“Serius Tak Nampak Macam Lepas Bersalin” Keceriaan Ain Edruce Jadi Inspirasi Ibu Hamil!

Share

Selamat melahirkan bayinya pada 19 Mei lalu, Instagram pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah semestinya diintai oleh seluruh peminatnya. Mana tidaknya, masing-masing tidak sabar menantikan wajah comel puteri sulung artis yang sentiasa ceria ini.

Melalui Instastorynya, Ain turut berkongsi beberapa video tidak kurang juga berkongsi gambar bayinya tanpa menunjukkan muka. Dengan persalinan serba merah jambu, nampak begitu comel.

Malah kata Ain juga, kini baru dia tahu pengalaman menjadi ibu. Tidak sampai seminggu menjadi ibu, kata Ain dia sudah tahu apa itu ertinya tidak cukup tidur malah tidak dapat membezakan malam dan siang. Begitu selorohnya menerusi Instastorynya.

Terbaru menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebagai tanda penghargaan kepada pihak hospital terutama jururawat yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di hospital berkenaan, Ain membingkaskan ucapan terima kasihnya melalui sebuah video ‘room tour’.

“Cara nak happy kan nurse-nurse dekat @sunwaymedical. Kesian dorang penat jaga Ain dari pagi sampai malam. So, kita shoot ala-ala room tour konon depan dorang.

“Seronok ehh siap gelak-gelak semua.

“Pregnancy experience Ain dekat @sunwaymedical best sangat-sangat. Next anak nak sini lagi (ni pujian ikhlas dari hati) takut orang kata aku promoter pulak kang,” katanya berseloroh.

Namun bukan berkisahkan keadaan bilik atau keselesaan bilik yang menjadi tarikan wargamaya bahkan keceriaan Ain ketika merakam setiap sudut di biliknya itu menjadi perhatian.

Mana tidaknya, aksi dan gelagat Ain yang aktif tidak menggambarkan keadaan yang baru lepas melalui proses melahirkan anak. Aktif dan cukup ceria. Namun itulah yang perlu kita lakukan. Semuanya demi menjaga emosi kita selepas bersalin.

Kata wargamaya, Ain dilihat tidak seperti wanita selepas bersalin. Aktif dan cergas begitu juga dengan mood yang happyy go lucky biarpun baru melalui detik sukar dalam hidupnya.

“Semoga aku lepas mengandung, nak bersalin and lepas bersalin happy go lucky macam Ain”.

“Confused betul dah bersalin ke belum ni”.

“Bertenaganya makan apa la agaknya ni”.

“Relaks bethol lepas bersalin”.

“Serius tak nampak macam lepas bersalin”.

“Tah Ain ni bersalin ke tak. Macam takde apa berlaku pun”.

 

Kesakitan yang dialami bukan bermaksud kita tidak mampu untuk ceria, lebih-lebih lagi untuk menggembirakan orang lain di sekeliling.

 

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Ain dan puterinya. Selamat berpantang buat Ain. Tak sabar nak lihat Ain berkongsi wajah bayinya.

Menarik: Akhirnya Saya Dah Bersalin, Berjam-Jam Bertarung Nyawa Di Labour Room, Ain Edruce Timang Cahaya Mata Sulung

Suruh Makan Pun Dia Tak Mahu, Suami Sentiasa Di Sisi, Ain Edruce Kongsi Kelahiran Normal Yang Tenang!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @ainedruce

Published by
SRM