Sebuah kenyataan media telah dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menyeru agar rakyat Malaysia beragama Islam untuk mendirikan solat hajat khusus untuk menolak wabak COVID-19 yang sedang menular hari ini.

Seruan Solat Hajat Kepada Umat Islam Malaysia. Sama-Sama Berdoa Agar Segera Reda Ujian Ini

Kenyataan ini yang telah dikeluarkan pada tarikh 24 Mac 2020 dengan meminta umat Islam melaksanakannya di rumah atau tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Seruan Solat Hajat Kepada Umat Islam Malaysia. Sama-Sama Berdoa Agar Segera Reda Ujian Ini

IKLAN

Menurut kenyataan ini lagi, solat hajat tersebut boleh didirikan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu yang diharamkan iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali untuk mereka yang berada di Tanah Haram).

Selain itu, waktu lain yang diharamkan untuk menjalankan solat hajat selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata, kira-kira 3 darjah atau ketika matahari tegak atas kepala kecuali pada hari Jumaat.

IKLAN

Solat hajat juga diharamkan selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram) atau ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram).

YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga menyeru agar umat Islam untuk memperbanyakkan beristigfar, bertaubat, mengamalkan zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-Nya.

IKLAN

Melalui Wikipedia, dinyatakan cara solat hajat yang paling ringkas:

Niat Solat Hajat

“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara Melakukan Solat Hajat

1. Mulakan dengan niat solat hajat.
2. Rakaat pertama – Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
3. Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
4. Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN” sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diinginkan (masih dalam keadaan sujud).
5. Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dalam tahiyat akhir dan memberi salam.
6. Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI