
Mama kalau nak masak sesuatu mesti nak ikut selera anak, maklum sahajalah anak-anak ni ada ketikanya selera mereka tak dapat diagak. Sudahnya menu yang sama diminta berulang kali.
Untuk elakkan anak-anak minta menu yang sama, mama kena jadi sedikit kreatif macam resepi yang dikongsikan oleh Puan Ida Osman ini. Kita memang sedia maklum anak-anak kebanyakkannya sukakan makanan yang berasaskan keju. Kita pun sama juga suka kan?
Jadi apa kata cuba buat roti basque burnt cheese topping ini untuk sarapan atau menu baru buat mama dan keluarga. Mesti semua orang suka, tak cukup satu kalau makan!
serius ..sedap sgt pd tekak sy… Alhamdulillah
xsedar ..brkeping2 masuk perut
BREAD WITH BASQUE BURNT CHEESE TOPPING (sapuan utk 8-10kping roti)
Bahan-bahan:
100gm cream cheese
2keping keju cheddar disiat2
40gm susu cair
40gm gula caster
20gm butter tawar
2bj kuning telur
1/4st esen vanilla
Cara-cara:
1. Dengan menggunakan api pelahan panaskan cream cheese, keju slice dan susu hingga keju-keju cair. Sentiasa kacau bagi mengelakkan keju hangus.
2. Masukkan gula. Setelah gula larut masukkan butter. Kacau hingga butter sebati baru masukkan kuning telur.
3. Kacau tanpa henti hingga adunan pekat seperti kastad. Matikan api dan msukkn esen. Kacau
4. Sapu kastad ni diatas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar suhu 200 kira-kira 10minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.
Tip:
**jangan bakar terlalu lama.. kastad keju akan mengering.
**cara menyapu kastad keju bergantung pada selera masing-masing.. pada saya.. lagi tebal kastad lagi sedap rasanya.
kredit: Ida Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puri & Bubur Makanan Awal Bayi. Panduan Resipi Gabungkan Bijirin, Sayur & Buah

Isi Kandungan
TogglePuri dan bubur boleh dijadikan sajian awal kepada bayi selepas pertama kali diperkenalkan kepada makanan pelengkap. Semestinya tanpa garam & gula!
Puri ialah makanan yang dikisar halus yang diberikan apabila bayi diperkenalkan dengan makanan pelengkap seperti puri bijirin, ikan atau ayam, buah dan sayur-sayuran.
Menyediakan sendiri sajian untuk bayi boleh memastikan ia lebih sihat kerana ibu tahu bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan yang bersih. Ibu boleh menggunakan 15 resepi ini sebagai panduan.
#1: Puri brokoli, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan brokoli, dipotong kecil
1/2 cawan oat
1 biji pir, dikupas dan dipotong dadu
CARA-CARA
1.Masukkan brokoli dan pir bersama air ke dalam periuk.
2.Apabila semua bahan sudah empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
#2: Puri brokoli bayam
BAHAN-BAHAN
1 cawan bunga brokoli, bersihkan
2 cawan bayam, bersihkan
CARA-CARA
1. Masukkan brokoli dalam periuk pengukus selama air mendidih. Kukuskan selama dua minit.
2. Tambah bayam dan kukus lagi selama dua hingga dua minit atau sehingga brokoli lembut.
3. Angkat dan masukkan ke dalam dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
TIP: Semasa mengisar puri,pastikan anda mendapatkan tekstur yang sesuai dengan bayi. Elakkan puri yang halus bagi bayi lapan bulan ke atas kerana mereka menyukai puri yang lebih bertekstur.
#3: Bubur pisang dan beras perang
BAHAN-BAHAN
2 biji pisang, dikupas dan didadu
1/2 cawan beras perang, cuci
1 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan beras ke dalam periuk dan masak seperti memasak bubur.
2. Apabila mendidih, masukkan pisang dan biarkan sehingga bubur masak.
3. Kemudian campurkan semua bahan dan kisar. Sedia untuk dihidang.
#4: Puri pisang, oat dan pir
BAHAN-BAHAN
1 biji pisang saiz sederhana, kupas dan dipotong
1 biji pir yang masak, cuci bersih, kupas dan potong dadu
1/4 cawan oat masak segera
1/2 cawan air
CARA-CARA PENYEDIAAN
1. Stimkan pir sehingga lembut.
2. Kemudian masakkan oat dengan air sehingga masak.
3. Selepas itu, kisarkan semua bahan sehingga mendapat tekstur yang sesuai dengan si manja.
#5: Bubur oatmil, labu & ikan
BAHAN-BAHAN
1 cawan labu yang dipotong dadu
1 sudu besar oatmil segera, dikisar halus
50gram isi ikan tenggiri
Sedikit halia
Air panas secukupnya
CARA-CARA
1.Labu dipotong dadu, oatmil dikisar manakala isi tenggiri dicuci bersih dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu bersama isi ikan tenggiri dan halia sehingga masak.
3.Apabila kedua-duanya masak, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
4.Kisarkan dengan sedikit air panas sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air panas sekiranya mahukan tekstur lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
Labu penuh dengan dan kebaikan nutrien yang diperlukan oleh bayi anda. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalam labu sesuai untuk perkembangan bayi. Sebagai contoh, kalsium dan magnesium membantu membina tulang yang lebih kuat, fosforus dalam fungsi otak, pencernaan, keseimbangan hormon, dan sebagainya.
#6: Puri labu, ayam dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1/2 cawan bunga brokoli
1 ulas bawang putih
50gram isi ayam
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala brokoli dipotong kecil dan cuci bersih. 2.Kukuskan labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli yang sehingga masak.
3.Kemudian kisar halus sebelum disajikan kepada anak.
#7: Puri labu dan kurma
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
2 biji kurma
CARA-CARA
1.Labu yang dipotong dadu manakala kurma dibuang biji dan potong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan isi kurma.
4. Sajian sedia untuk dinikmati.
Elakkan mengisar terlalu halus untuk bayi yang berumur lapan bulan ke atas kerana pada usia ini bayi lebih berminat kepada sajian yang bertekstur lebih kasar.
#8: Puri kentang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji ubi kentang
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dan ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
2.Kukuskan kedua-duanya sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan sedikit air.
4.Sajikan kepada si kecil.
#9: Puri pisang dan labu
BAHAN-BAHAN
1 cawan isi labu
1 biji pisang
Secubit serbuk kayu manis (opsyenal)
Sedikit air
CARA-CARA
1. Labu dikupas dan dipotong dadu manakala pisang dikupas dan dipotong kecil.
2.Kukuskan labu sehingga masak.
3.Setelah masak, kisarkan bersama dengan pisang dan sedikit air.
4.Sejukkan terlebih dahulu sebelum disuapkan kepada bayi anda.
Oat mengandungi dengan sebatian vitamin, mineral dan sebatian anti oksidan. Terkandung zat seperti mangan, fosforus, magnesium, kuprum, besi, zink, folat, vitamin B1, vitamin B5, kalsium, potassium, vitamin B6 dan vitamin B3.
#10: Bubur oat, ayam dan lobak merah
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/2 biji lobak merah, dipotong dadu
50gm isi ayam, dipotong dadu
1 ulas bawang putih
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit halia dan kulit kayu manis (pilihan)
CARA-CARA
1.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih,halia dan kulit kayu manis.
2.Apabila garing, masukkan isi ayam dan lobak merah. Biarkan sehingga isi ayam masak dan lobak merah lembut.
3.Selepas isi ayam masak, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
4.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali kulit kayu manis.
4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#11: Bubur oat, bilis, saderi dan brokoli
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan oat
1/3 batang saderi, dipotong dadu
1 sudu besar ikan bilis, dibelah dan bersihkan
1 ulas bawang putih, hiris
1/4 cawan brokoli, potong kecil
1 2/3 cawan air
Sedikit minyak zaitun
CARA-CARA
1.Masukkan saderi, ikan bilis, bawang putih dan brokoli bersama air ke dalam periuk. Jerangkan sehingga mendidih.
2.Apabila sayur empuk, masukkan pula oat. Biarkan selama tiga minit.
3.Selepas tiga minit, matikan api. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. 4.Kisarkan dengan sehingga mendapat tekstur yang disukai si manja.
5.Boleh tambahkan air suam sekiranya mahukan tekstur yang lebih cair.
6.Sejukkan terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada si manja.
INFO: Sesuai untuk bayi yang berumur enam bulan ke atas.
#12: Puri Couscous, Epal, Baby Spinach
Bahan-bahan:
1 biji epal merah
Segenggam baby spinach
¼ cawan cous cous
Sedikit mentega tanpa garam
Cara memasak:
1. Bersihkan epal dan potong dadu.
2. Kukus epal yang sudah dipotong dengan segenggam baby spinach.
3. Kukus cous cous secara berasingan.
4. Kisar semua bahan sehingga halus bersama sedikit mentega. Tambah sedikit susu ibu jika puri terlalu pekat.
Info: Puri ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Cous cous agak berat dan memberi rasa kenyang kepada bayi kerana ia seperti pasta.
#13: Puri Keledek, Asparagus & Kacang Kuda
Bahan-bahan:
1biji keledek
2sudu besar kacang kuda yang sudah direbus
4 batang asparagus
Cara memasak:
1. Basuh keledek, kemudian bakar tanpa membuang kulit. Bila sudah empuk, kupas kulitnya.
2. Potong hujung batang asparagus dan kukus lebih kurang 20 minit.
3. Bila semua bahan sudah siap, kisar halus hingga menjadi puri, tambah sedikit minyak zaitun.
4. Tambah susu ibu jika suka untuk menjadikan puri lebih berkrim dan tidak terlalu pekat.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Campuran asparagus, keledek dan kacang kuda sangat baik kepada bayi dan mengenyangkan.
#14: Puri Peas & Bayam
Bahan-bahan:
Segenggam kacang peas beku
4 helai daun bayam
Cara memasak:
1. Nyah bekukan kacang peas. Kemudian kukus bersama daun bayam.
2. Buangkan kulit kacang peas.
3. Kisar kedua bahan bersama dengan susu ibu atau air.
Info: Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Bayam mengandung vitamin A (dalam bentuk beta karotena) yang tinggi, iaitu1872 mikrogram/100 gram. Selain itu, bayam juga kaya vitamin B, vitamin C, asam folat, serta mineral kalsium, fosfor, dan zat besi. Bayam juga sangat penting untuk pembentukan otak bayi.
#15: Puri Oat Kurma

Bahan-bahan:
1 biji pisang
½ cawan oat (rolled oat organic)
3 biji kurma (dibuang biji)
Cara memasak:
1. Masak oat di dalam air atau susu sehingga kembang.
2. Kisar kesemua bahan sekali gus.
3. Tambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Info: Sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas. Rolled oat organic lebih berkhasiat berbanding dengan oat segera. Ia harus dimasak sebelum dijadikan puri.
Sumber: Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Bubur Si Kecil Semudah ABC. Hanya Letak Dalam Periuk Nasi

Bayi yang dah menginjak umur 6 bulan dan mula makan, perkara pertama yang ibu fikirkan adalah nak bagi makan bubur. Apabila memikirkan masa yang lama untuk menyiapkannya, niat itu mula berbelah bahagi.
Bagi ibu yang tak bekerja, mungkin tiada masalah tapi ibu yang bekerjaya masa agak terhad. Banyak tip yang sebelum pernah dikongsikan seperti mengisar beras, bekukan beras dan macam-macam lagi.
Kali ini perkongsian dari Puan Raudah mengenai caranya masak bubur nasi pada anaknya sangat mudah. Hanya letak dalam periuk nasi sahaja.
Jangan cakap ibu, ayah pun boleh masak cara ni. Memang senang sangat.
Kaedah yang yang hampir sama dengan masak nasi. Bezanya lebihkan je air.
Sekiranya ibu-ibu nak jimatkan elektrik boleh je masak atas dapur dengan cara kukus. In SHAA Allah menjadi juga.
Tak faham? Ni tutorial bergambar, cara masak bubur si kecil di dalam rice cooker.







Sumber: Raudah Cenderawasih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Salted Egg Chicken, Buat Kering-Kering & Pedas, Rasa Memang Power!

Setiap kali menjengah ke video yang dikongsikan oleh content creator, Khairul Aming pasti keinginan untuk mencuba membuak-buak.
Resipinya mudah dan ringkas malah bahan yang digunakan juga tidak banyak. Amat membantu. Dek kerana itulah resipi Khairul Aming sentiasa jadi pilihan.
Terbaru, resipi Salted Egg Chicken ini pasti buat anda terliur. Wajib cuba!
Salted Egg Chicken. Ni version yang tak berkuah tapi lagi strong and kick rasa dia. Sedap sangat!
Bahan-bahan:
Tepung ayam goreng Bestari
Ayam -dipotong kecil
2 sb butter
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah -dicincang halus
1/2 cawan susu cair dalam tin
4 bj cili padi
2 sb serbuk telur masin Bestari
Sedikit susu pekat manis
Gaulkan tepung dengan ayam rata. Goreng deep fry dan toskan.
Tumiskan mentega, bawang putih, bawang merah dan daun kari.
Menarik: Cornflakes Madu Dah Sudah, Cuba Cornflakes Bite 2 Bahan Ni Pula. Memang Rangup!
Share Sampai 11K, Resipi Air Vanilla Blue Aiskrim Ni Sedap Habis, Anak Berebut!
Resipi Dahlia Susu Red Velvet & Original, Biar Perap Satu Jam, Bunga Cantik Elok!
Masukkan susu cawan dalam tin dan cili padi.
Kemudian masukkan serbuk telur masin dan sedikit susu pekat manis. Kacau sampai sebati.
Masukkan ayam goreng tadi dan siap dihidangkan.
Watch on TikTok
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI