Kemahiran berbahasa lebih daripada satu bahasa sememangnya cukup baik untuk anak-anak kita. Malah anak-anak yang mampu menguasai pelbagai bahasa ketika awal usia dapat mengasah kemahiran dan perkembangan otak anak itu sendiri.
Tercari-cari pusat pembelajaran bahasa Inggeris yang terbaik untuk anak, NovaKid menjanjikan sesi pembelajaran yang pastinya memuaskan hati malah menampakkan perkembangan yang baik untuk anak-anak kita.
Tidak hairanlah bila mana NovaKid turut dipilih sebagai Kelas Online Bahasa Inggeris Pilihan Pa&Ma di Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 kali ini.
Tumpuan Kepada Ciri-Ciri Pendidikan & Psikologi
NovaKid menawarkan format pembelajaran yang berkesan untuk mendorong anak supaya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik. Program ini dicipta oleh pakar bahasa Inggeris yang berpengalaman dan memberi tumpuan kepada ciri-ciri pendidikan dan psikologi bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun.
Konsep pembelajarannya adalah melalui kelas online dalam bentuk permainan yang begitu menyeronokkan dengan pelbagai bahan interaktif yang membuatkan anak turut kekal ketika mengikuti kelas online.
Guru Berpengalaman Luas!
Ads
Paling menarik, sesi pembelajaran bersama Novakid ini dilaksanakan dengan guru luar negara yang sudah semestinya berpengalaman luas malah program yang diperkenalkan oleh Novakid ini mengikut Standard Pendidikan Eropah yang dirangka berdasarkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).
Bukan itu sahaja bahkan setiap guru yang berdaftar di NovaKid adalah pakar ESL yang bertauliah dengan pengalaman mengajar dalam talian.
Di NovaKid, prinsipnya adalah memulakan secara mudah dan beransur-ansur menjadikan program ini lebih sukar. Pada masa yang sama, mengawal seluruh proses pendidikan dan mengemas kini serta menambah baik bahan pembelajaran secara berterusan.
Bagi yang ingin mendapatkan khidmat pembelajaran kelas online Bahasa Inggeris anak secara peribadi, Novakid menyediakan sesi pembelajaran khusus yang lebih berkesan dan tersusun.
Ads
Pembelajaran Peribadi Yang Lebih Berkesan
Malah anak kecil anda diberikan lebih perhatian dari pelbagai aspek dan perkembangan anak itu sendiri. Setiap modul akan diberikan oleh tenaga pengajar mengikut kesesuaian bahan pembelajaran berdasarkan perkembangan murid itu sendiri. Segala kelemahan dikenal pasti da diperbaiki sehingga pelajar menampakkan keberkesanannya.
Bukan hanya tidak membosankan bahkan pelajar melalui sesi pembelajaran yang begitu menyeronokkan.
Sesi Pembelajaran Menarik Dan Pelbagai
Bagi mengelakkan rasa kebosanan dan tahap pemfokusan pelajar, Novakid sentiasa mempelbagaikan sesi pembelajaran dua hala secara interaktif. Malah konsep belajar dan bermain dengan bantuan pelbagai alatan mengajar digunakan sebaik mungkin bagi menarik perhatian anak-anak ketika belajar.
Ads
Bukan itu sahaja bahkan sepanjang kelas berlangsung, pelajar pastinya merasa tidak bosan dengan komunikasi malah sentiasa menggalakkan komunikasi dengan baik bersama guru.
Bagi yang ingin mencuba pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik untuk membolehkan anak menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik, layari:
NovaKid merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Kelas Online Bahasa Inggeris Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim. Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.
Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.
Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila berkunjung ke mana-mana majlis, pemberian cenderahati dari tuan rumah membuatkan hati kita bertambah senang. Selain dapat menikmati hidangan yang enak, ada pula cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang kenangan.
Memilih cenderahati untuk pelbagai majlis bukanlah satu hal yang mudah. Selain mengutamakan kos sebagai pilihan utama, cenderahati juga perlu kena dengan tema majlis.
Bukan hanya majlis rasmi bahkan untuk majlis hari jadi anak-anak atau majlis keraian di sekolah, cenderahati untuk kawan-kawan tetap jadi keutamaan mak ayah untuk anak-anak.
Apa biasanya pilihan door gift comel untuk anak-anak? Jangan dilupakan pula untuk tetamu lain yang turut sama diraikan.
Dalam kita meneliti beberapa jenis doorgift atau cenderahati kesukaan, beberapa perkara perlu kita dahulukan. Paling penting perlu ada tip-tip yang diberikan ini.
Pilih doorgift yang berguna
Berbanding memberikan gula-gula atau manisan buat anak, memilih untuk memberikan peralatan atau kesukaan anak yang boleh digunakan semula dirasakan lebih praktikal untuk anak dan juga tetamu.
Cenderahati ini bukan saja dapat digunakan semula dan paling penting tidak membazir.
Jika untuk dewasa, pilih doorgift berbentuk sejadah kecil untuk majlis perkahwinan atau juga bekas wang saku kecil untuk si comel. Memang berguna!
Ada nilai sentimental
Mahu terus diingati, pilihlah cenderahati yang lain dari yang lain seperti pokok segar untuk dibawa pulang untuk majlis ringkas anda.
Bukan sahaja jadi kegemaran kita orang dewasa bahkan doorgift sebegini tanpa sedar kita mendidik anak kecil untuk cintakan alam dan tumbuhan disamping mengisi masa lapang mereka dengan menanam pokok. Memang ‘rare’ dan lain dari yang lain.
Utamakan kos tapi berguna
Kos atau harga doorgift yang dipilih sememangnya memainkan peranan penting. Buat kiraan lebih awal dan pilihlah mengikut kesesuaian. Tidak perlu berlebih-lebihan dalam setiap satu unitnya asalkan ia boleh digunakan semula. Jimat dan tak membazir.
Tetapkan anggaran tertentu supaya tidak terlebih bajet dan pastikan doofgift berkualiti tapi rendah kosnya jadi pilihan. Anda perlu bijak!
Pilih doorgift lengkap serba serbi
Jika anda pengguna yang bijak dan teliti dalam perancangannya, pilihlah doorgift yang serba serbi lengkap dari pelbagai segi.
Pilihlah cenderahati tetamu yang cantik, jimat, berkualiti tinggi malah boleh terus digunakan sebagai majlis selesai. Perlu bijak menilai dan membuat perbandingan harga.
Namun memilih Kazokudoorgift sebagai jenama untuk menyediakan doorgift anda dirasakan paling wajar. Mana tidaknya, di sini tersedia segala kelengkapan dan pilihan doorgift pelbagai bentuk dan rupa untuk sebarang majlis.
Bukan sahaja majlis perkahwinan, bahkan majlis-majlis lain seperti hari jadi, majlis persaraan atau sebarang bentuk keraian.
Apa yang menarik dan uniknya hasil buah tangan Kazokudoorgift ini adalah olahan hasil seninya yang begitu kreatif, ringkas tetapi paling praktikal.
Hiasan-hiasan ringkas melatari doorgift comel dari Kazokudoorgift ini. Antara pilihan menarik dan top 10 yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan adalah mini sejadah, cawan hiasan, pouch bag mewah, lilin serta memo pad dan pen.
Tidak ketinggalan juga doorgift dari makanan atau menu tradisional yang sentiasa mempunyai pengikutnya yang tersendiri seperti dodol, wajik, coklat, madu dan sebagainya.
Ada juga tetamu yang mahukan kelainan dengan memberikan beg berisi sejadah, pelbagai jenis makanan dan sebagainya. Semuanya ini terpulang kepada permintaan anda. Kazokudoorgift sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anda.
Tidak perlu bersusah payah, hanya pilih doorgift kesukaan anda dan jamu mata di Instagram @kazokudoorgift dan segera buat tempahan di https://linktr.ee/kazokucenter . Lebih mudah dan pantas.
Tempah awal
Paling utama, perancangan awal perlu dilakukan segera. Jika untuk majlis perkahwinan, tempahlah cenderahati anda lebih awal dari dua hingga tiga bulan lebih awal dari majlis.
Begitu juga dengan majlis hari jadi anak yang memerlukan masa sekitar satu hingga dua minggu. Rancang pilihan anda pastinya lebih mudah.
Jangan lupa tempahlah kuantiti yang mencukupi dan lebihkan sedikit supaya mencukupi untuk semua tetamu anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah sekian lama bercuti panjang, inilah masa terbaik untuk anda kembali menceriakan kehidupan anak-anak dengan membawa mereka bercuti sebelum “sesi” persekolahan bakal bermula tidak lama lagi. Keseronokkan bercuti pastinya membuatkan minda anak-anak kembali segar untuk ke sekolah.
Kini Sunway City Kuala Lumpur tampil memberi sinar dalam kehidupan malah kembali memberi keriangan dalam kehidupan anak-anak kecil kita. “Bercuti dengan selamat” – inilah yang cuba disampaikan oleh Sunway City Kuala Lumpur. Jadi ibu bapa tidak perlu merasa was-was untuk membawa anak bercuti kerana Sunway City amat menitikberatkan aspek keselamatan semua pengunjungnya.
Bukan mudah untuk kembali memberikan perkhidmatan kepada semua namun Sunway City Kuala Lumpur cuba yang terbaik dalam memastikan percutian keluarga anda selamat daripada wabak yang menghantui kita semua.
Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway
Dalam usaha menyuntik kembali industri pelancongan negara, Sunway City Kuala Lumpur tampil melancarkan Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway yang pastinya menjanjikan sebuah percutian paling bermakna buat anak-anak yang sudah lama terperap di rumah.
Menariknya Kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway ini menampilkan pakej menarik dengan tawaran harga yang hebat iaitu dengan potongan harga sebanyak 70%. Pastinya ia merupakan percutian bermakna yang sangat menjimatkan.
Kempen yang dilancarkan ini juga selaras dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan perjalanan antara negeri sepanjang tempoh PKPP daripada 10 Jun dan 31 Ogos.
“Ini merupakan pakej yang amat menarik bagi penduduk tempatan, terutamanya selepas kerajaan mengumumkan pelepasan cukai sebanyak RM1, 000 untuk pelancongan domestik. Pastinya percutian menjadi perkara yang cukup menyeronokkan dengan keluarga serta rakan-rakan di Sunway City Kuala Lumpur.
“Kami percaya bahawa kempen ini juga akan memberi manfaat kepada perniagaan komersial di sekitar bandar ini. Malah kami juga menjanjikan Sunway City Kuala Lumpur sebagai destinasi percutian yang mesti dilawati, “kata HC Chan.
Antara pakej menarik yang boleh dinikmati adalah pakej bernilai RM499 termasuk penginapan tiga hari dua malam di Sunway Pyramid Hotel untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak dan turut disertakan tiket percuma untuk ke Sunway Lagoon.
Bukan itu sahaja, pembeli juga bakal menerima kejutan berbentuk pemberian Baucar Kejutan dari Sunway Pyramid bernilai RM 200. Wow!
Dengan nilai asal pakej ini berjumlah RM 1, 599, tawaran harga serendah RM499 pastinya sangat berbaloi untuk percutian singkat anda sekeluarga. Bertindak segera kerana tawaran hebat ini bermula daripada 6 Julai hingga 20 Julai ini sahaja. Cepat, tawaran terhad!
Pelanggan boleh menikmati pakej melawat Sunway City Kuala Lumpur bermula 7 Julai hingga 31 Oktober 2020. Jangan lepaskan peluang ini!
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway, sila layari laman sesawang www.sunway.city/kesanakesini
Bercuti Dengan Selamat
Memilih untuk bercuti dengan pakej lengkap di Sunway City Kuala Lumpur ini pastinya tidak merugikan kerana lokasi percutian yang terletak di Subang Jaya ini, pastinya buat anda gembira kerana berada berdekatan dengan kotaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan tarikan untuk dilawati. Malah ia berdekatan dengan tempat tarikan lain di sekitar ibu kota.
Anda tidak perlu merasa gusar apabila memikirkan soal keselamatan anak-anak kerana Sunway City Kuala Lumpur amat mengutamakan aspek keselamatan malah menitik beratkan kebersihan dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi menjamin keselamatan sepanjang percutian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Mall dan Taman Tema, HC Chan, “Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan nombor satu kami dalam menawarkan perkhidmatan. Malah, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan kakitangan, pelawat dan komuniti setempat kami terjaga,” kongsinya.
Segala SOP yang dikeluarkan kerajaan serta WHO akan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi memastikan wabak ini terus dibendung dan keselamatan semua pengunjung terjamin.
Membeli Belah Dengan Selamat
Jika anda ingin membeli belah pula, usah risau kerana sebanyak 82 rangkaian Sunway Malls akan turut diperketatkan dengan 4,000 CCTV, bekalan cecair pencuci tangan yang mencukupi di setiap outlet bagi memastikan pengunjung terus bercuti sambil membeli belah dengan selamat.
Bukan itu sahaja malah peraturan penjarakan sosial juga akan turut diperketatkan agar pengunjung mematuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan.
Untuk tujuan ini, pihak Pusat Beli-Belah Sunway telah menempatkan 2,000 orang pegawai sekitar pusat beli-belah untuk memastikan pengunjung akan mematuhi syarat tersebut, dan juga memberi ‘Care Kit’ kepada pengunjung warga emas.
Sanitasi Lengkap Di Taman Tema
Begitu juga dengan dua tarikan iaitu Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun yang turut sama menjaga kesemua SOP yang disarankan agar ibu bapa merasa lebih yakin untuk bermain dan beriadah bersama keluarga.
Bukan itu sahaja, malah proses sanitasi juga telah dilakukan lebih awal sebelum menerima kunjungan pengunjung ke taman tema. Salah satu langkah dalam proses sanitasi ini adalah penggunaan system pengairan berklorin khusus untuk aktiviti air, yang mana pengurus kolam akan memeriksa tahap sanitasi kolam setiap 2 jam. Dapatlah anak-anak bermain dengan selamat.
Tak perlu risau kerana pihak Sunway City Kuala Lumpur juga melakukan proses sanitasi terlebih dahulu bagi membolehkan pengunjung merasa lebih yakin baik di taman tema mahupun di kompleks membeli belah. Begitu juga dengan pemeriksaan suhu yang dijalankan di pintu masuk utama.
Menginap Selesa Dan Terjamin Selamat
Manakala di hotel pula, selain proses sanitasi, pengunjung juga akan menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki hotel. Begitu juga ketika proses mendaftar masuk di kaunter penyambut tetamu.
Bilik-bilik penginapan juga turut disanitasi bagi memastikan pengunjung tidak ragu-ragu untuk kembali menginap di hotel.
Lebih yakin, berikut adalah antara SOP wajib yang dijalankan oleh pihak hotel demi memastikan keselamatan penginap lebih terjamin:
Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan di pintu masuk utama hotel. Begitu juga dengan bekalan pencuci tangan atau hand sanitizer yang dibekalkan di setiap ruang dan kawasan yang melibatkan keluar masuk pengunjung.
Penjarakan sosial juga turut dilakukan di setiap ruang yang melibatkan pengunjung yang ramai terutama di ruang lobby juga di dalam lif di mana hanya pengunjung yang terhad dibenarkan menggunakan lif.
Papan lutsinar akrilik juga dipasang untuk menghadkan interaksi secara dekat dengan pegawai penyambut tetamu.
Pemakaian mask atau topeng muka menjadi keperluan terutama di ruang terbuka seperti ruang lobby dan kawasan lain yang melibatkan ramai pengunjung.
Bukan itu sahaja, malah key card dan beg pengunjung juga akan disanitasi terlebih dahulu bagi membolehkan pengunjung merasa lebih yakin.
Kesemua ini pastinya memberikan lebih keyakinan untuk pengunjung bercuti dengan gembira bersama anak-anak.
Jadi jom tempah pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway di sunway.city/kesanakesini dan bercuti sekarang! Pakej terhad!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!