
“Syukur alhamdulillah”. Begitu kongsi Fizo Omar ketika mengumumkan kehamilan kedua isterinya, Fazeera Nazri Azrai yang kini hamil lima bulan.
Menerusi Instagramnya, Fizo memuat naik video pendek mengumumkan perkhabaran gembira itu sambil menunjukkan baby bump yang jelas kelihatan.
Malah bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut meluahkan rasa syukur dianugerahkan rezeki terhebat itu sekali lagi.

“Syukur Alhamdulillah, another rezeki dari Allah buat kami smua.
“Nota kaki: Beza khaleeda dan adik dia ni 11 bulan je, kilang buka terus produce,” kongsi Fizo lagi yang meninggalkan nota kaki.

Malah Fizo juga turut memaklumkan usia kandungan isteri kesayangannya yang kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya.

“Cik Yam dah nak ada dua adik,” begitu tulis Fizo melalui video yang dikongsikan.
Meninjau di Instagram isterinya, beberapa keping gambar terbaru di baby bump yang jelas kelihatan turut dikongsikan Fazeera.

“Happy 5 months tummym” tulisnya berkongsi.

Perkongsian gembira dari Fizo itu tentu sahaja mendapat pelbagai reaksi malah turut mengucapkan tahniah di atas rezeki istimewa itu.

Terdahulu Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleda yang dilahirkan pada 25 Jun 2022.
Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama Kali Check-Up Untuk Kehamilan? Perkara Ini Yang Perlu Ibu Hamil Lakukan Segera

Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.

Bila lakukan ujian?
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
- Sejauh mana wanita ikut arahan
- Bila berlaku implantasi
- Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
- Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Bagaimana melakukan ujian kehamilan di rumah?
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
- Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
- Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
- Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
- Dua baris
- Berwarna
- Tanda “+”
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Pertama Kali Check-Up

Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh ajer dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik jer dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu :D.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
- ujian darah
- ujian air kencing
Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
Sumber: Naimah Wahab, Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comelnya! Sheila Abdull Dapat Bayi Perempuan Ke-2, Pilih Nama Sempena Bunga Klasik

Lama tak dengar khabar penyanyi Sheila Abdull. Bagaimanapun menerusi perkongsian di instagramnya, Sheila, 32, telah selamat melahirkan anak kedua seberat 3.8 kilogram (kg) menerusi kaedah pembedahn pada 1 November lalu di sebuah pusat perubatan di Johor.
Memetik laporan Metro, Sheila ketika dihubungi berkata, keadaannya dan bayi perempuan itu berada dalam keadaan baik.
Sheila dan suaminya yang juga bekas anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir berhasrat untuk menamakan anak kedua mereka sempena nama bunga klasik.
ARTIKEL MENARIK:
[“Demi Petra, Mummy Tak Diet Pun Tak Apa!” Mona Allen Tekad Selagi Ada Rezeki Nak BF]
[“Comel! Dah Pandai Senyum, Copy Muka Mommy.” Manis Sangat Anak Dara Fizo Omar]

“Memandangkan kakak (anak pertama) yang kini berusia tiga tahun dinamakan Chempaka Alaya, jadi kami nak namakan bayi ini Dahlia Aluna.
“Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 8 November, tapi bayi baru 39 minggu dah 3.8 kg. Jadi tak nak tunggu tarikh itu takut dia semakin membesar. Jadi, kami pilih 1 November untuk menjalani pembedahan,” katanya.

Penyanyi lagu Mungkinkah itu berkata, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga terlebih dulu.
“Minat untuk menyanyi tetap ada, tapi buat masa ini memang tiada perancangan lagi. Apapun kena tengok bagaimana situasinya nanti,” katanya.
Sheila atau nama sebenarnya Nursheila Abdullah pernah bertugas dengan syarikat penerbangan Malindo selama empat tahun.

Dia bagaimanapun ditamatkan kontrak pada Oktober 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.
Kredit: Harian Metro & IG Sheila Abdull

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Rasa Macam Tak Pregnant” Tak Ada Alahan & Mabuk Hamil, Elvina Mohamad Enjoy Bercuti Tengah Sarat!

Lain anak lain ragamnya ketika hamil. Ada anak yang ketika hamil mengalami alahan dan mabuk teruk namun ada pula yang tidak mengalami sebarang alahan.
Bagi pelakon, Elvina Mohamad, dia paling beruntung kerana kandungan keduanya kali ini dipermudahkan.
Kongsi Elvina menerusi Instagramnya, kehamilannya kali ini, dia langsung tidak merasa sebarang alahan atau mabuk teruk di awal kehamillannya berbanding anak sulungnya, Karl.

Ujar Elvina yang kini sarat hamil tujuh bulan, di awal trimester hamil dia hanya mengalami morning sickness sekejap sahaja malah tidak mabuk dan pening-pening teruk.
Menarik: “Diam-Diam Masuk Bilik Air Ibu, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Makin Aktif & Lasak, Ramai Geram!

“I’m 7 months. Pregnant kalini rasa macam tak pregnant, lain sangat compare dengan previous one, time pregnant kan Karl.
“This time morning sickness kejap je dan tak teruk. No mabuk-mabuk pening semua, no alahan,” ujarnya bercerita.

Malah Elvina yang ketika ini sedang bercuti bersama suami dan anaknya di Tokyo, Jepun cukup enjoy walaupun sedang sarat tujuh bulan.
“My pregnancy has been very easy so far, Alhamdulillah. So dapat lah mak buyung ni feeling-feeling dekat Tokyo before pop,” kongsinya lagi.

Ibu cantik manis ini turut memuat naik beberapa keping gambar sepanjang percutiannya di sana. Nampak ceria dan cantik walaupun sedang sarat.
Semoga kehamilan kali ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Menarik: Kena Masuk OT, Ramai Sedih Tengok Aafiyah Menangis Sambil Dipujuk Ibu Sebelum Masuk OT!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


