Menu western untuk bayi pun boleh tambah selera makan anak. Sesekali apa salahnya ibu tukar menu masakan western pula untuk bayi anda yang dah berumur setahun ke atas.

Mungkin kalau bagi makan bubur nasi je, si comel pun mula rasa jemu dan tak berapa selera. Mana tahu bila ibu tukar menu masakan western, berselera pula dia makan.

Resipi masakan western air tangan Puan Nurul Syahidah Ramli yang nampak menarik ni mesti dicuba. Macam ni ibu dan ayah pun tumpang semangkuk lah makan.

Menu breakfast:

Sweet French Toast with Grilled Banana

Sesekali Tukar Menu Masakan Western Untuk Bayi Setahun Ke Atas Seperti Resipi Ibu Ini

Bahan-bahan:
Wholemeal bread – 2 keping
1biji telur
Susu fresh milk (nak naikkan berat, cari full fat)
1 biji kurma – jadikan puree
Cinnamon powder – optional
Unsalted butter
1 biji pisang – belah dua

Cara-cara:
1. Panaskan butter ke dalam kuali leper.
2. Pukul telur, susu, puree kurma, dan cinnamon powder sampai sebati.
3. Celupkan roti sehingga rata.
4. Grill sehingga kedua-dua bahagian roti masak sepenuhnya.
5. Grill pisang sehingga ‘caramelized’. Angkat dan letak di atas roti tadi.

Date Bread Pudding

IKLAN

Sesekali Tukar Menu Masakan Western Untuk Bayi Setahun Ke Atas Seperti Resipi Ibu Ini

Bahan-bahan:
Wholemeal bread – 2 keping
1biji telur
Susu fresh milk (nak naikkan berat, cari full cream)
1 biji kurma – potong halus
Cinnamon powder – optional
1 sudu unbleached flour
Figs – potong halus. optional

Cara-cara:
1. Pukul telur, susu, kurma, unbleached flour dan cinnamon powder sampai sebati.
2. Carikkan roti dan masukkan adunan di atas ke dalam acuan bersama roti.
3. Tabur hirisan figs/kurma di atas adunan.
3. Kukus/bakar selama 20minit atau sehingga masak

Creamy Mushroom Soup with Cruotons

Sesekali Tukar Menu Masakan Western Untuk Bayi Setahun Ke Atas Seperti Resipi Ibu Ini

IKLAN

Bahan-bahan:
Bawang putih, bawang holland – cincang halus 
Cendawan shiitake – cincang
1tsp tepung jagung/unbleached flour
Unsalted butter
Fresh milk – full cream untuk naikkan berat anak
Cream cheese -optional

Cara-cara:
1. Tumis bawang sehingga naik bau dengan butter.
2. Masukkan cendawan dan tepung jagung.
3. Masukkan fresh milk. Tambah air sedikit. Kacau rata.
4. Masukkan cream cheese.
5. Tambah mixherb/oregano jika suka.

Homemade Cruotons
Potong kecil roti gardenia atau roti sourdough.
Panaskan kuali dgn ½ sudu kecil minyak zaitun dan goreng roti sampai nampak agak crunchy. Minyak zaitun jangan banyak sangat tau.

Menu lunch/dinner:

Pasta Bolognese

IKLAN

Sesekali Tukar Menu Masakan Western Untuk Bayi Setahun Ke Atas Seperti Resipi Ibu Ini

Bahan-bahan:
Fusilli pasta dari Eatalian Express
Bawang putih, bawang merah – cincang halus
Cendawan shiitake – potong nipis (10m++)
Tomato paste
Ayam -cincang
Oregano

Cara-cara:
Rebus pasta dgn unsalted butter selama 3minit. (Atau boleh gunakan thermos. Masukkan air dan pasta. Biarkan 10 minit)
1. Tumis bawang sampai naik bau.
2. Masukkan cendawan dan ayam. Masukkan air sedikit.
3. Masukkan tomato paste dan tabur oregano. Biarkan masak. Siap!

Creamy Carbonara Pasta

Sesekali Tukar Menu Masakan Western Untuk Bayi Setahun Ke Atas Seperti Resipi Ibu IniBahan-bahan:
Fusilli pasta dari Eatalian Express
Bawang putih, bawang merah – cincang halus
Cendawan shiitake – potong nipis (10m++)
Susu full milk (1tahun ke atas)
Cheese (ummi guna cream cheese)
Oregano (optional)

Cara-cara:
Rebus pasta dgn unsalted butter selama 3 minit. (Atau boleh gunakan thermos. Masukkan air dan pasta. Biarkan 10minit)
1. Tumis bawang sampai naik bau.
2. Masukkan cendawan. Masukkan air sedikit.
3. Masukkan susu, cheese, dan tabur oregano. Biarkan menggelegak dan masukkan pasta. Siap!

Nota: boleh omit mana-mana ingredient untuk sesuaikan dengan umur anak.
Susu full milk -> susu ibu/formula milk
Cendawan -> ayam
Pasta ni dah lembut senang suap anak. Tapi kalau anak still makan texture halus, blend ya.

Sumber: Nurul Syahidah Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI