Seronok Driving, Anak Tak Meragam. Kereta Hebat Inilah ‘Hero’ Kalau Nak Travel Satu Famili!

Share

Kalau nak bawa anak-anak berjalan jauh, penting untuk mama papa pastikan keselesaan mereka. Bila anak selesa, mereka seronok dan lebih menghayati perjalanan dan pastinya ‘drama’ di dalam kenderaan dapat dielak! Bukan mudah nak pastikan anak-anak behave sehingga tiba ke destinasi, jadi mama papa perlu sentiasa bersedia supaya perjalanan lebih lancar.

Bukan saja mama papa mahu pastikan keselesaan anak tetapi juga keselamatan mereka sepanjang perjalanan. Untuk keluarga besar terutamanya, ruang yang sempit di dalam kereta mungkin menjadi faktor anak-anak tidak selesa bahkan berbahaya dari segi keselamatan sekiranya mereka terpaksa berhimpit tanpa mengenakan tali pinggang keledar atau car seat.

Ada beberapa cara yang boleh mama papa buat untuk pastika keselesaan dan keselamatan anak terjamin sepanjang perjalanan:

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Gunakan Car Seat

Sebenarnya penggunaan car seat bukan hanya penting dari segi keselamatan anak tetapi juga memberi ruang kepada mereka untuk lebih selesa berada di tempat duduk sendiri.

Mereka juga lebih selesa untuk bermain atau tidur di atas car seat. Pilihlah car seat yang sesuai mengikut spesifikasi anak untuk memastikan keselesaan anak.

  1. Berhenti & Rehat

Perjalanan yang lama akan membuatkan anak merasa bosan dan mula meragam. Untuk mengelakkan masalah ini, sekurang-kurangnya berhentilah dua kali sepanjang perjalanan untuk merehatkan tubuh yang kepenatan kerana duduk lama.

Ini juga sangat penting untuk mama papa yang memandu kerana kita cenderung mengantuk sekiranya terpaksa mengharungi perjalanan yang lama. Berhenti seketika dapat membantu kita untuk refresh semula.

Sumber foto: www.shutterstock.com
  1. Sediakan Makanan & Hiburan

Antara persediaan yang perlu dibuat adalah menyediakan makanan dan hiburan untuk anak. Ia dapat mengalih perhatian anak yang mungkin merasa bosan apabila terpaksa berada lama di dalam kereta. Makanan ringan seperti sandwic atau biskut sudah memadai, sekadar untuk mengalas perut.

Bukan itu saja, mama papa boleh sediakan hiburan seperti mainan untuk anak. Pasang juga lagu kegemaran mereka di dalam kereta. Tahukah anda sekiranya anak mendengar muzik atau lagu yang digemari boleh merangsang rasa mengantuk. Oleh itu, mereka lebih tenang dan mudah untuk tertidur.

  1. Perjalanan Lebih Enjoy Dengan Mitsubishi XPANDER!

Berjalan jauh dengan kereta yang selesa akan membuatkan perjalanan lebih enjoy dan mengujakan. Itulah sebabnya mama papa perlu pertimbangkan untuk memiliki Mitsubishi XPANDER. Lebih luas, lebih selesa!

* Guna Enjin MIVEC

Menggunakan enjin MIVEC Aluminium Block Engine yang menggabungkan keseimbangan kuasa yang sempurna dan lebih efisen. Kurang bunyi dan jimat minyak, memang terbaik!

* Sistem ARM & ABS Berkualiti

Bagi memastikan kita lebih peka ketika memandu, Mitsubishi XPANDER didatangkan dengan sistem All-Round Monitor (ARM) yang sangat berfungsi terutamanya untuk melihat titik buta. Ia juga didatangkan dengan ABS yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pemandu dan penumpang.

* MPV 7 Tempat Duduk

Lebih luas dan selesa kerana MPV ini mempunyai tujuh tempat duduk yang pastinya sangat sesuai untuk keluarga besar.

* Peredaran Udara Penghawa Dingin Terbaik

Peredaran udara penghawa dingin terbaik bagi memastikan semua penumpang selesa dan merasai kedinginan yang menenangkan.

* Pemanduan Lebih Stabil

Mitsubishi XPANDER menjanjikan kestabilan pemanduan yang lebih selamat sepanjang perjalanan.

Mama papa yang mahu tahu lebih lanjut tentang kenderaan MPV Mitubishi XPANDER berkualiti tinggi ini boleh layari: https://www.mitsubishi-motors.com.my/xpander/

Nak test drive pun boleh! Daftar di sini: https://www.mitsubishi-motors.com.my/build/testdrive.php

Kalau dah berkenan dan ada bajet untuk pastikan perjalanan lebih selamat dan selesa, tempah Mitsubishi XPANDERr anda di sini: https://www.mitsubishi-motors.com.my/build/booking.php

 

Published by
Emy H