“Bila Jadi Suri Rumah, Lagi Banyak Rezeki Masuk” Wanita Ini Kongsi Kisah Selepas Dibuang Kerja

Share

Bukan mudah bagi wanita yang bekerja untuk berhenti kerja secara tiba-tiba. Semuanya memerlukan perancangan yang teliti lebih-lebih lagi komitmen yang tinggi jika bekerja. Banyak yang harus difikirkan.

Begitulah kisahnya yang dikongsikan oleh Pn Fakarina (Nama Pena) apabila dia berkongsi saat-saat dibuang kerja akibat pandemik Covid-19. Namun dia tak mudah mengalah, dia bangkit menjadi suri rumah yang berjaya dan kuat malah pendapatan kini melebihi gajinya semasa bekerja. Malah dia lebih seronok menjadi suri rumah, banyak masa yang boleh diluangkan bersama anak-anak.

Saja nak share pengalaman baharu saya. Sebelum ni saya ibu berkerjaya.

Saya terlalu sibuk dengan karier & terlalu menjaga prestasi terbaik dalam syarikat. Anak-anak seramai 4 org masih dalam perhatian tapi dengan bantuan pengasuh yang saya bayar upah setiap bulan.

Semua Pengasuh Yang Uruskan Keperluan Anak

Saya ada 2 pasang anak. Sulung lelaki 15 tahun, No 2 dan no. 3 perempuan 12 tahun dan 9 tahun. Yang bongsu lelaki 7 tahun.

Pengangkutan anak-anak pergi balik sekolah, diupah van sekolah uruskan. Saya balik keje selalu lewat dan masa saya dengan anak-anak kadangkala terhad.
Jumpa mereka masa nak tidurkan dan dodoikan mereka. Sabtu ahad baru ada masa untuk keluarga.

Kerja saya memang tak tentu masa. Walaupun hakikat saya bekerja 8-5 dan 5 hari seminggu..Kadangkala waktu sabtu ahad pun saya kena ke kilang. Kalu ada shipment, saya akan bekerja hingga lewat malam.

Urusan anak-anak sebelum ni terpaksa saya serahkan kepada pengasuh yang saya bayar upah mengasuh setiap bulan. Kekadang anak-anak nak apa pun kena minta pengasuh wasaps saya.

Tiada Masa Bersama Anak, Pulang Lewat & Asyik Bekerja

Balik lewat. Kadang-kadang anak nak minta saya ajarkan kerja sekolah, sampi lewat malam baru selesai. Urusan pergi balik sekolah diuruskan pakcik berbangsa india..dia yang uruskan dengan amanah..3 orang anak-anak saya. Yang sulung tinggal di asrama menengah agama di Tangkak.

Sambil-sambil berkerja hakiki, saya dah mulakan perniagaan atas talian sejak 2 tahun lebih lepas..untuk tambah-tambah income..Kerja yang saya perolehi tu pun ditawarkan kepada saya dengan gaji lebih lumayan berbanding syarikat sebelumnya. Tapi bila syarikat ada krisis kewangan dan projek di luar negara…majikan ambil pendekatan buang pekerja terakhir masuk ke kilang.

Mula Diberhentikan Kerja Sejak PKP

Takdir Allah, kerana pandemik saya diberhentikan kerja pada hujung bulan sept 2020. Notis 24 jam dengan pampasan. Last in first out.Saya diberikan notis 24 jam dengan pampasan selepas sehari hari lahir saya.

Malah gaji saya kiranya besar sebagai Senior Exec buatkan saya down jugak awal-awalnya. Saya bekerja sebagai Senior Executive di Sebuah kilang Pembuatan bahagian logistik. Down jugaklah..walaupun hakikat berbisnes online saya dapat income lebih dari gaji hakiki..Tapi tentunya berbezakan…ada gaji tetap dengan bisnes yang belum tentu income..nak kena rajin berusaha baharu achieve target.

Redha, Makin Bahagia Jadi Suri Rumah

2 minggu saya istiharah..Tapi akhirnya saya redha dengan ketentuan ni.. Sebabnya memang saya pernah letakkan target usia saya 45 tahun saya tak nak keje dengan org lagi. Tapi jawapan tu Allah bagi di usia saya 40 tahun..

Sekarang diam tak diam hampir, 6 bulan lebih saya jadi suri rumah tangga sepenuh masa. Saya semakin gembira dengan kehidupan sekarang. Saya mulakan semula apa yg pernah saya lakukan…dari bawah dari awal…Sambil-sambil menjana pendapatan santai-santai di rumah dengan bisnes online untuk membantu ekonomi keluarga. Saya buat semua jenis bisnes, Saya Supreme Leader Kepada Angsa Emas Beaute, produk Magical C Pure. Leader Kepada Lenne Beauty, Produk Doublesscocoffe. Stokis kepada Naim Beef, Produk Daging Tempatan Perap Fidlot dan Patty Premium. Leader Atiya Beauty, Produk Lipmatte Dan Agen serta dropship beberapa produk lain.

Walaupun saya berbisnes dari rumah saya aturkan masa saya…macam saya bekerja..Saya wujudkan working space dalam bilik saya..saya juga buat media sosial seperti fb live dan lain-lain. Pagi selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar suami ke tempat keje..saya mulakan kerja online bisnes saya..promosi..live…jumpa team..cari retails..Tengahari kembali uruskan anak amik pergi sekolah…Perantaraan waktu sebelum balik sekolah petang, saya akan curi masa untuk cod dan dan lain-lain.

Tahun Ini Akhirnya Dapat Uruskan Anak Ke Sekolah

Selepas ambil anak sekolah…hantar mereka pulang ke rumah dan amik suami pula balik kerja. Waktu Malam saya fokus kepada pembelajaran anak-anak. Dapat luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Kadang-kadang kalau ada keperluan cod kami sekeluarga pergi bersama-sama.

Tahun ni, saya uruskan sendiri anak pergi balik sekolah. Baru saya faham kenapa anak-anak kadang-kala hilang fokus dalam pelajaran dan kepenatan mengejar masa.

Zaman saya dulu sekolah dengan mereka jauh berbeza. Saya jadi lebih prihatin dan banyak tumpuan saya kepada perkembangan mereka.Anak-anak juga gembira mama mereka ada banyak masa bersama-sama. Suami saya pun cakap, emosi anak-anak semakin baik sejak saya ada di rumah selalu.

Emosi Anak Happy, Ibu Kurang Stress

Emosi anak-anak happy bila balik mama yang ambil..tak perlu bersesak dalam van..berpanas..Lebih selesa nak bersiap di umah sendiri berbanding pengasuh sebab anak kedua saya dah 12 tahunkan..isu aurat pula dengan anak-anak dan suami pengasuh. Apa diorang nak, nak saya masak..saya boleh layan..emosi saya lebih stabil dan kurang stress menghadap sikap majikan. Seronok tengok mereka happy dan tak perlu buat temujanji jumpa mama sendiri.

Malah saya rasa puas hati, kerana saya uruskan sendiri.Entahlah, sedikit sebanyak saya mungkin terlepas peluang sebelum ni utk memberikan perhatian sepenuhnya kepada permata-permata hati saya.

Tapi sekarang masih tidak terlewat, saya bahagia dengan momen-momen tingkah anak-anak. Saya percaya kepada rezeki Allah. Yang penting keberkatan dan magnet rezeki terus dipraktikkan. Seronok rupanya jadi suri rumah tangga ni.

Baru saya tahu.

Saya doakan suri-suri lain juga menikmati kebahagiaan masing-masing.

Nasihat saya pada suri yang dibuang kerja;

1. Jangan putus asa tentang rezeki kerana Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita sejak azali.

2. Rancang kewangan rumah tangga untuk elakkan bebanan dengan komitmen sedia ada. Jika perlu strukturkan semula pinjaman dan dapatkan nasihat AKPK adalah terbaik. Janji nama kita bersih sebab kena ingat masa depan anak-anak masih panjang.

3. Nikmati masa kualiti dengan keluarga sebab masa yang kita alami sekarang tidak akan ada siaran ulangan.

4. Banyakkan komunikasi dengan pasangan, bahagi tugas dan berkongsi emosi dlm rumah tangga.

Amin YRA

#fakarinavibe

Kredit: Pn Fakarina

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa