Sesebuah pasangan yang berkahwin itu saling memerlukan. Melengkapi antara satu sama lain. Di mana kurangnya pasangan, kita perbaiki. Kekurangan kita pula, dialah yang akan perbetulkan. Sememangnya kita memerlukan antara satu sama lain. Itulah kunci keharmonian rumah tangga.
Artikel Lain: [Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial. Boleh Undang Fitnah!]
Seperti yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir, dia tak boleh bayangkan bagaimana hidupnya tanpa isteri tercinta. Hanya kerana sebuah gelas, ia membuatkan dia sedar yang dia tidak dapat melakukan sesuatu semudah membersihkan serpihan kaca sebaik isterinya.
Sebak bila baca penulisan ini.
Hanya Kerana Segelas Kaca.
Selesai mandi pagi tadi, sedang saya berjalan di antara meja dan kerusi di dalam bilik, dengan tidak sengaja saya terlanggar sebiji gelas di atas meja solek isteri.
Saya cuba untuk mencapainya tetapi tak sempat. Jatuh gelas itu berkecai di atas lantai. Serpihan kaca tajam memenuhi ruang lantai bawah meja, di hadapan tandas dan ruang yang saya lalui tadi.
Normal bagi saya untuk merasakan pertama, kesal kerana saya membazir telah memecahkan gelas. Keduanya marah dengan diri sendiri kerana benda itu mudah sangat untuk dielakkan. Ketiga, risau membayangkan risiko jika ianya terkena anak walaupun selepas dibersihkan.
Tetapi ada satu lagi perasaan yang datang iaitu panik. Melihatkan kaca di lantai dan di atas lapik kaki di depan tandas, saya jadi kaku tidak tahu bagaimana nak bersihkan dengan sempurna. Seakan sudah terjadi, terasa kesakitan di kaki akibat terpijak kaca.
Saya ke dapur untuk mengambil penyapu dan pencedok sampah. Sempat saya beritahu isteri yang sedang memasak, yang saya telah pecahkan gelas.
“Takpe baby, biar sayang sapukan”. Saya hanya mendiamkan diri dan membawa penyapu dan penyedok sampah ke dalam bilik.
Setibanya di bilik. Saya terduduk di katil memikirkan betapa susahnya nak sapu bagi betul-betul yakin selamat. Terus sahaja saya mula menyapu dengan perasaan risau.
Setelah beberapa ketika, isteri saya masuk dan meminta penyapu untuk menyambung kerja pembersihan. Saya pun beri. Tak sampai beberapa minit, semua kaca sudah disapu bersih. Yang di atas lapik pun sekejap sahaja dibersihkan dengan mengangkat dan mengibas sedikit lapik itu.
Saya pun bantu dia isikan kaca-kaca dalam penyedok sampah ke dalam plastik. Sebelum dia menghantar kembali penyapu. Saya memegang tangannya dan mengucapkan maaf serta terima kasih kerana membersihkan kaca dan membuatkan saya tidak lagi risau akan keselamatan anak-anak.
Setelah isteri berlalu. Terfikir panjang saya sejenak. Bagaimanalah saya jika tiada dia? Walaupun hanya sebiji gelas yang pecah, saya sudah tidak mampu buat sebaik isteri. Bagaimanalah saya nak hidup tanpa dia? Saya bukanlah seorang yang tidak berguna dan tidak biasa buat kerja-kerja rumah. Cuma dia sangat melengkapi hidup saya.
Artikel Lain: [Tak Tutup Pintu Tandas Punca Suami Isteri Selalu Bergaduh, Tandas Tempat Tinggal Jin & Syaitan]
Itulah sebabnya saya sentiasa sematkan dalam diri untuk sentiasa menggembirakan dia. Kerana saya tak boleh hidup tanpa isteri saya.
Sekadar berkongsi kata-kata hati. Marilah kita hargai pasangan kita. Kita mungkin tidak tahu betapa dia melengkapi hidup kita selama ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI