Selepas anak berusia enam bulan, ibulah insan paling teruja dan gembira bila mana anak sudah mula hendak diberikan makanan pejal.
Berdebar namun cukup teruja mencuba pelbagai jenis menu untuk bayi. Anak pelakon, Fizo Omar, Wan Khaleeda yang kini sudah pun berusia lapan bulan menarik perhatian ramai bila cukup teruja ketika menghabiskan makanan yang disediakan ibunya.
Meninjau ke akaun Instagram, Fazeera Nazri iaitu isteri kesayangan pelakon, Fizo Omar memuat naik videonya sedang menyediakan makanan untuk anak sulung mereka, Wan Khaleeda.
Menurut isteri kesayangan Fizo itu, pada usianya lapan bulan ini, Khaleeda sudah diberikan makanan berasaskan ikan, ayam, dan udang disertakan dengan sumber serat. Tak lupa juga buah-buahan supaya cukup khasiatnya.
“Sediakan hidangan untuk baby 8 bulan saya! Perkenalkan dia dengan protein, serat, sedikit rasa yang sedap untuk dia dapat nutrisi yang lengkap.
“Tak lupa juga protein seperti ayam, ikan, udang dan putar hidangan setiap minggu.
“Saya paling gembira tengok dia hargai setiap makanan sebab saya mahu dia rasa makanan sebenar sebelum dia toddler,” ceritanya.
Bahkan kata Fazeera lagi, dia juga turut mempelbagaikan dengan selingan waktu utama dengan snek seperti buah-buahan, makanan jejari dan biskut lembut.
“Saya juga tak lupa masa untuk snek seperti buah-buahan, makanan jari seperti biskut lembut dan sebagainya,” kongsinya lagi.
Apa yang menarik perhatian ramai pastinya wajah teruja Khaleeda yang makan cukup berselera sampai habis licin.
Bukan main gembira dia bila perut kenyang. Apa lagi menikmati bubur yang disiapkan ibunya.
Semoga Khaleeda terus sihat membesar dengan ceria malah menjadi pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma