Ibu berpantang haruslah menjaga pemakanan dengan sangat baik supaya tubuh badan dapat pulih seperti sedia kala. Banyak makanan berkhasiat yang boleh diamalkan semasa penjagaan dalam pantang. Ramai yang tidak tahu mengenai khasiat halia yang memberi kebaikan kepada tubuh badan ibu berpantang.
Ramai beranggapan bahawa halia digunakan dalam masakan hanya untuk menambah rasa sedap sahaja. Tapi sebenarnya, halia mempunyai kebaikan untuk tubuh badan. Halia merupakan ubatan terbaik untuk ibu yang baru melahirkan. Pengambilan halia dapat mengurangkan gejala jangka panjang seperti pening, sakit kepala, sakit pinggang, dan masalah perut.
Pengambilan halia dapat membantu mengurangkan angin dalam badan ibu yang baru melahirkan. Enzim dalam halia dapat memecahkan dan mengeluarkan gas yang terjadi dalam saluran usus semasa penghadaman. Secara tidak langsung ia memberikan kelegaan buat si ibu daripada sebarang ketidakselesaan.
Halia bukan sahaja mampu menghilangkan masalah angin tetapi ia juga berfungsi untuk memanaskan badan. Ini kerana kita sedia maklum, ibu berpantang akan kerap mengalami kesejukan badan. Jom lihat resepi serunding halia ikan bilis yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Asmida Nor di Kumpulan Facebook Resepi Ibu Berpantang.
RESEPI SERUNDING HALIA IKAN BILIS
Serunding halia ikan bilis by Asmida Nor
Bahan- bahan:
– Semangkuk ikan bilis
– Halia (ikut suka banyak mana)
Cara- cara:
1. Kikis kulis halia, saya guna sudu je.
2. Parutkan halia.
3. Perah halia sehingga keluar airnya. Ambil hampasnya sahaja. (kalau taknak tangan panas, boleh guna plastik atau sarung tangan sebab lepas perah halia tangan akan rasa panas, hehe)
4. Panaskan minyak. Pastu goreng hampas halia gunakan api sederhana.
5. Toskan halia sampai keluar minyak atau Alaskan pinggan gunakan tisu untuk serap minyak dia.
6. Gorengkan ikan bilis.
7. Lepas siap goreng semua taburkan sedikit garamdan masukkan sedikit lada hitam yang ditumbuk halus.
8. Dah siap. Makan dengan nasi panas. Masuk perut, perut pun panas.
*boleh rujuk gambar.
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap!
Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Hanya gunakan dua bahan sahaja boleh dapat makanan yang sihat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.