Dalam era digital yang berkembang pesat hari ini, televisyen tetap menjadi salah satu sumber hiburan dan maklumat utama untuk keluarga. Namun, dengan pelbagai jenis siaran yang tersedia, adalah penting untuk memilih siaran yang betul agar pengalaman tengok TV dapat menjalinkan dan mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga.
Berikut adalah beberapa kepentingan memilih siaran yang betul untuk keluarga:
1. Anak-anak Boleh Belajar
Siaran yang betul boleh menyediakan maklumat yang bermanfaat dan mendidik. Program-program seperti dokumentari, rancangan pendidikan, dan berita boleh membantu anggota keluarga, terutamanya kanak-kanak, untuk belajar tentang dunia di sekitar mereka, perkembangan terkini, dan isu-isu sosial. Ini membolehkan mereka mendapat pengetahuan tambahan yang berguna dalam kehidupan seharian.
2. Menjaga Kesejahteraan Emosi dan Mental
Siaran yang berkualiti dapat memberi kesan positif kepada kesejahteraan emosi dan mental keluarga. Program-program yang positif, menghiburkan, dan penuh inspirasi dapat meningkatkan mood dan memberi dorongan semangat. Sebaliknya, siaran yang penuh dengan unsur negatif atau kekerasan boleh memberi kesan buruk dan menjejaskan kesejahteraan emosi keluarga.
3. Menjaga Nilai dan Moral Keluarga
Siaran yang dipilih harus selaras dengan nilai dan moral keluarga. Program yang mempromosikan nilai-nilai positif, seperti hormat, empati, dan tanggungjawab, boleh membantu dalam pembentukan karakter dan prinsip moral keluarga. Memilih siaran yang sesuai memastikan bahawa kandungan yang dinikmati tidak bertentangan dengan norma dan nilai yang ingin dipertahankan dalam keluarga.
Ads
4. Menghindari Pengaruh Negatif
Siaran yang tidak sesuai, seperti program yang mengandungi unsur kekerasan, lucah, atau bahasa kasar, boleh memberi pengaruh negatif kepada anggota keluarga, terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Memilih siaran yang betul dapat menghindari pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai dan memastikan bahawa pengalaman tengok TV adalah positif dan bermanfaat.
Langgan Njoi Packs!
Bagi memastikan saluran yang betul untuk seisi keluarga, langganlah Pek Njoi! Dengan lebih daripada 50 saluran. Lebih bagus, anda tak perlukan sambungan Wifi di rumah untuk menonton dan dengan hanya RM1 sehari, tanpa kontrak. Sangat berbaloi dan menjimatkan. Bukan sahaja saluran ‘edutainment’ untuk anak-anak, tetapi saluran drama dan sukan untuk ibu ayah. Best kan?
Paling menarik, Njoi Packs turut menyediakan program yang menarik sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 tahun ini. Dapatkan Family Pack dengan RM1 sehari dan akses lebih 50 saluran dan juga khas “KITA (CH100)” secara komplimentari, tanpa kontrak.
Ads
Bagus Untuk Nilai Famili
Drama bersiri Dari Mata Turun Ke Hati banyak mengajar tentang hubungan cinta serta bagaimana rasa kasih dapat mengubah diri seseorang untuk menjadi lebih baik. Selain itu juga, untuk ibu ayah yang mahu anak-anak belajar tentang nilai kekeluargaan, terbaik adalah Lagenda Puteri Qaseh 2. Biarpun berkisarkan kisah lampau, tetapi pengajaran yang diterapkan dalam drama bersiri ini dapat membentuk karakter anak yang sayangkan ibu dan ayahnya.
Latih Anak Jadi Good Girl & Good Boy Dengan Didi & Friends!
Lagu best, mudah nak ikut. Didie & Friends menjadi kegemaran anak-anak kerana watak yang comel serta banyak pengajaran yang boleh dipelajari. Siri kartun ini juga dapat membentuk perwatakan anak-anak serta dapat mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik.
Ketawa & Enjoy Dengan Travelawak Bapak-Bapak & Sepahtu Reunion!
Ads
Kalau stres dan penat bekerja, apa kata tonton Travelawak Projek Bapak-Bapak atau Sepahtu Reunion? Diserikan dengan pelbagai lawak dan aksi lucu para bapa ‘senior’, bahkan lawak segar dari Sepahtu juga dapat mengurangkan rasa stres. Nak hilang stres, layan je dua rancangan sempoi ni!
Peminat sukan pula boleh menikmati aksi langsung yang mendebarkan dari Liga Malaysia serta banyak lagi.
Tak perlu buang masa, jom langgan sekarang! Untuk maklumat lanjut boleh layari SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Wany Hasrita yang kini telah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu lalu.
Menerusi Instagram, pelantun lagu Menahan Rindu itu berkongsi momen bahagia buatnya dan suami kepada seluruh peminatnya.
Wany selamat melahirkan cahaya mata perempuan tepat jam 7:14 malam secara normal meluahkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi yang dinantikan.
“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” kongsi Wany.
Malah melalui entri yang sama juga, Wany turut memuat naik sekeping gambar ketika memegang jari halus bayi comelnya. Putih dan gebu.
Wany yang kini bergelar ibu juga turut mendoakan perjalanan yang terbaik buat anak kesayangannya itu bersama suami.
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak. Membesar dengan sihat & jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulis Wany.
Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan tahniah buat Wany dan suami. Semoga anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan menceriakan kehidupan ayah dan ibunya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Sejuk hati ibu yang mengandungkan bila mana melihat anak yang rajin tulang membantu ibunya walaupun masih lagi kecil.
Perkongsian pelakon, Puteri Sarah Liyana yang memuat naik video anak sulungnya, Syaikhul Islam yang ringan tulang membantunya mencuci pinggan di dapur menarik perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Syaikhul yang baru berusia 5 tahun itu memaklumkan mahu membantu ibunya di dapur kerana amat menyayangi ibunya.
“Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh.
“Keep being you, anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua ❤️❤️❤️,” tulisnya.
Malah kata Puteri Sarah lagi, walau baru berusia lima tahun, namun anak kecilnya itu cukup matang bahkan begitu sayang dan bersifat sentiasa melindungi adik perempuannya, Sumayyah.
“Baru 5 years old tapi matang & sayang dan sentiasa protect adik,” tulisnya lagi.
Video yang dimuat naik ibu cantik manis ini menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, aksi comel Syaikhul yang begitu petah berkata-kata ditambah pula dengan ucapan manis buat ibunya buat ramai yang cair.
“Hai gais, so saya wash pinggan. Saya nak jadi rajin sebab saya selalu tolong mak saya cook dan basuh pinggan hari-hari. Sebab saya sayang mama saya. So saya tolong mama sayalah, katanya dengan begitu lancar sekali.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut ibu kepada dua cahaya mata ini terpesona dengan ungkapan manis Syaikhul buat ibunya malah memuji kerajinan anak kecil itu yang ringan tulang membantu ibunya.
Malah Syaikhul, anak sulung pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini juga langsung tidak kekok ketika mencuci pinggan dan nampak seperti sudah terbiasa melakukannya saban hari.
Syabas Syaikhul. Semoga menjadi anak baik dan sentiasa menjadi pendamping setia malah ringan tulang membantu ibunya.
Lain anak lain penangannya ketika mengandung. Kalau sebelum ini penyanyi, Siti Sarah mengidam nak makan durian, lain pula kisahnya kali ini.
Tidak hanya mengidamkan beberapa jenis makanan termasuk durian, kini kata Sarah dia suka bercantik dan berdandan di rumah.
Menerusi Instagramnya, sambil mencuba menggayakan demo tudung terbarunya, Sarah turut memaklumkan yang dia kini gemar bercantik-cantik setiap hari. Memang lain macam!
“Harini tak mengidam makan tapi mengidam nak cantik-cantik pulak.
“Haa sudah! Sapa pernah macam ni?,” tanya Sarah kepada pengikutnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu itu turut bertanyakan kepada pengikutnya samada kesukaan terbarunya itu boleh dikaitkan dengan jantina bayi dalam kandungannya.
“Rasa baby boy ke girl ni haaa?
Memilih mengenakan bawal satin square berona Gold Mustard yang menjadi kesukaannya ketika sesi demo itu, nyata persoalan Sarah itu menerima respond dari peminatnya.
Ramai teka girl
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Sarah turut meneka bayi di dalam kandungan adalah baby girl. Betul ke?
Terdahulu, Sarah dan Shuib mengumumkan kehamilan anak keempat mereka pada April lalu kepada umum. Pasangan ini sebelum ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.