Sesi persekolahan 2026 bermula 11 Januari, menandakan permulaan baharu yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa, guru dan anak-anak di seluruh negara.
Selepas beberapa tahun takwim persekolahan berubah akibat pandemik Covid-19, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akhirnya berjaya mengembalikan semula sesi akademik ke bulan Januari seperti sebelum pandemik melanda. Inilah detik yang ditunggu-tunggu seluruh warga pendidikan di Malaysia!
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Takwim Sekolah 2026: Kembali Seperti Dulu!
Menurut kenyataan rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A, manakala Kumpulan B bermula sehari selepas itu iaitu pada 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026.
📍 Kumpulan A: Kedah, Kelantan dan Terengganu
📍 Kumpulan B: Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Kejayaan Berperingkat, Tanpa Ganggu Pengoperasian Sekolah
Menurut Fadhlina, kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan ke bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib tanpa menjejaskan operasi harian sekolah.
Ads
“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat. Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya.
Sebelum ini, sesi persekolahan bermula pada bulan Mac sejak tahun 2022 susulan pelanjutan sesi akademik yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Kini, sesi persekolahan 2026 menjadi simbol kejayaan pemulihan sistem pendidikan negara.
Ads
Ibu Bapa, Sedia Sedia! Masa Untuk ‘Back To School’ Betul-Betul
Dengan kembalinya takwim ke bulan Januari, ibu bapa kini boleh mula merancang lebih awal. Dari pembelian pakaian seragam, alat tulis, hinggalah penyusunan semula rutin tidur anak-anak, semua perlu disiapkan sebaik mungkin supaya anak tidak terkejut dengan perubahan jadual baharu.
Ads
Jangan lupa juga untuk mula latih semula waktu tidur dan bangun pagi anak-anak beberapa minggu sebelum sekolah dibuka. Ini penting supaya hari pertama persekolahan nanti lebih tenang, ceria dan bebas tangisan!
Pa&Ma Tip Tambahan Untuk Ibu Bapa
💡 Susun jadual harian lebih awal – anak lebih bersedia dan kurang stres.
💡 Sediakan ruang belajar yang kemas – semangat belajar pun meningkat.
💡 Libatkan anak dalam persiapan sekolah – beri mereka rasa tanggungjawab dan teruja.
💡 Baca doa dan berikan kata-kata semangat setiap pagi.
Sesi Persekolahan 2026: Simbol Harapan Baharu
Sesi persekolahan 2026 bukan sekadar permulaan baharu dalam kalendar pendidikan, tetapi juga simbol harapan untuk melihat anak-anak kembali membesar dan belajar dalam suasana yang lebih stabil, tersusun dan menyeronokkan seperti dahulu.
Kerana bagi setiap ibu bapa, melihat anak melangkah ke sekolah dengan senyuman adalah permulaan yang paling indah untuk tahun baru. 🌸
Tugas guru bukan setakat mengajar tetapi ada sebahagiannya secara sukarela sanggup membantu anak murid sendiri yang ada masalah. Seperti tindakan seorang guru ini yang tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah anak murid tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.
Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan bawa anak muridnya keluar kelas dan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.
Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tahu rambutnya dipenuhi kutu.
“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab pelajar itu.
Menurut Cikgu Zera, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak.
Ini juga pengalaman kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.
“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantau sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.
Memandangkan esok adalah penghulu segala hari, maka kaum lelaki akan berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Ramai bertanya sama ada ia perlu dilakukan atas tidak ekoran penularan COVID-19.
Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memendekkan khutbah Jumaat bagi mengurangkan masa berkumpul.
“Kami berpendapat solat Jumaat adalah sepatutnya kita lakukan walaupun dalam keadaan sebegini… ambil hukum asal solat Jumaat tetap wajib, cuma beberapa syarat dilaksanakan seperti khutbah dipendekkan serta orang ramai berwuduk di rumah.
“Pihak masjid juga hendaklah menyediakan cecair pembasmi kuman serta penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan dan keselamatan,” katanya selepas menyampaikan Tausiyah Am kepada kakitangan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.
Sebelum itu, Dr Zulkifli turut mengimamkan solat sunat dhuha dan hajat bersama kakitangan agensi terbabit.
Sementara itu, beliau berkata, mereka yang disahkan positif COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.
Beliau juga menjelaskan, sekiranya wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal, maka solat Jumaat boleh digantikan dengan solat Zohor di rumah.
Untuk para bapa yang selalu ke masjid dengan anak-anak kecil, sebaiknya tidak perlulah bawa mereka sekali sehingga isu COVID-19 ini dapat ditangani sepenuhnya. Kenyataan media dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyenaraikan beberapa syarat yang perlu diikuti semasa menunaikan solat Jumaat.
Sidang Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Si comel Lala atau Nur Khawla Soleha, anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel sentiasa mencuit perhatian ramai.
Jika sebelum ini trending Khawla yang suka merajuk jika tidak dilayan oleh bapanya, kali ini Syamel memuat naik video Lala untuk ke sekolah pula.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syamel, Khawla diminta bapanya untuk melakukan tepuk semangat atau hakka bagi memberikan motivasi anak kecil itu ke sekolah. Memang comel.
“Ritual sebelum school,” tulis Syamel ringkas menerusi kapsyennya.
Paling menarik pastinya kesungguhan Khawla yang mencuba dengan cukup bersemangat sudah semestinya menyorot perhatian wargamaya.
Khawla pula dilihat seakan sudah biasa dengan rutin itu setiap pagi ke sekolah. Tidak hairanlah Syamel turut dipuji wargamaya kerana menerapkan elemen positif setiap pagi.
Ada pula wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan Khawla seperti mahu menyertai PLKN kerana kesungguhan aksinya yang cukup bertenaga. Terbaik Khawla.
Terdahulu, Syamel dan Ernie Zakrie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pasangan ini menyambut kelahiran anak pertama mereka, Nur Khawla Soleha pada 22 Februari 2022.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.