Apabila sudah dididik dari kecil, anak pasti akan tahu erti sebuah pemberian dan akan tahu cara untuk menghargainya. Contoh yang boleh dilihat adalah apabila sebuah video kanak-kanak perempuan yang tular beberapa hari ini.
Di dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak itu mengalirkan air mata kerana terharu dengan pemberian istimewa dari ayahnya.
Perkongsian video tersebut dibuat oleh ibunya melalui akaun TikTok nurshahirah93 yang menceritakan bahawa hadiah tersebut merupakan beg idaman kanak-kanak tersebut. Saat melihat beg tersebut di sebuah kedai serbaneka bersama si ayah, anaknya itu menegur kecantikan beg itu.
Menurut si ibu lagi, ketika terpandang beg galas tersebut anaknya memberi kiasan seolah-olah meminta dibelikan untuknya.
“Cerita dua hari lepas, kakak dan papa pergi kedai DIY. Si kakak cakap, ‘Wah, cantiknya beg Pony ni. Tapi ada satu saja. Kalau orang lain beli habislah.’ Kakak ni kalau nak apa-apa dia cakap berkias macam tu saja.”
Tambah ibu ini, suaminya sudah mengajarkan anaknya bahawa bukan semua yang dingini patut dipenuhi.
“Papa sengaja tak beli sebab nak ajar anak tak semua benda dia nak terus dapat. Tunggu masa yang sesuai, in sya Allah papa belikan. Syukur sangat dapat anak sulung yang memahami susah orang tua.”
Baca Juga:
Kalau Dia Yang Jaga, Ini Jadinya. Lucu Aksi Bayi Diajar Ayah Cara Garu Kepala!
Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul!
Ketahui Perwatakan Anak Ikut Waktu Lahir. Tak Sangka, Ada Yang Betul!
Dapat dilihat dalam video tersebut anak perempuannya itu sangat gembira dan memeluk hadiah yang dibelikan ayahnya sambil mengucapkan terima kasih.
Jom tonton video;
@nurshahirah93Cerita 2hari lepas kakak dan papa pergi DIY..si kakak cakap dekat papa Wahhh cntikNya beg poney ni,tapi ade satu je kalo org lain beli habis la..kakak ni kalo nk ape2 dia ckp kias2 mcm tu je,papa saja je xbeli nk ajar anak xsemua bnda yg dia nak terus dapat..tggu masa sesuai insyallah papa belikan..Syukur sngt dapat anak sulung yg sngat memahami susah org tua..🤲🏻♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Bahkan selebriti popular Fazura turut meninggalkan komen,
“MasyaAllah.. Aunty Faz pun sedih and sama tumpang happy sayanggg 😭😭😭💖💖💖.”
Selain itu, komen-komen lain juga turut memuji sikap kanak-kanak tersebut yang dilihat sangat menghargai pemberian dari ayahnya;
Baguslah adik ni! Bila tak dibelikan beg yang dia suka sikit pun tak mengamuk. Seronok sungguh bila dapat beg idaman ya, sampai menitis air mata. Bila dah besar nanti, bolehlah awak belikan hadiah untuk ibu ayah pula. Semoga terus membesar menjadi anak yang baik seperti sekarang.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/