Seri ibu yang mengandung ni memang lain, auranya membuatkan mata yang memandang terpesona dengan penampilan yang ada. Model dan juga isteri kepada pereka fesyen Rizman Nordin, Nurida Suraya antara yang menjadi perhatian bila memuat naik gambar-gambar terbaru di Instagram miliknya.
Setiap masa Nurida mahupun suaminya rajin memuat naik gambar-gambar mereka berdua dan bercerita tentang perkembangan kehamilan mereka di Instagram.
Kini usia kandungan Nurida sudahpun memasuki usia tujuh bulan, namun tetap tampil menawan setiap kali berkongsi gambar di media sosial.
Terbaru Nurida dengan gambar hitam putihnya memuat naik gambar dirinya dengan kesan hitam putih menyatakan usia kandungan kini sudah memasuki trimester ketiga.
“Hello Third Trimester,” tulis wanita berusia 31 tahun ini di kapsyen.
Sebelum itu, Nurida turut berkongsi foto meraikan Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan ibu hamil ini yang sentiasa kelihatan cantik dan bergaya.
Rizman dan Nurida berkahwin pada 13 September tahun lalu di Kuala Lumpur. Pasangan ini dijangka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Ogos depan.
Memang suka tengok gambar-gambar Nurida dengan baju yang cantik-cantik. Tambah pula dengan seri wajah ibu mengandung. Semoga kehamilan dan proses bersalin Nurida nanti dipermudahkan.
Sumber: Media Hiburan & IG Nurida Suraya