Pagi-pagi dah muntah, tengah hari pening, malam menangis dalam diam. Begitulah rintihan ramai ibu hamil yang mengalami morning sickness berpanjangan di awal trimester kehamilan.
Apabila gejala ini menjadi terlalu ekstrem ia bukan sekadar alahan biasa, tetapi boleh membawa kepada tekanan emosi serius, bahkan kemurungan kepada ibu hamil.
Kebiasaannya, gejala morning sickness ini akan berlaku pada awal kehamilan sehingga usia kandungan berusia sekitar 14 minggu.
Morning sickness, loya dan muntah yang biasa dialami ketika trimester pertama. Namun morning sickness dianggap berlebihan jika:
* Muntah lebih dari 3–4 kali sehari
* Tidak boleh makan/minum langsung
* Berat badan menyusut mendadak
* Mengalami hidrasi teruk
* Tekanan darah rendah ketika berdiri
Ads
* Sakit kepala
* Pengsan
Sering dianggap ‘manja’ dan ‘mengada-ngada’
Ibu hamil yang mengalami gejala ini lebih lama daripada tempoh tersebut disebut sebagai hyperemesis gravidarum (HG).
Kajian terbaru dari University of Southern California (2023) menunjukkan wanita dengan HG mempunyai 8 kali ganda risiko mengalami kemurungan klinikal semasa kehamilan.
Ads
Malah menurut Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (UK), HG bukan sahaja menyebabkan kesan fizikal tetapi mengancam kesihatan mental, merosakkan hubungan dengan pasangan, dan membawa perasaan bersalah, sedih dan terasing.
Di Malaysia, ramai ibu tidak mendapat sokongan atau rawatan awal. Ramai yang malu, dituduh ‘manja’ atau dianggap ‘biasa je tu’.
Namun realitinya:
* HG boleh membawa kepada kemasukan ke hospital berulang kali.
* Risiko kemurungan selepas bersalin meningkat 2 kali ganda.
Ads
* Ibu yang tidak dirawat mungkin menolak nutrisi, menyebabkan risiko bayi lahir pramatang.
Sokongan padu suami & keluarga
Dapatkan rawatan segera
Jika ibu muntah lebih dari 3–4 kali sehari atau tidak boleh makan, pergi ke klinik/hospital dan jangan tunggu. Ibu mungkin perlukan ubat anti-loya atau IV drip.
Jangan rasa bersalah
HG bukan salah ibu sebaliknya ini masalah hormon dan biologi, bukan disebabkan pemikiran negative jauh sekali manja dan mengada-ngada.
Sokongan emosi dari suami
Suami, keluarga dan rakan perlu menjadi orang terdekat yang memahami situasi ibu hamil. Bantu mereka jadi lebih bersemangat dan pujuk untuk makan dan minum seperti biasa.
Bantu ibu cari terapi dan aktiviti disukai
Bantu ibu mencari aktiviti yang disukai mereka bagi mengalihkan seketika emosi dan morning sickness yang dihadapi ini. Ia sedikit sebanyak membantu ibu dari terus murung tanpa sokongan.
Morning sickness yang melampau bukan sekadar loya dan muntah berterusan tetapi ia boleh mencederakan hati dan jiwa seorang ibu. Jangan anggap remeh.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bergelar ibu kepada Arabella Mia, Dr Amalina sering berkongsi tip buat ibu-ibu. Dr Amalina yang merupakan pakar bedah, di London, pastinya sudah tahu tentang amalan dan gaya hidup, mana sesuai dan tidak untuk diamalkan oleh wanita selepas bersalin.
Dr Amalina Kongsi Fakta Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism
“Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Jawapannya kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku. Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi untuk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yang menyebabkan pulmonary embolism (PE),” kata Dr Amalina.
Dr Amalina bersalin anak sulung, Arabella Mia pada Oktober 2022.
Elak Penyakit Deep Venous Thrombosis & Pulmonary Embolism
Berikut info tentang penyakit darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) dan pulmonary embolism (PE),
Apakah simptom DVT di kaki?
– sakit, bengkak pada 1 kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis)
– sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan
– kulit merah, terutamanya di bahagian betis
Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, keadaan ini boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE dan memerlukan rawatan kecemasan.
Ibu Lepas Bersalin Jangan Malas Berjalan
Dr Amalina ketika bersiar-siar bersama puteri kesayangannya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi. Beliau kelihatan sihat dan bertenaga meskipun ketika itu baharu empat hari bersalin.
Apakah simptom PE?
– mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
– mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang
– batuk berdarah
Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda dan sehingga enam minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.
Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:
– anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini
– berusia lebih 35 tahun
– obesiti (BMI 30 atau lebih)
– pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius, seperti patah kaki
– mempunyai masalah blood clots (trombofilia)
– sedang mengandung anak kembar atau multiple babies
– telah menjalani rawatan kesuburan
– menjalani pembedahan caesarean
– merokok
– mempunyai varicose veins yang teruk
– mengalami dehidrasi
“Mereka yang baru bersalin dan berisiko tinggi (selepas menjalani pembedahan caesarean) akan diberikan suntikan bagi mengelakkan darah beku. Digalakkan memakai TED stockings, menggerakkan kaki dan jari kaki seperti membuat bulatan bagi membantu pengaliran darah,” jelas Dr Amalina.
Dr Amalina menyarankan agar wanita selepas bersalin berjalan perlahan.
Untuk info, TED Stocking (Thrombo-Embolus Deterrent Stocking) juga dikenali sebagai Anti-Embolism Stockings. Biasanya berwarna putih. Digunakan untuk mengekalkan peredaran darah pada bahagian kaki.
Bagaimana untuk mencegah DVT?
-kekalkan berat badan yang sihat
– kekal aktif – berjalan kaki
– minum dua hingga tiga liter air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
– jangan duduk untuk jangka masa yang lama, bangun dan bergerak setiap jam
– jangan menyilang kaki semasa anda duduk, perbuatan ini boleh menyekat aliran darah
– jangan merokok
– jangan minum alcohol
Paling penting, ibu dalam tempoh berpantang perlu makan makanan yang sihat. Banyakkan pergerakan walaupun perlahan dan kekalkan minda yang positif.
Salah satu penyakit berbahaya yang kerap kali menyerang kaum wanita adalah kanser payudara. Sememangnya ia menjadi satu igauan ngeri dan ketakutan untuk insan bernama perempuan. Kanser payudara dapat dikesan dan mungkin boleh diubati sekiranya mendapatkan rawatan dari awal.
Kanser payudara mempunyai beberapa peringkat. Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi tentang rawatan yang boleh dibuat pada penghidap kanser payudara peringkat satu.
RAWATAN KANSER PAYUDARA PERINGKAT SATU . Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Ia juga boleh menyebabkan kematian.
Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu. Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor, terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.
Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalam payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini mungkin tanda permulaan kanser payudara. Di samping itu terdapat juga bengkakan kelenjar di ketiak yang abnormal. . Untuk mendiagnosis kanser payudara, doktor akan melakukan pemeriksaan mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara. . Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. . Peringkat II merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke kelenjar di ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke kelenjar ketiak; atau telah merebak ke kelenjar di dalam tulang dada. . Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada. . Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Biasanya pada peringkat I, rawatan yang diberikan ialah pembedahan dan diikuti dengan radioterapi, atau salah satu rawatan ini. Ini bergantung kepada jenis sel kanser payudara itu. Kemoterapi tidak diperlukan.
Rajin-rajinlah buat pemeriksaan pada payudara. Ia tidak sukar dibuat dan anda boleh lakukan sendiri. Bagi yang mungkin masih keliru dengan cara pemeriksaan payudara yang betul, boleh rujuk video di bawah ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru dua bulan lepas melahirkan cahaya mata sulung secara pembedahan caesarean, kini Dahlia Rizal kembali mencuri perhatian!
Bukan kerana glamor atau fesyen keterlaluan, tetapi kerana semangat dan komitmen luar biasanya sebagai ibu muda yang kekal aktif dan sopan. Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, Dahlia dilihat bermain sukan pickleball dengan penuh bertenaga, membuatkan ramai netizen kagum dan terinspirasi.
Lebih menarik, penampilan Dahlia ketika bersukan juga menjadi bualan hangat. Mengenakan pakaian serba hitam yang longgar dan menutup aurat, dia kekal anggun meskipun sedang aktif di gelanggang. Ramai memuji sikapnya yang bijak memilih pakaian sukan sopan tanpa mengorbankan keselesaan, bukti bahawa wanita boleh bersukan tanpa perlu mendedahkan aurat atau memakai pakaian ketat.
Bagi ibu-ibu yang pernah melalui pengalaman bersalin czer, pasti tahu bahawa proses pemulihan memerlukan masa dan penjagaan rapi. Namun Dahlia membuktikan bahawa dengan perancangan yang betul dan nasihat doktor, ibu masih boleh kembali aktif secara berperingkat.
“Saya tak terus bersukan lepas bersalin. Dua bulan pertama saya fokus healing, banyak rehat, jaga emosi, dan buat senaman ringan di rumah. Selepas doktor beri ‘green light’, baru saya mula aktiviti luar perlahan-lahan,” kongsinya dalam ruangan komen.
Langkah berhati-hati dan bertanggungjawab inilah yang menjadikan Dahlia contoh terbaik kepada ibu-ibu muda. Tidak terburu-buru, tetapi tetap menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan cara yang sihat dan seimbang.
“Real Muslimah” – Gaya Sopan Jadi Ikutan Ramai
Apa yang membuatkan ramai lebih terinspirasi adalah cara Dahlia membawa imej wanita Muslimah yang aktif tetapi tetap menjaga batas. Malah, netizen menggelarnya “Real Muslimah” kerana kekal istiqamah menutup aurat walaupun sedang melakukan aktiviti fizikal yang mencabar.
Ruangan komen turut dihujani dengan pujian dan pertanyaan tentang pakaian yang dipakainya. Ramai ibu muda yang ingin tahu jenama dan di mana boleh dapatkan set sukan longgar seperti itu. Dahlia nyata berjaya mencetuskan trend baru – aktif, sopan dan bergaya, semuanya dalam satu!
Inspirasi Buat Ibu-Ibu Yang Baru Melahirkan
Kisah Dahlia Rizal ini bukan sekadar tentang bersukan. Ia tentang kekuatan seorang ibu, kecekalan menghadapi fasa berpantang, dan keinginan untuk kembali sihat demi keluarga. Dalam dunia hari ini yang penuh tekanan dan cabaran, inspirasi seperti ini sangat berharga untuk ibu-ibu muda yang mungkin sedang mencari semangat baru.
Buat mama yang baru lepas bersalin, ingatlah – ambil masa untuk sembuh, dengar nasihat doktor, dan yang paling penting, dengar isyarat tubuh sendiri. Bila dah bersedia, mulalah perlahan-lahan. Kesihatan ibu adalah hadiah terbaik untuk anak-anak.
Syabas Dahlia, Pa&Ma bangga dengan semangat dan gaya positifmu! Teruskan menginspirasi ramai wanita di luar sana.
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...