Serunding halia memang makanan yang selalu diambil ibu-ibu dalam pantang dari zaman dahulu kala. Kini masih ada lagi ibu-ibu yang memakannya ketika berpantang dan disuaikan dengan pemakanan seimbang yang lain. Serunding halia tradisi ini walau pun nampak ringkas tapi memang membuka selera!
Bagi ibu-ibu yang bakal berpantang dan sering tidak berselera, anda bolehlah mencuba serunding ini. Puan Faizah Md Zain telah berkongsi resipi serunding halia yang digunakan untuk perniagaannya. Berikut ialah perkongsian beliau,
Ni saya kongsi resepi serunding halia cara saya sekali lagi….ni mmg 100% resepi saya guna utk bisnes saya….. Moga bermanfaat pada semua ye..
RESIPI SERUNDING HALIA
Bahan-bahan
- 1 kg halia -dikupas n disagat
- RM10 ikan bilis-digoreng dan dikisar kering
- 5 batang serai-dimayang halus
- 5 labu bawang putih-dimayang halus
- Garam (secukup rasa)
- Minyak secukupnya
Cara membuatnya
- Panaskan minyak dan gorengkan halia yang dah disagat halus tadi. Api slow dan biarkan garing kekuning-kuningan. Angkat dan toskn
- Gorengkan bawang putih dan serai (sampai garing) angkat dan toskan
- Gaul rata halia dan bawang putih serai yang siap digoreng tadi. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam.
- Masukkan dalam bekas bertutup. Siap
Sumber: Puan Faizah Md Zain
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI