Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. Cuma angkat bibir dan tengok pada permukaan gigi.
Gigi yang bersih warna macam putih susu. Tanda awal gigi rosak ialah adanya TOMPOKAN PUTIH/KUNING pada permukaan gigi berdekatan dengan gusi. Jika ada, jangan abaikan. Bawalah anak-anak anda berjumpa doktor gigi.
Mengenal pasti tanda awal gigi berlubang boleh mencegah gigi daripada menjadi lubang yang lebih besar dan teruk.
Kena Risau Bila Nampak Tompok Putih Di Gigi Anak
Lagi satu soalan yang biasa ibu bapa tanya gigi susu anak saya ada tompok putih. Perlu ke saya risau?
Ads
Perlu.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida.
Kebanyakan ibu bapa faham gigi berlubang bila warnanya coklat atau kuning atau hitam. Tapi tak ramai sedar tompokan putih itu tanda-tanda awal bermulanya gigi rosak.
Ads
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Berbeza dengan warna tompokan putih itu.
Di peringkat Kementerian Kesihatan, semua misi dan doktor gigi perlu menjalani latihan untuk mengesan tompok-tompok putih ini. Kita mahu mencegah dari awal supaya tompok putih ini tidak merebak menjadi karies. Sapuan flourida akan disapu pada gigi-gigi yang berkenaan.
Ads
Kalau tompok putih ini dibiarkan, lama kelamaan akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Oleh itu pentingnya untuk bawa anak-anak periksa gigi bermula gigi susu pertama tumbuh, dan diikuti setiap 6 bulan. Penting juga untuk ibu bapa sentiasa membantu anak-anak membersihkan gigi mereka setiap hari.
Mimpi ngeri buat seorang ibu yang menyusu badan adalah apabila si kecil sudah mula tumbuh gigi. Dalam fasa ini, bayi cenderung untuk mengalami gatal gusi dan gemar ‘mengasah’ giginya. Salah satu caranya dengan menggigit puting payudara ibu.
Apakah cara yang boleh dibuat sekiranya masalah ini berlaku? Sakit memang sakit, tapi ibu harus bertenang dan lakukan beberapa perkara ini untuk memujuk byi supaya ‘melepaskan’ puting payudara anda.
Ikuti perkongsian dari Kanselor Laktasi, Syafawati Noorhafizah, tentang cara terbaik untuk melakukannya.
Bayi Suka Menggigit! Apa Nak Buat?
1. Jangan menjerit
Apabila ibu menjerit saat digigit, bayi menyangkakan bahawa ibunya seronok seolah-olah sedang bermain. Jadi bayi tidak merasakan perbuatan itu adalah salah malah menyeronokkan.
Di situasi lain pula, apabila ibu menjerit bayi akan merasa terkejut seperti telah dimarahi oleh ibunya. Ini boleh membuatkan bayi merajuk dan trauma untuk menyusu lagi. Jadi, sekiranya digigit perkara pertama ibu perlu ingat adalah supaya jangan menjerit.
Melalui penyusuan susu ibu, bonding antara ibu dan bayi sangat kuat. Gunakan kelebihan ini untuk slow talk dengan bayi. Beritahu mereka kenapa tidak boleh menggigit. Gunakan emosi ibu kerana ia boleh sampai kepada bayi juga. Pandang ke mata bayi dan luahkan apa yang ibu rasa.
Seperti contoh; kesian mummy sakit kena gigit, tak sayang mummy ye? Kalau mummy sakit nanti macam mana nak menyusukan baby?
3. Picit hidung
Sejurus bayi menggigit, ibu terus picit hidung bayi. Apabila ibu berbuat demikian, bayi tidak dapat bernafas melalui hidungnya dan secara automatik bayi akan melepaskan gigitan di dalam mulut untuk bernafas.
4. Alihkan perhatian
Selalunya ibu sudah boleh mengagak tanda-tanda bayi hendak mengigit. Jadi ibu boleh cuba alihkan perhatian bayi pada masa itu.
Contohnya; ibu bermain dengan membelai2 tangan bayi, ibu bercerita pada bayi.
5. Demo rasa sakit
Ibu juga boleh demo pada bayi bagaimana rasa sakit akibat digigit supaya bayi juga faham kenapa tidak boleh menggigit.
Jalan terakhir jika bayi masih menggigit, hentikan sesi penyusuan. Ibu boleh gunakan jari kelingking untuk keluarkan nipple dari mulut bayi. Dan seterusnya memulakan semula proses penyusuan sekali lagi.
Selain tip yang diberikan seperti di atas, ada beberapa cara lain yang mungkin membantu para ibu berdepan dengan tabiat anak suka menggigit sewaktu menyusu. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda pratikkan:
1. KETAHUI PUNCA
Kenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan bayi suka menggigit. Salah satu kemungkinan yang boleh diandaikan ialah bayi berasa kecewa kesan daripada gagal memperoleh susu seperti yang diingininya. Sekiranya itu adalah puncanya, anda perlu merangsang payudara agar aliran susu adalah lancar bagi memenuhi keperluan bayi.
Dalam usaha melancarkan aliran susu, apa yang boleh anda lakukan ialah menuam payudara menggunakan tuala yang telah direndam ke dalam air suam terlebih dahulu. Pada masa yang sama lakukan urutan khas payudara.
2. BERALIH PAYUDARA
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan mengalihkan bayi daripada payu
dara yang sedang digigitnya kepada payu dara yang lainnya. Lakukannya secara perlahan-lahan agar ia tidak mendatangkan kecederaan kepada puting.
Dalam keadaan tertentu, anda juga boleh membiarkan bayi buat seketika sebelum menyambung semula sesi penyusuan. Dengan cara sebegini, diharap bayi akan bertolak ansur dan memahami bahawa jika dia menggigit anda, balasannya dia tidak dapat meneruskan penyusuan.
3. SELESAKAN POSISI
Sepanjang sesi penyusuan berlangsung, adalah sangat penting untuk anda memastikan posisi penyusuan yang anda gunakan benar-benar memberikan keselesaan kepada
bayi dan diri anda juga.
Jika anda mendapati bayi kelihatan tidak selesa dengan posisi yang diguna pakai, segera ubah posisi lain agar ia tidak sesekali mengganggu proses penyusuan yang sedang
Berlangsung.
4. LERAIKAN DENGAN JARI
Apabila anda seakan-akan mahu menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulutnya bagi membolehkan anda meleraikan mulutnya daripada payu dara. Namun, anda diingatkan agar tidak meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari kelingking terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri daripada mencederakan puting yang sekaligus mengurangkan rasa sakit akibat puting yang melecet.
5. GIGIT SESUATU
Berikan bayi alat-alat lain untuk dia gigit. Contoh terbaik ialah teether. Paling tidak pun tuala kecil yang telah disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk beku. Alat-alat seperti ini amat berguna kerana ia boleh digunakan untuk memenuhi keinginan bayi menggigit.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan berat badannya kini sudah pun turun sehingga 8 kilogram (kg) selepas 15 hari berpantang.
Sarimah berkata, dia bersyukur kerana tubuhnya kini semakin sihat setelah menjalani proses berpantang dengan bertungku, berurut dan sauna.
Sarimah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dan memuat naik foto terbaharunya.
Sementara itu, Sarimah memberitahu dia kini masih menyusukan anaknya dan akan kembali bersenam selepas berpantang.
“Masih menyusu badan, ada masa susah untuk memenuhi keperluan Sofia, so kena express banyak-banyak. Jadi perasaannya gembira, menangis, gembira, menangis (normal, hormon lah tu)
“Perut saya dah flat dan lembut. Selepas berpantang akan terus workout like crazy” katanya lagi.
Rata-rata turut memuji Sarimah kerana agak cepat menurunkan berat badannya selepas melahirkan puteri sulungnya pada 17 Julai lalu.
Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat.Baginda berdua mendoakan agar...