Semua tahu tentang kesedapan serunding daging yang biasanya dimakan bersama ketupat dan lemang serta boleh didapati pada musim hari raya dan majlis-majlis tertentu.
Mungkin ramai lagi yang belum tahu tentang serunding halia yang sangat sedap dan lazat, malah katanya boleh dimakan begitu sahaja.
Resepi serunding halia ini menjadi tular di media sosial facebook kerana keunikan rasanya yang tersendiri dan dikongsikan oleh Puan Bibiyana Layola.
Ramai yang memuji kesedapannya dan ada yang berkata serunding yang viral ini lebih sedap sekiranya di makan bersama nasi.
Bagi ibu berpantang serunding ini boleh menjadi pembuka selera ketika makan bersama nasi dan dapat membuang angina dalam badan.
Resepi Serunding Halia
BAHAN – BAHAN
Halia (diparut menggunakan pemarut)
Minyak masak (secukupnya)
Ikan Bilis ( secukupnya)
Garam atau perasa jika perlu
CARA – CARA MEMBUATNYA
Bersihkan halia terlebih dahulu dan buangkan kulitnya. Kemudian parut halia tersebut menggunakan pemarut buah-buahan yang ada ataupun tumbuk dengan lesung batu sehingga lumat. Letakkan dalam pinggan yang berasingan.
Ikan bilis jika ianya bersaiz besar belahkan bahagian badannya menjadi dua. Buang isi perut ikan bilis tersebut dan basuh.Tumbuk ikan bilis dengan lesung batu.Letakkan di pinggan yang berasingan juga.
Panaskan minyak masak, masukkan halia yang telah diparut. Goreng sehingga ranggup. Kemudian angkatkan halia yang telah digoreng tadi dan letakkan di atas pinggan yang dilapik menggunakan tisu untuk membuang sedikit minyak yang ada pada halia goreng tersebut.
Kemudian gorengkan ikan bilis sehingga garing. Angkat ikan bilis tersebut dan gaulkan bersama halia yang telah digoreng tadi. Letakkan sedikit ajinomoto dan garam secukup rasa.
Anda boleh hidangkan serunding untuk hidangan atau simpan ke dalam bekas untuk kegunaan pada masa yang akan datang.
Pesanan
Serunding halia boleh bertahan lama dan sangat baik untuk kesihatan bagi menghilangkan angin dalam badan dan serta dikatakan mampu melancarkan peredaran darah.
Sumber: Koleksi Viral via Bibiana Layola