“Seronok Tengok Anak Happy, Luar Biasa Perasaan Tu”, Bawa Anak Bercuti, Lufya Gembira Tengok Keletah Anak!

Share

Anak-anak pun sama macam kita, sesekali bawa bercuti, gembiranya bukan kepalang. Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar turut membawa anaknya bercuti bersama baru-baru ini.

Menerusi instagramnya, Lufya meluahkan rasa teruja selepas berpeluang bercuti berdua bersama anak perempuannya buat pertama kali.

Katanya dia gembira melihat anaknya yang cukup teruja. Malah kata Lufya lagi, anaknya Haura cukup berani mencuba semua perkara ketika bercuti.

“Masyallah she’s sooo happy. 1st time holiday jauh-jauh dengan mummy.‍ 1st time naik flight tak nampak takut sikit pun cuma sakit telinga dia tadi,” kongsinya.

Jelas bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-6 ini lagi, rasa sedih dan sakitnya selama ini seakan hilang saat melihat anaknya gembira.

“Sampai je hotel terus ajak mummy swim. Seronok tengok anak happy luar biasa perasaan tu. Hilang sakit pening dan sedih mummy,” tulisnya.

Menerusi beberapa entri berlainan, banyak koleksi foto yang dikongsikan Lufya ketika bercuti.

Paling menarik kata Lufya lagi, anaknya cukup berani termasuklah ketika menaiki bot dan memegang burung.

“Haura 1st experience naik bot pagi ni habis lari semua ikan. Kuat dia menjerit! Happy. Dah nampak ciri-ciri kelasakkan Haura dari pengalaman hari ni.

“Balik ni boleh belajar taekwando ke swimming ke main pedang ke apa-apa la ya,”kongsinya lagi.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura yang kini sudah pun berusia 2 tahun.

Bagaimanapun pasangan ini akhirnya bercerai pada 17 Jun lalu.

Kredit: @lufyalaana

Artikel menarik: Indahnya Nama, Syafa Nisa Selamat Lahirkan Anak Lelaki, Nama Takwa Idraki Jadi Pilihan Buat Cahaya Mata Sulung!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

IKLAN