Kebiasaanya pasangan selebriti jarang-jarang memiliki cahaya mata yang ramai. Namun bagi usahawan, Neelofa dan suaminya, PU Haris, keduanya mahu segera menambah zuriat malah mahukan anak yang ramai.
Semua itu dikongsikan oleh Haris menerusi satu video perkongsiannya. Bahkan kata Haris, hal itu diutarakan oleh Neelofa sendiri yang tidak kisah punya anak ramai.
PU Riz berkata isterinya mahukan anak ramai seperti dalam pasukan bola. Namun dia menyerahkan soal rezeki cahaya mata itu kepada Allah.
“Seingat saya, dia (isteri) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya,” katanya.
Ads
Bahkan Neelofa turut memberikan respon mengenai pendedahan suaminya bahawa dia tidak kisah mempunyai cahaya mata ramai selagi berkemampuan.
“Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
“Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai,” katanya.
Ads
Akui Neelofa lagi, apa yang paling penting sebagai ibu bapa juga harus punya kemampuan untuk membesarkan anak-anak dengan baik selain saham akhirat untuk ibubapa.
“Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti,” katanya.
Biarpun hari kemerdekaan adalah semalam, Pa&Ma ingin berkongsi sebuah kisah gembira seorang nenek yang teruja berkongsi tarikh lahir yang sama dengan cucu baharunya. Seorang nenek di Kuantan, Pahang melahirkan rasa syukurnya apabila cucu baharunya yang lahir pada tarikh kemerdekaan sama har jadi dengannya.
Menurut Jamaliah Baharom, 67, sememangnya dia berhasrat untuk memiliki sekurang-kurangnya seorang cucu yang lahir pada tarikh yang sama sepertinya. Selepas mempunyai 14 orang cucu, akhirnya hasrat nenek ini tercapai.Cucunya ini merupakan anak kelima anaknya, Rahim Awang, 36, dan isterinya Habshah Jelani, 32, apabila menyambut kelahiran anak kelima mereka.
Selain kisah gembira ini, seorang lagi ibu lain yang turut melahirkan anak pada tarikh yang sama berkongsi cerita melahirkan anak seberat 4.4kg! Menurut Nor Hasliza Md Saman, 37, dia sudah menjangka kelahiran anaknya ini kerana ketiga-tiga anaknya sebelum ini juga dilahirkan tepat pada tarikh anggaran bersalinnya. Cuma sebelum ini, tidak pernah pula anak-anaknya seberat ini.
KUANTAN – Seorang nenek tidak menyangka akan berkongsi tarikh keramat 31 Ogos dan menyambut hari lahir bersama cucunya yang baru sahaja dilahirkan hari ini.Jamaliah Baharom, 67, berkata, sudah menjadi hasratnya sebelum ini yang mahukan sekurang-kurangnya seorang cucu memiliki tarikh lahir sama sepertinya iaitu pada Hari Kebangsaan.
“Tok memang tunggu untuk dapat cucu yang punya sama tarikh lahir dengan tok. Alhamdulillah, akhirnya selepas 14 cucu tok ada, dapat juga tok cucu sama tarikh dengan tok.
“Tok terharu dan bersyukur kepada ALLAH. Kalau umur panjang dapatlah tok sambut hari jadi sama-sama dengan cucu setiap tahun,” katanya kepada media selepas dihubungi di sini hari ini.
Kegembiraan itu turut dikongsi oleh anak Jamaliah, Rahim Awang, 36 dan isterinya, Habshah Jelani, 32, apabila menerima kehadiran anak kelima mereka yang lahir hari ini.
“Saya dan suami gembira bila anak kelima kami ini dilahirkan pada tarikh sambutan kemerdekaan dan perkara ini kami tak jangka langsung.
“Saya sepatutnya melahirkan seminggu lebih awal lalu namun perancangan ALLAH mengatasi segala-galanya apabila dia dilahirkan 6.15 pagi tadi dengan berat 2.95kg,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Hasliza Md Saman, 37, berkata, dia bersyukur kerana melahirkan bayi lelaki yang mencapai berat sehingga 4.4 kg.
“Ini kali pertama saya lahirkan anak yang berat sampai 4.4 kilogram, sebelum ini empat orang anak yang lain pun tak capai berat macam ni.
“Saya dah jangka anak saya sememangnya akan lahir pada hari ini. Sebab keempat-empat anak saya sebelum ini lahir mengikut tarikh yang ditetapkan, tak kurang dan tak lebih, tepat pada masanya,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sini hari ini.
Sementara itu, bagi Siti Zaimah Muhammad Sabri @ Fauzi, 30, yang menetap di Felda Bukit Goh berkata, dia bercadang untuk memberikan nama Hussein sempena Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Hussein Onn.
“Nama Hussein ini saya minat nak letak sebab selain namanya yang klasik, ia juga merupakan nama tokoh kita yang merupakan Perdana Menteri ketiga Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 22 bayi merdeka dilahirkan di HTAA sehingga jam 1.05 petang hari ini dengan jumlah bayi perempuan seramai 12 orang dan 10 orang bayi lelaki dengan bayi pertama dilahirkan ialah bayi lelaki pada 12.19 pagi.
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada semua ibu bapa yang mendapat bayi semalam dan semoga setiap bayi tersebut membesar dengan sihat. Buat ibu yang baharu bersalin, selamat berpantang. Tahniah, semua!
Bagai hilang separuh nyawa apabila melihat keadaan anak yang tidak sedarkan diri akibat jangkitan Pneumonia yang secara tiba-tiba datang menyerang. Begitulah kisah yang dikongsi oleh ibu ini. Penyakit Pneumonia antara penyakit yang boleh membawa maut.
Sempat menitipkan pesanan, ibu ini berharap ramai yang ‘aware’ dengan kesihatan anak-anak terutama anak yang masih kecil. Ikuti perkongsian ini.
info:
Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas. Pneumonia boleh didiagnos melalui kaedah x-ray dan pemeriksaan kahak.
PLEASE SHARE & TAKE NOTE IBU AYAH AUNTY UNCLE SEKALIAN
Pneumonia in children is common
Yes, itulah yang berlaku kepada kami sebagai parent yang dah ada pengalaman anak sulong sendiri pernah kene pneumonia ni tapi amat berbeza bila berlaku kepada Qaid
Separuh mati! Itulah yang berlaku! Qaid separuh mati🥲Jantung berhenti buat seketika
Pendekkan cerita, sedikit pesanan buat semua parents:
1) Kalau nampak anak dah mula flu, perlu segera monitor dengan pergi klinik atau hosp terus lagi bagus
2) Once dah dapat detect anak ada flu/cough jangan ambil risiko bawak anak keluar
3) Kalau ada perubahan dari segi pernafasan walaupun tengah malam atau pagi buta sekalipun kene terus pergi hosp
4) Kalau suami takde masa tu, kene bertindak cepat jugak cari jalan untuk drive or call grab
5) Kalau dalam family ada yang tengah tak sihat, elakkan duduk dekat dekat
6) Takperlu tunggu temperature baby berubah jadi panas baru nak pergi jumpa doktor, walau dah nampak tanda lain macam flu or cough dah boleh terus pergi hosp / klinik
7) Trust your instinct. Kalau rasa anak memang tak ok, tak perlu fikir pasal benda lain, tinggalkan seketika
8) Priority
9) Belajar untuk tenangkan diri walau besar manapun musibah berlaku
10) Banyakkan bersyukur
Serious ke pneumonia ni?
Ya! Sangat serious hingga boleh bawa maut! So parents please be alert untuk semua perubahan yang berlaku ke atas anak
Doktor and nurse cakap, nasib baik mommy rescue to hospital cepat. Lambat 3-10mins boleh bawak maut or coma🥲 (according to my doctor)
Overall, Syukur Alhamdulillah, Allah Yang Maha Menghendaki, detikan rasa untuk mommy bertindak dan kebesaran dari Allah swt yang masih bagi peluang untuk mommy abi jaga Qaid dan Qaid jaga mommy abi sampai kami pergi ya😍
Thank you Alllah, kepadaMu kami panjatkan rasa syukur dan terima kasih buat semua. Semoga segala kebaikan mengalir kepada kalian semua😘❤️
Rata-rata berkongsi pengalaman anak dijangkiti Pneumonia. Malah ada yang sudah kehilangan anak-anak mereka disebabkan penyakit ini.
Rawatan bergantung kepada penyebab pneumonia ; pneumonia disebabkan oleh bakteria dirawat dengan antibiotik. Pneumonia boleh terjadi di semua golongan umur dan ia adalah salah satu penyebab utama kematian di golongan pesakit kronik. Terdapat vaksin untuk pneumonia yang disebabkan oleh pneumococcus. Prognosis pneumonia bergantung kepada jenis, rawatan, komplikasi dan keadaan ko-morbid seseorang.
Semoga kita semua sentiasa ‘alert’ dengan tahap kesihatan anak-anak.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti, Sasha Mohd Saidin, 41, sanggup menyimpan darah tali pusat anaknya, Adam Aryasenna Notosoemarsono, 7, sebaik dilahirkan demi kepentingan kesihatan anaknya itu di masa depan.
Sasha berkata, walaupun tindakannya itu dianggap pelik oleh rakan dan kenalan, dia yakin usaha itu memberi banyak manfaat di masa depan untuk Adam.
“Adam mungkin tidak memerlukan darah tali pusat berkenaan, tapi pada masa depan ia sangat berguna untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
“Sekarang, sudah banyak kajian menunjukkan manfaat darah sel stem yang diambil dari tali pusat untuk menyembuhkan penyakit seperti barah darah.
“Tidak mustahil banyak lagi kajian akan dijalankan yang mana boleh menjadi penawar penyakit lain,” katanya.
Sasha berkata demikian pada Forum Perdana berkaitan sel stem di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini.
Beliau mengakui banyak membuat kajian mengenai kebaikan sel stem dalam merawat pelbagai penyakit.
Beliau juga mendapat galakan, terutama daripada ibunya yang gemar menggunakan bahan semula jadi atau organik untuk merawat penyakit ringan seperti batuk.
Dalam pada itu juga, perkongsian daripada Sasha Saidin mendapat pujian daripada Imam Muda Asyraff yang juga merupakan salah seorang daripada ahli panel semasa forum tersebut.
“Respect Sasha. Perkongsian yang baik dan berani. Tak semua orang mampu buat.”
Sumber: mediaserious.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!