal ini, seeloknya elakkan penggunaan gula dan garam dalam masakan anak-anak dari awal. Ada alternatif yang boleh dibuat untuk menggantikan garam iaitu buat serbuk ikan bilis sendiri untuk bagi ada rasa dalam makanan anak.
Perkongsian dari Puan Nurdiyana Jalaludin yang menghasilkan serbuk ikan bilis untuk anaknya boleh dicuba juga oleh ibu-ibu yang mahukan makanan anak lebih sihat.
Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita bersihkan dulu ikan bilis dengan membuang tulang dan kotoran yang ada.
Lepas tu bolehlah rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4 jam.
Toskan ikan bilis yang direndam sebelum itu biar betul-betul kering.
Tak perlu gunakan minyak. Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. Kemudian sejukkan.
Boleh guna pengisar kering dan kisar sampai hancur.
Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak.
Sumber: Nurdiyana Jalaludin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jika Anak Kerap Sembelit, Sakit, Selesema Batuk, Beri Makan Bawang! Banyak Khasiat Untu Antibodi Anak

Ajar anak suka bawang sejak mereka kecil. Kalau anak dah besar pun kita masih mampu encourage mereka makan bawang. Manusia ini Allah cipta dengan pelbagai kelebihan dan keupayaan untuk adapt dengan situasi baru dalam hidup. Never underestimate them. Mereka boleh, jika kita sentiasa beri galakan.
JIKA ANAK KERAP SEMBELIT, SAKIT, SELESEMA BATUK, MULALAH USAHA SUPAYA ANAK SUKA MAKAN MAKANAN SEMULAJADI,
SALAH SATUNYA: BAWANG.
• Bawang kaya prebiotik, sejenis bahan yang bagus untuk usus dan penghadaman anak, bantu elak sembelit.
• Prebiotik dalam bawang adalah stabil keadaannya walaupun dimasak. Ajak anak sukakan bawang untuk khasiat optimumnya.
Manfaat bawang:
-Antibakteria.
-Antivirus.
-Antijangkitan.
-Antioksidan.
-Redakan hingus dan kahak berlebihan.
-Legakan selesema.
-Mengurangkan keradangan.
-Kaya serat.
• Bawang bagus untuk anak-anak yang sedang membesar. Ia bantu otak yang cerdas, pengaliran darah yang baik. It is BRAIN FOOD FOR KIDS.
• Sistem saraf anak juga terjaga jika jadikan bawang salah satu bahan dalam diet harian.
• Anak batuk dan selesema, bawang bantu singkirkan kahak dan hingus dengan lebih cepat.
• Letak hirisan bawang dalam masakan atau jika anak belum dapat terima, hancurkan sebelum masak lauk dan pastikan anak makan kuahnya. Juga boleh buat onion rings, cucur dan letak bawang dalam nugget, sosej homemade. Letak dalam sup, ajak anak hirup kuahnya.
• Memang ramai anak kurang sukakan rasa bawang. Tapi kita juga ada banyak cara dan usaha untuk bantu mereka suka. Understand our kids.
• Usah komplen. Kita encourage dan puji usaha mereka walaupun baru makan sepotong kecil bawang hari ini. 🙂
• Elak kata kata “Anak saya ni susah sangat nak makan makanan sihat. Degil tak boleh bawa bincang.”
Kata-kata adalah doa. Doa ibu bapa itu sangat makbul. Peliharalah kata kata kita walaupun ia perkara betul. Beri sokongan pada mereka
“Tak apa, hari ni Abang makan 1 bawang, Mama bangga sangat. Esok kita cuba 2 okay? Mama tahu Abang boleh dan mesti boleh.” Simple je kata kata tu, tapi itulah yang anak akan ingat. Itulah yang akan jadi doa.
Itulah yang anak anak harap daripada kita.
Kredit: Ainini Zainal
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Telur Cepat Rosak Kalau Dicuci Sebelum Simpan? Doktor Beri Penjelasan!

Telur adalah makanan paling mudah nak disediakan buat anak kita. Selain kaya khasiat, telur juga tinggi protein untuk membantu tumbesaran anak. Tapi kalau telur yang kita simpan rosak macam mana pula?
Ada pendepat mengatakan cara penyimpanan telur mampu mengganggu kandungan nutrisinya. Betul ke? Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berikan pencerahan paling jelas untuk mama yang rasa ragu-ragu.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian. Hehe.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Semoga bermanfaat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Anak Cerdik, Beri Zat Besi Yang Cukup! Kurang Zat Besi Dikaitkan Dengan Defisit Kognitif Pada Anak.

“Saya baru sahaja melahirkan anak sulung. Saya ingin tahu apakah amalan pemakanan yang boleh membantu saya mendapatkan anak yang cerdik otaknya”. Pasti ramai ibu bapa yang inginkan anak cerdik dan pandai seperti ibu ini.
Baca: Usia Dah 18 Bulan, Anak Masih Tak Bertutur. Ini Mungkin Faktornya, Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak!
Pemakanan sangat penting dalam mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental anak-anak. Melalui pemakanan yang baik dan sihat mampu membina sel otak anak dengan baik. Ikuti perkongian daripada Noorlailina Moha Mohtar, Pegawai Dietetik Hospital Sultanah Bahiyah tentang bagaimana makanan boleh menjadikan anak bijak.
Soalan ini adalah soalan yang sering kali saya terima ketika berbincang dengan ibu-ibu hamil. Saya lihat mereka sanggup berpantang pelbagai perkara yang dirasakan boleh menjejaskan tumbesaran anak ketika mengandung, tetapi mula lupa tentang aspek yang perlu dititikberatkan selepas anak dilahirkan dan dalam proses membesar.
Baca: “Kena Gari Dengan Tanggungjawab”, Saharul Ridzwan Akui Dah Jadi Suami & Bapa Kena Banyak Berkorban
Pemakanan bayi memberi kesan kepada perkembangan otaknya bermula di antara pertengahan kehamilan dan usia dua tahun. Pertumbuhan otak yang tidak mencukupi menjelaskan mengapa kanak-kanak yang kekurangan nutrisi semasa janin dan bayi mengalami defisit tingkah laku dan kemahiran kognitif seperti lambat bercakap, IQ rendah dan pencapaian akademik yang rendah.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu puan dan suami lakukan bagi memastikan anak membesar sebagai seorang anak yang pintar.
1. Selepas kelahiran, pertumbuhan otak ini sangat bergantung kepada kualiti pemakanannya. Susu ibu menawarkan campuran nutrien paling baik untuk menggalakkan pertumbuhan otak. Oleh yang demikian, kualiti susu ibu sangat bergantung kepada kualiti pemakanan puan. Elakkan makanan diproses seperti jeruk, keropok, kerepek dan lain-lain lagi. Variasikan jenis makanan dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermakna lebih banyak vitamin yang diperolehi daripada jenis makanan tersebut.
2. Pilih makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Banyakkan makan ikan terutamanya ikan yang tinggi dengan Omega-3 seperti salmon, tenggiri dan kembung. Selain itu, dapatkannya juga daripada suplemen seperti minyak ikan atau makanan yang telah ditambah dengan omega-3 seperti telur, susu dan lain-lain.
3. Setelah bayi mencapai usia enam bulan, kenalkan dia kepada makanan yang sihat dan lengkap. Dia boleh diperkenalkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijadikan puri. Masukkan sumber protein secara perlahan-lahan ke dalam menu hariannya. Puri boleh dicampurkan dengan perahan susu ibu untuk menjadikannya lebih berkhasiat dan enak. Jangan hadkan pemakanan anda hanya dengan bubur nasi atau bijirin komersial semata-mata.
4. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan defisit kognitif pada anak. Oleh itu, penting untuk beri dia zat besi mencukupi. Zat besi bukan sahaja banyak terdapat dalam kerangan dan organ dalaman tetapi turut wujud di dalam lauk pauk seharian seperti ayam, daging dan ikan.
5. Beri anak makan banyak sayur dan akhiri dengan buah-buahan sitrus yang tinggi dengan Vitamin C. Zat besi adalah kritikal untuk mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan.
6.Jika anak tidak disusukan dengan susu ibu, pilihlah susu formula bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Susu-susu ini diformulakan untuk meniru formula yang terdapat di dalam susu ibu. Namun, harus diingatkan bahawa susu ibu mempunyai lebih keupayaan untuk meningkatkan kepintaran anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI